Rabu, 23 Februari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Posted: 23 Feb 2011 12:48 AM PST


BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

SPR sebelum ini menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi adalah pada 26 Februari ini.


Sumber: Malaysiakini

Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS

Posted: 23 Feb 2011 12:20 AM PST


TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.
"Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.
"Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.
Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.
Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.
Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.
"Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.
"Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.
"Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57," katanya.
Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.


Sumber: Harakah Daily

Kerdau: Media cuba lagakan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2011 12:14 AM PST


KUANTAN, 23 Feb: Pakatan Rakyat Pahang telah mengadakan mesyuarat pada 21 Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan muafakat Pakatan Rakyat untuk PAS meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Rakyat Pahang.
Mesyuarat yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah membentuk jawatankuasa bersama bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Kerdau.
Kenyataan muafakat PR Pahang sekaligus menidakkan laporan sesetengah media yang cuba melagakan parti komponen Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa PKR berminat untuk meletakkan calon mereka sekadar mainan media semata-mata.
Mesyuarat tersebut juga telah merangka strategi bersama bagi menghadapi PRK kali ini di mana DAP, PKR dan DHPP telah diberi tugasan bagi menjayakan gerak kerja PRK Kerdau.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini.
Majlis Pengistiharan Calon di Darul Hikmah, Kerdau yang bermula jam 9.00 malam akan turut dihadiri oleh pimpinan PKR dan DAP.


Sumber: Harakah Daily

Keluarga, Kroni Umno-BN Sapu Peruntukan Saham Bumiputera

Posted: 23 Feb 2011 12:13 AM PST

SNI10

Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan
Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%;
sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yangdilaksanakan oleh kementerian beliau.

Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22%
dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang
diakui Perdana Menteri sendiri.

Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga
tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham
dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya
Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak.

Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk:


1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010

2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang

Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit.

Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak
Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan.



SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG



Sumber: Suara Keadilan

Rakyat Terus Dibebani Dengan Harga Tambang Pengangkutan Awam Yang Tinggi

Posted: 23 Feb 2011 12:12 AM PST

pengangkutan-awam

KPRU: KADAR TAMBANG MINIMA MRT LEMBAH KLANG PATUT BERKISAR SEKITAR RM0.38 – RM0.87

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa Pameran awam MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang yang diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Prasarana di 7 lokasi mulai 14 Februari hingga 14 Mei 2011 hanya membekalkan maklumat minima kepada orang awam dan tidak merangkumi aspek-aspek penting yang makin menjadi tanda tanya rakyat.

Justeru, KPRU menyarankan agar satu lagi siri perundingan terbuka yang membekalkan maklumat yang mencukupi diadakan di samping pameran awam bagi menjamin hak akses warga Malaysia kepada maklumat penting MRT. Pameran awam yang kini sedang berlangsung dikhuatiri "mislead" khalayak umum ke arah menyokong projek ini secara tergesa-gesa tanpa terlebih dahulu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi.

DI MANA UNJURAN HARGA TAMBANG?

Dalam konteks ini, maklumat penting yang diperlekehkan oleh SPAD ialah harga tambang. Ramai yang ingin mengetahui harga tambang MRT apabila ianya mula beroperasi supaya orang ramai dapat membuat perancangan perbelanjaan masing-masing terlebih awal. Ini adalah kerana keputusan seperti membeli kenderaan peribadi akan mengenakan satu kos lesap (sunk cost) yang menggalakkan penggunaan selepas pembeliannya bagi mengelakkan 'kerugian kerana tidak menggunakannya'.

Rakyat yang menangguhkan pembelian kereta sekarang tidak ingin dibebani harga tambang MRT yang tinggi dan tidak memadai apabila MRT mula beroperasi nanti. Sesungguhnya, kini wujud kebimbangan bahawa harga tambang MRT bakal membebankan pengguna.

Pengumuman harga tambang, atau sekurang-kurangnya pengumuman unjuran harga tambang secara awal dapat memastikan pengguna, pembangun hartanah, penjual kereta peribadi, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan lain dapat membuat persiapan dan rancangan seawal-awalnya bagi mengelakkan spekulasi.

KPRU tidak dapat mengesan sebarang sebab mengapa kerajaan yang dapat membuat unjuran berbilion-bilion berkaitan projek ini, misalnya peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM3-4 bilion dan kesan limpahannya RM8-12 bilion, serta kenaikan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM300 juta setahun tersebut tidak dapat memberikan satu angka unjuran atas harga tambang MRT sehingga hari ini. Maka KPRU berpendapat adalah wajar kerajaan mengumumkan unjuran harga tambang dengan kadar segera supaya rakyat dimaklumkan realiti sebenar apabila MRT mula beroperasi nanti.

Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa harga tambang dalam konteks pengangkutan awam tidak terhad kepada harga tambang MRT, tetapi juga merangkumi harga tempat letak kereta, harga tambang bas feeder, masa menunggu dan lain-lain. Kos-kos tersebut harus diambil kira kerana jumlah angka boleh menjadi agak besar. Misalnya, satu kajian yang dibentangkan oleh Persatuan Kajian Air dan Tenaga (Association of Water and Energy Research, AWER) telah mengatakan bahawa kos tambahan minyak api kepada pengguna jalan untuk menuju ke Stesen MRT akan mencecah RM403.5 juta dari tahun 2016 hingga 2010.[1]

Memandangkan hanya 37% (13 daripada 35 stesen MRT) stesen MRT yang akan dilengkapi dengan medan letak kereta, adakah pengguna akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta selepas MRT mula beroperasi, ataupun harga letak kereta akan menjadi terlalu mahal kerana kekurangan ruang?[2]

Adalah diingatkan bahawa situasi tersebut belum lagi mengambil kira kes spesifik, seperti di Stesen 1Utama dan The Curve yang tidak mempunyai sebarang rancangan pembinaan medan letak kereta tambahan. Dengan tempat letak kereta yang terhad tetapi permintaan yang bertambah, bukankah rasional bagi pihak pengurusan 1Utama dan The Curve menaikkan harga letak kereta untuk tempoh masa panjang supaya memberikan keutamaan kepada pengunjung pusat membeli-belah? Jika sekiranya hal ini berlaku, kos tambahan akan membebankan pengguna MRT.

PENGIRAAN HARGA TAMBANG KPRU

Bagi memberikan satu gambaran kasar kepada orang awam, KPRU telah mencadangkan kadar tambang berpatutan berdasarkan 2 bentuk pengiraan atas maklumat yang terhad dan beberapa andaian.

Kos tambang minima MRT dan juga Pariti Kuasa Beli (PPP) bagi Hong Kong, Singapura dan Taiwan adalah seperti berikut:

Bandar

Harga Tambang Minima MRT

Pariti Kuasa Beli (PPP) per kapita (Intl.$, Dolar Antarabangsa atau Dolar Geary-Khamis)[3]

Hong Kong[4]

HK$3 (RM1.17)

45,277

Singapura[5]

S$0.80 (RM1.90)

57,238

Taiwan[6]

NT$20 (RM2.08)

34,743

*Tukaran nilai mata wang berdasarkan http://www.xe.com pada 14 Feb 2011

Berdasarkan Pangkalan Maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertarikh 15 Dis 2010 yang sama, PPP Malaysia hanya sekadar Intl.$14,603. Ekstrapolasi yang dibuat berdasarkan ketiga-tiga bandar di atas menunjukkan bahawa harga tambang minima MRT di Lembah Kelang patut berada dalam lingkungan RM0.38 hingga RM0.87 sahaja.

Kaedah kedua melibatkan perbandingan domestik dengan lingkaran LRT yang sedia ada. Adalah didapati Projek LRT yang memperuntukkan RM8 bilion dapat mencapai 300,000 jumlah penumpang sehari, manakala MRT yang memperuntukkan RM36.6 bilion tersebut akan dapat menampung 2 juta penumpang sehari selepas 4 tahun beroperasi.[7] Walaupun kos pembangunan MRT adalah 4.58 kali ganda lebih tinggi daripada LRT, tetapi jumlah penumpang hariannya adalah 6.67 kali ganda lebih banyak daripada LRT. Maka jika kadar tambang minima bagi LRT adalah RM1, tanda aras (benchmark) kadar tambang minima MRT boleh dan patut menurun sehingga RM0.68!

Mungkin anggaran kaedah kedua terlalu "simplistic" kerana KPRU juga mengambil perhatian bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mengesyorkan bahawa mahupun tambang LRT dinaikkan daripada RM1.60 kepada RM9, Prasarana memerlukan 20 tahun untuk memulangkan modalnya. Tambahan lagi, Prasarana sekarang dibebankan dengan hutang sebanyak RM8.5 bilion.[8]

Akan tetapi, bukankah kaedah pertama telah membuktikan bahawa kadar tambang di Hong Kong, Singapura dan Taiwan boleh kekal di paras yang rendah dan pada masa yang sama meraih keuntungan munasabah? Bukankah beban hutang Prasarana berpunca daripada kelemahan perancangan, penyelamatan berulang kali melalui suntikan modal dan juga korupsi yang berpunca daripada salah urus, tadbir urus lemah serta ketidaktelusan dan bukan kadar tambangnya? Bukankah MRT Lembah Kelang dikatakan akan mengikuti model Hong Kong?

Jika modus operandi Hong Kong diikuti, kadar tambang yang murah juga harus ditetapkan untuk pengguna MRT di Lembah Klang.


Sumber: Suara Keadilan

Liwat II: Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan

Posted: 23 Feb 2011 12:07 AM PST

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

NONE
Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora (kanan) berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.

Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal

Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.

Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi.

Sehelai bulu

azlan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.

Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenamaGood Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

Katanya, berada di makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 yang mengandungi elemen bukti kes liwat diperolehi daripada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin kemudian menyoal keadaan empat bungkusan berkenaan.

"Dalam keadaan baik dan masih ditutup rapat," kata Aidora.

Peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut.

"Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada exhibit berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," kata Aidora.

Keunikan DNA

Sebelum itu, Aidora telah menerangkan kepada mahkamah bahawa calitan DNA diambil pada berus gigi, tuala muka, botol mineral dan serpihan kertas berdasarkan bahan bukti yang diterima sebelum semuanya ditempatkan di dalam sampul dan dilabel.

NONE
Beliau menambah, profil DNA dilakukan pada 19 Julai 2008 sehari selepas ujian dilakukan dan keputusan lengkap diperolehi pada 21 Julai 2008.

Aidora turut menerangkan kepada mahkamah tentang keunikan DNA.

"Tiada siapa yang mempunyai DNA yang sama kecuali kes kecil bagi kembar seiras," katanya.

Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.

Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.


Sumber: Malaysiakini

Panel Suruhanjaya Diraja arah cari jam tangan

Posted: 23 Feb 2011 12:04 AM PST

Suruhanajaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock hari ini mengarahkan jam tangan yang hilang di Plaza Masalam, Shah Alam dicari tengah hari ini.

Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata adalah wajar bagi pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal, dan pasukannya melakukan siasatan tempat kejadian sekali lagi memandangkan perbicaraan hari ini terpaksa ditangguhkan petang ini kerana sesetengah pihak terpaksa menghadiri mesyuarat agung Majlis Peguam Kuala Lumpur.

azlan
Arahan itu dikeluarkan selepas Nazri ketika disoal oleh Amarjeet Singh berkata terdapat lubang longkang kecil berhampiran tempat mayat Teoh dijumpai.

Nazri berkata beliau memeriksa lubang itu ketika mencari sebuah jam tetapi hanya dapat melihat kira-kira enam inci dalam lubang longkang berkenaan kerana ia membengkok selepas itu.

Beliau mengakui tidak mengukur kedalaman lubang itu, mahupun menggunakan lampu suluh tetapi katanya, bukaan lubang itu terlalu kecil bagi memuatkan tangannya.

Pendedahan Nazri itu menarik minat anggota lima panel suruhanjaya tersebut, khususnya Foong, yang mencadangkan kepada Nazri supaya membuat siasatan terutama menentukan daripada mana lubang paip di tingkat lima itu bermula.

"Saya berpendapat bukan membazir masa bagi mengarahkan ASP itu dan beberapa orangnya untuk melihat sejauh mana dalamnya paip itu atau mungkin mendapatkan pelan paip berkenaan... Lupakan formaliti, biar kita bertindak," kata Foong.

NONE

Menurutnya, bahan bukti itu amat penting bagi membantu menentukan masa lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat 14 dan terhempas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam.

Pakar patologi, Dr Buphinder Singh, yang juga anggota panel berkata meskipun hampir dua tahun berlalu, kemungkinan jam tangan itu terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan kemungkinan ia masih di tempat tersebut.

Foong juga mengarahkan semua wakil daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Peguam, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengiringi Nazri bagi memantau prosedur itu.

Jam tangan itu menjadi misteri selepas mayat Teoh dijumpai pada tingkat lima, Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kerana hanya talinya yang ditemui.


Sumber: Malaysiakini

KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu

Posted: 23 Feb 2011 12:02 AM PST

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini.

NONE
Dalam pengumumannya, Lim berkata pemuda berusia 28 tahun itu akan ditugaskan membantu beliau dalam urusan politik dalam parti.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti," katanya Lim lagi dalam satu pengumuman di ibu pejabat DAP Nasional di Kuala Lumpur hari ini.

Zairil berkelulusan sarjana dalam pengajian antarabangsa dan diplomasi daripada University of London.

Zairil juga berpengalaman sebagai seorang usahawan dalam industri coklat.

Lim berkata Zairil turut dipilih berdasarkan sikap "idealis dan reformis" pemuda itu.

"Bila anda kata mahu reformasi, anda bercakap mengenai idealisme praktis. Anda perlu juga menjadi pragmatik dan praktis bagi memastikan usaha dan tindakan dijalankan.

NONE
"Di sini saya yakin dengan pengalaman beliau yang begitu luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat.

"Dia sangat terpelajar dan mungkin boleh ajar saya perkara yang saya tidak tahu," kata Lim lagi.

Dalam sidang media itu, Lim turut ditanya sekiranya pelantikan Zairil itu dibuat bagi meningkatkan sokongan daripada kalangan masyarakat Melayu.

Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja.

Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu.

"Kita bukan lantik dia sebab dia Melayu tapi sebab dia layak.Saya tengok kepada kelayakan beliau dulu, dan secara kebetulan dia seorang Melayu.

NONE
"Bermakna, kelayakan ini tidak mengenal kaum," kata Lim.

Katanya lagi, Zairil juga telah lama memerhatikan DAP sebelum menyertai parti itu.

Tambahnya, DAP juga akan terus meningkatkan tumpuan kepada masyarakat Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan tegar.

"(Masyarakat) Melayu perlu menjadi penerima utama (tindakan basmi kemiskinan) bukan kerana bangsa tetapi kerana keperluan," katanya.

Zairil yang memulakan tugasnya di ibu pejabat nasional DAP hari ini berkata, tumpuannya kini adalah untuk membantu Lim "dalam apa-apa hal yang dia minta."

"Itulah rancangan saya sekarang. Hari ini pun dia dah bagi tugas yang banyak.

"Sememangnya apa-apa kerja untuk YB Lim ini memang tak ada yang senang. Beliau seorang bos yang rajin bekerja keras 24 jam sehari.

"Jadi sebagai orang bawahan dia kita kena kerja lebih keras -- 25 jam sehari," tambahnya.


Sumber: Malaysiakini

Cadangan hadkan parti politik cabuli hak asasi

Posted: 23 Feb 2011 12:00 AM PST

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini secara terbuka membidas cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghadkan bilangan parti politik di negara ini dan menganggap tindakan tersebut mencabuli hak rakyat.

"Suruhanjaya dengan keras mendesak ROS supaya tidak meneruskan cadangan itu dan menghormati hak rakyat untuk memilih perwakilan dan hubungan politik mereka," kata pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan.

azlan
Meskipun mengakui adalah bidang kuasa ROS untuk melulus atau menolak permohonan untuk pendaftaran parti baru mengikut Seksyen &, Akta Pertubuhan 1966, namun Hasmy berkata menghadkan jumlah parti dan menghalang pendaftaran permohonan baru tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia. Ini kerana ia membataskan kebebasan membentuk persatuan dan kebebasan bersuara.

"Suara rakyat membentuk asas kuasa kerajaan dan sehubungan itu, mereka mempunyai hak untuk memilih perwakilan merea," katanya.

"Hak menentukan kerajaan adalah hak asasi yang dijamin dalam Perkara 119, perlembagaan persekutuan dan Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa.


Sumber: Malaysiakini

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kenyataan Media Laporan Tidak Berasas Laman Web 'Free Malaysia Today'

Posted: 23 Feb 2011 07:00 AM PST

1) YB Dr. Xavier Jayakumar menafikan sekeras-kerasnya laporan media internet yang dibuat oleh wartawan B. Nantha Kumar dari Free Malaysia Today bertajuk 'Xavier Pleads To Be Retained As Exco' yang disiarkan   pada Selasa 22 Februari 2011.

2) YB Dr. Xavier menggangap bahawa laporan tersebut berniat jahat  untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Exco). Beliau menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah palsu dan tidak berasas.

3) Beliau mengesa Free Malaysia Today menarik balik artikel tersebut dari laman web media tersebut dengan SERTA MERTA dan memohon maaf dengan SERTA MERTA.

4) Beliau juga meminta wartawan B. Nantha Kumar memohon maaf kepada beliau dengan SERTA MERTA dengan membuat pengakuan bahawa segala laporan dibuat dalam artikel tersebut semuanya adalah palsu dan bohong.

5) Beliau juga mahukan Editor dan Pengurusan akhbar Tamil Nesan yang turut menyiarkan artikel tersebut di dalam akhbarnya pada hari ini untuk menarik balik artikel yang disiarkan dengan SERTA MERTA dan membuat pengakuan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

6) Kegagalan ketiga-tiga pihak ini iaitu (1) Pengurusan Free Malaysia Today 2) Wartawan B. Nantha Kumar 3) Editor / Pengurusan Akhbar Tamil Nesan untuk meminta maaf kepada YB Dr. Xavier Jayakumar dengan SERTA MERTA akan menyebabkan YB Xavier Jayakumar tiada pilihan melainkan untuk mengarahkan Peguam beliau  menyaman ketiga-tiga pihak ini di mahkamah tanpa sebarang Notis.   


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : 23 Februari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pemilihan Kampus: Mahasiswa Bangkit Amaran Awal IPTA Perlu Dinamik

Posted: 23 Feb 2011 06:40 PM PST

Dari Malaysian Insider

Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.

Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.

Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ini bukan kali pertama "krisis" pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.

Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.

Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.

Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.

Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.

Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Lebih dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.

Kini ia wujud kembali.

Sudah pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.

Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!

Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.

Sama ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya, perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap politik nasional.

Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011 tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus.

Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak. Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan mereka.

Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Di sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.

Bermakna ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Sekiranya sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.

Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya.

Peribadi Nasional: Bahana Merdeka Separuh Masak

Posted: 23 Feb 2011 05:29 PM PST

Dari Harakah

Kegagalan pembinaan keperibadian nasional adalah disebabkan kegagalan tekad politik dan budaya pihak pemerintah yang lebih terpengaruh dengan bentuk penjajahan baru.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, inilah bahana yang menimpa negara apabila kemerdekaan yang diperolehi dalam bentuk separuh masak menyebabkan timbul berbagai isu meski telah lama merdeka.

Menurutnya, negara kita ini kompleks bentuknya kerana rakyatnya majmuk berbilang keturunan dari itu, timbullah tuntutan terhadap hak mereka di mana kerajaan mesti melihat ini sebagai cabaran.

“Cabaran perlu dihadapi dengan baik dan dan tidak boleh menggunakan kuasa untuk menekan cabaran, bukan hanya hadapi cabaran tetapi mesti mendengar dan mengambil tindakan mengatasi masalah yang timbul tersebut,” tegasnya.

Syed Husin menegaskan demikian ketika mengulas buku Kumpulan Esei 29 Budayawan Bertindak hasil tulisan 29 Penulis terbitan Persatuan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) dalam program Bicara Karya, pagi tadi.

Majlis anjuran Paksi ini diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dekat sini turut menampilkan Seniman Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Pegawai Unit Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohamad Daud Mohamad dan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kesusasteraan UKM, Che Abdullah Che Pa.

Ucapan pembukaan dilakukan oleh Presiden Paksi, Che Shamsudin Che Othman atau Dinsman dan penutup program separuh hari itu disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Puan Mastura Muhamad.

Mengulas lebih lanjut, Syed Husin yang juga seorang penulis yang banyak menghasilkan buku antaranya, Dua Wajah tentang kisah beliau diISAkan selama enam tahun bermula 1974, berkata, setiap penulis wajar bertindak mengikut apa yang ditulis.

Katanya, mereka bukan sahaja berfikir dengan akal, menulis dengan tangan tetapi mesti bertindak jika perlu di jalanan untuk menyampaikan tekad dan erti penulisan mereka.

Mengambil contoh, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bukan hanya berfikir dan menulis malah turun ke jalan raya untuk membuktikan apa yang dikehendakinya tercapai seperti dalam peristiwa bantah PPSMI pada 7 Mac 2009.

“Karya A Samad Said semakin kuat dan bertenaga selepas dari penyertaan beliau secara terbuka bersama dengan rakyat,” tegasnya.

Pakatan Rakyat Fokus Agenda Perubahan

Posted: 23 Feb 2011 05:15 PM PST

Kenyataan Akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2011 05:09 PM PST

Kenyataan Akhbar
Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama
Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat
23 Februari 2011

Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1. Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2. Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.

3. Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

4. Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

5. Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Sampel DNA Diambil Dari Tubuh Saiful Sebelum Laporan Polis Dibuat?

Posted: 22 Feb 2011 09:15 PM PST

Dari Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA 'lelaki Y' yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini. Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.

Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma Saiful DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.

Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.

Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku 'cubaan liwat' dan oral seks', yang mana menimbulkan persoalan.

Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa. Berikut kronologi perbicaraan hari ini:

10.55 pagi – Hadirin di mahkamah kelihatan ketawa kecil apabila Nor Aidora sendiri menawarkan bahan bukti tersebut untuk diperiksa pendakwa dan peguam bela.

Sampul D1 mengandungi sebatang berus gigi. Ia ditanda sebagai ID58. Menurut Nor Aidora, beliau mencalit bahagian bulu dan pemegang berus gigi untuk mendapatkan sampel.

10.47 pagi – DPP Noorin dan Nor Aidora menandakan bahan bukti. Sampul D mengandungi sehelai rambut di atas kertas putih ditanda sebagai ID57.

11.02 pagi – Sampul D2 mengandungi tuala 'Good Morning' dengan rambut. Rambut ditanda sebagai D2(a). Sampul D2 ditanda sebagai ID59. Tuala 'Good Morning' ditanda sebagai ID59(a). Rambut D2(a) ditanda sebagai ID60.

11.18 pagi – Sampul D3 mengandungi botol air mineral jenama 'Cactus'. menurut Aidora, sampel DNA diambil dari bibir botol itu. Ia ditanda sebagai bahan bukti ID61.

10.36 pagi – Menurut Aidora, pada 17 July 2008 beliau menerima 4 sampul surat bertanda D, D1, D2, dan D3 daripada pegawai penyiasat, DSP Judy Blasious Pereira.

10.33 pagi – Mahkamah bersidang semula.

10.12 pagi – Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kelihatan di luar mahkamah bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9.35 pagi – Mahkamah ditangguhkan kerana Sankara mahu pasukan peguam Anwar diwakili Karpal Singh untuk menyoal balas Nor Aidora. Karpal Singh dilaporkan dalam perjalanan daripada satu lagi kes di Shah Alam.

9.03 pagi – Mahkamah diteruskan dengan memanggil saksi keenam pendakwa, Nor Aidora Saidun. Beliau masuk ke kandang saksi mengangkat sumpah dan memberi keterangan.
Nor Aidora merupakan Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008. Beliau menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998. Menurutnya, selama hampir 13 tahun beliau sudah mengendalikan hampir 100,000 sampel DNA.

8.53 pagi – Mahkamah mula bersidang bagi mendengar keterangan saksi ke lima, Pakar kimia dari Jabatan Kimia Dr Seah Lay Hong.

Timbalan Pendakwaraya DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah berkenaan label tarikh pada sampel B4 dan B5. Menurut Dr Seah, sampel sampai ke makmal Jabatan Kimia dalam keadaan baik. Maka, walaupun tarikh berbeza daripada laporan polis (2 hari lebih awal daripada tarikh laporan polis), Jabatan Kimia tetap menerima sampel.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lawak Jenaka Mahathir Dan Politik Ikhwan

Posted: 22 Feb 2011 08:57 PM PST

Dari Harakah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Untuk merampas kembali beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, selain mempastikan Putrajaya masih dalam genggaman, maka jentera Umno-BN tentunya ligat mencari dan mengusahakan jalan keluar. Usaha meraih sokongan dan simpati melalui kerja-kerja propaganda secara terbuka tidak dapat menyembunyikan komplot atau konspirasi lebih besar, yang terselindung daripada pengetahuan umum, malah sukar untuk dihidu.

Sejak merdeka, Umno gagal membuktikan keupayaannya untuk memenangi pilihan raya secara “anak jantan”. Segala kemudahan dan perkakas kerajaan diperalatkan, manakala kekuatan pembangkang dilumpuhkan melalui pelbagai tindakan kekerasan dan penggunaan undang-undang. Jarang hujah saingan politiknya disanggah dengan argumen. Mereka berlindung di sebalik akta zalim seperti ISA, di samping mengamalkan rasuah politik dan menimbulkan budaya takut.

Apabila BN menghadapi kejutan dalam pilihan raya 1999, ekoran era Reformasi, apabila majoriti pengundi Melayu menunjukkan penentangan terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad, ramai menyifatkan Umno bagai lembu nazak selepas disembelih, hanya menunggu maut menjemput. Saya cuba melihat di sebaliknya. Umno masih berkuasa penuh.Ia masih memegang majoriti dua pertiga. Kemudahan kerajaan termasuk institusi penting demokrasi, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terbuka untuk diperalatkannya.

Masakan Mahathir hanya menunggu takdir melihat Umno dibungkus sejarah dan beliau terlucut jawatan perdana menteri. Secara licik, perancangan dilakukan penuh strategik. Senarai pendaftaran pemilih dan proses persempadan semula kawasan Parlimen dijadikan tumpuan. Untuk mendapat kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) misalnya bagi mewujudkan “pengundi hantu”, adalah perkara mudah.

Pembangkang hanya mampu melahirkan rasa terkejut dengan penambahan mendadak jumlah pendaftaran pengundi baru di kawasan tertentu, khususnya Terengganu, tanpa menyedari ia satu grand design merampas balik negeri yang kaya dengan minyak itu.

PRU12 lebih buruk berbanding 1999. Mustahil strategis Umno (termasuk Apco) duduk diam atau “biasa-biasa sahaja” menghadapi PRU13 nanti. Benar, Najib cuba menjana pelbagai bentuk transformasi, namun di belakang tabir, saya yakin banyak “perancangan kotor” yang sedang berjalan secara cukup sulit. Dibimbangi kita hanya tersedar selepas pelan licik itu berjaya disempurnakan dalam pilihan raya nanti.

Pendedahan wartawan Saidah Hairan tentang operasi pertukaran alamat penduduk Sabah — yang mendapat kerjasama sepenuhnya pejabat JPN di Shah Alam — untuk mengundi di Selangor mungkin cebisan kecil daripada konspirasi lebih besar yang masih belum dapat dibongkar. Saidah berada di lokasi kejadian dan sempat berbual-bual dengan mereka yang terlibat.

Umno Selangor yang diterajui Najib Razak sendiri sedang meniti laluan “hidup atau mati”. Apa jua akan dilakukannya bagi memastikan Umno dapat merampas Selangor dalam PRU13 sebelum kekuatan Pakatan Rakyat terasas lebih kukuh di negeri paling maju itu.

Ramai syak bahawa ada operasi lebih besar berkaitan senarai daftar pemilih, juga melibatkan kerjasama erat JPN dan SPR. Ia bukan sekadar mengagihkan pengundi ke lokasi lebih strategik berdasarkan kepentingan politik Umno, tetapi juga membabitkan warga asing yang mungkin diberikan kad pengenalan untuk kegunaan di hari mengundi. Proses penyamaran identiti dan mengundi lebih sekali bukan perkara baru di Malaysia.

Usaha membersihkan proses pilihan raya di negara ini masih meniti jalan-jalan penuh krikil … Harakah mengalu-alukan informasi tentang konspirasi Umno ini jika anda mempunyai bahan bukti atau sumber cerita yang boleh kami lanjutkan.

II. Mahathir, Menteri Dalam Negeri yang paling lemah kuasanya?

Dr Mahathir Mohamad, 17 Feb lalu, berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, dakwanya, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang. Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen. Sebelum ini, merujuk Ops Lalang 1987 yang melibatkan lebih 100 orang tokoh masyarakat dan penggantungan empat akhbar, Mahathir juga menyalahkan pihak polis.

Saya pelik mengapa Mahathir perlu menimbulkan isu ini dengan nada berbeda. Apakah Mahathir mahu menulis semula sejarah daripada kacamatanya sendiri, walaupun terpaksa melakukan pendustaan terang-terangan? Mungkinkah rasa bersalah bekas Perdana Menteri ini membuatkan beliau resah-gelisah sehingga sanggup berbicara apa sahaja menurut sedap hatinya?

Regim Mahathir memang penuh babak-babak kontroversial. Beliau diasak pelbagai masalah, sama ada dari dalam Umno, dengan raja-raja, pihak peguam, kesatuan sekerja, ulamak, hakim dan lama sebelum itu, dengan mahasiswa. Tidak sedikit korban yang gugur ekoran pertembungan itu. Paling menjolok mata, partinya sendiri, Umno, diharamkan atas kehendak beliau. Kebebasan institusi kehakiman musnah; tiga hakim Mahkamah Agung termasuk Ketua Hakim Negara dipecat melalui proses tribunal yang mengelirukan.

Khususnya selepas pemilihan presiden Umno 1987, yang menyaksikan beliau hampir tumpas kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Mahathir bertindak keras mengetatkan lagi akta zalim seperti Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan ISA. Elok ditekankan di sini, Mahathir juga sepanjang pemerintahannya melakukan siri pindaan perlembagaan bagi membataskan kuasa hakim dan mahkamah, sebaliknya memperuntukkan lebih kuasa kepada eksekutif, iaitu dirinya sendiri.

Saya masih ingat situasi cemas yang sengaja diwujudkan sekitar pertengahan 1987 membawa kepada hari gelita, 27 Oktober 1987. Kedudukan Mahathir memang terancam. Sentimen perkauman berkaitan isu sekolah Cina sengaja diapi-apikan. Anehnya, tokoh-tokoh politik Umno dan MCA yang galak menimbulkan rasa gelisah ketika itu, termasuk Najib Razak, tidak pula dikurung. Pimpinan PAS pula yang ditahan, antaranya Mohamad Sabu, Khalid Samad, Halim Arshat dan Mahfuz Omar.

Mahathir boleh saja mendapat sokongan bekas Ketua Polis Negara, Abd Hamid Omar atas dakwaannya bahawa inisiatif penahanan dimulakan oleh polis tetapi saya tidak mempercayainya, sekali gus beranggapan ia satu lagi “jenaka terbaik” Mahathir. Gerak itu mesti bermula dan dirancang oleh orang politik yang berkepentingan. Tiada pihak paling mendapat manfaat daripada Ops Lalang itu melainkan Mahathir.

Memang semasa mula menjadi PM, Mahathir membebaskan beberapa orang tahanan ISA. Najib juga meneladaninya. Tetapi apabila berdepan krisis, berikutan dasar dan pendekatan pemerintahannya yang menimbulkan banyak penentangan, Mahathir “akan menggunakan sebesar-besar senjata walaupun untuk memusnahkan musuh yang kecil”.

Okey, kita terimalah dulu lawak Mahathir itu. Bersopan sungguh Mahathir dalam kerjanya, ya? Sentiasa mengutamakan pandangan pihak lain walaupun bercanggah dengan dirinya. Soalnya, kalaupun ISA tidak dapat dimansuhkan, mengapa pula Mahathir sentiasa memperketatkan akta itu dari masa ke semasa walaupun ancaman komunis bersenjata yang menjadi punca penggubalan ISA sudah berakhir? Berbanding tiga PM sebelumnya, Ops Lalang membabitkan paling ramai penahanan tokoh masyarakat berprofil tinggi.

Mengapa apabila berdepan permohonan habeas corpus Lim Kit Siang, salah seorang tahanan ISA 1987, dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terpaksa melepaskannya, maka dengan segera dan tergesa-gesa Mahathir melakukan pindaan akta berkenaan apabila kes ditangguhkan. Hari ini pindaan dibahaskan di Dewan Rakyat, esok dibawa ke Dewan Negara dan kemudiannya pantas diwartakan. Apabila kes Kit Siang disambung perbicaraan, peluang beliau dibebaskan tertutup rapat disebabkan hakim telah menggunakan akta yang baru dipinda itu!

Begitu juga dengan kes penangkapan Karpal Singh, di bawah Ops Lalang. Pada 9 Mac 1988, Mahkamah Tinggi Ipoh membebaskannya disebabkan fakta pertuduhan pihak polis didapati tidak benar. Karpal didakwa memberi ucapan berbaur hasutan di satu lokasi sedangkan beliau berada di tempat lain ketika itu. Hanya beberapa jam selepas dibebaskan mahkamah, Karpal ditangkap semula. Pihak Peguam Negara kemudiannya membuat rayuan kepada Mahkamah Agung atas keputusan Mahkamah Tinggi.

“Jangan dok merapu lagilah Mahathir,” SMS seorang kawan.

III. Gerak politik Ikhwan semasa Revolusi 1952 tersasar?

Ikhwan Muslimin — walaupun selepas ditekan dan dianiayai selama lebih 60 tahun — diakui gerakan paling tersusun, kuat dan berpengaruh di Mesir. Kini, selepas Hosni Mubarak tersungkur, bukan saja warga Mesir menanti langkah dan kebijaksanaan pemimpin Ikhwan, malah dunia sedang memerhatikannya penuh minat. Revolusi rakyat yang turut menganugerahkan ramai syuhada itu membawa harapan cukup besar bagi memastikan proses pembaharuan berjalan lancar.

Semasa saya mencari-cari catatan pengalaman demonstran di Medan Tahrir (disebabkan rasa kagum dengan kecekalan dan kehebatan mereka bertahan selama hampir 20 hari), saya disuakan dengan analisis menarik pakar Timur Tengah, Dr Mohammad Redzuan Othman tentang Ikhwan. Bagaimanapun perkembangan yang disorotnya itu bukan situasi terkini, tetapi bedah-siasat kegagalan Ikhwan dalam konflik politik di Mesir, antara tahun 1948-1954. Umumnya, artikel itu seperti menonjolkan banyak kelemahan Ikhwan tetapi saya berasakan ia penting untuk melihat sejauhmana pemimpinnya kini dapat memanfaatkan iktibar masa lalu, berdepan realiti kritikal hari ini.

Ikhwan ketika itu muncul sebagai organisasi yang paling mendapat sambutan rakyat dengan keahlian dua juta. Hinggakan apabila meletus perang di Palestin, Ikhwan merupakan satu-satunya organisasi yang berjaya menghantar sukarelawan terlatih untuk menentang Israel. Pasukan ini mendapat sanjungan kerana keberanian dan kehebatannya. Bagaimanapun, dengan pengalaman dan pemilikan senjata, Ikhwan terdedah kepada risiko besar terutama disebabkan tindakan segelintir anggotanya yang melakukan keganasan politik, di luar pengetahuan dan kawalan Hasan Al-Banna.

Berpunca daripada insiden “keganasan”, Ikhwan diharamkan, dan 32 anggotanya ditangkap bersama sejumlah senjata. Al-Banna menegaskankan senjata itu untuk menentang Israel dan kewujudannya diketahui pemerintah. Pembunuhan Perdana Menteri, Nokrasyi Pasya, memburukkan lagi imej Ikhwan.

Selepas Al-Banna ditembak syahid pada 1949, Ikhwan bukan saja sukar menjadi pengganti sedinamik beliau, malah menghadapi masalah perebutan kuasa, yang mengakibatkan pengaruhnya semakin lemah. Hasan Al-Hudaibi, bagi pimpinan Ikhwan tertentu, bukan pengganti terbaik kerana dikira masih baru dalam jamaah dan bukan dari kalangan pengasas; perlantikannya mencetuskan perpecahan dalaman. Beliau berlatarbelakang perundangan, seorang yang bersikap sederhana, tenang dan lemah-lembut.

Mesir pula mencatat sejarah apabila Raja Farouk digulingkan dalam Revolusi Julai 1952, yang digerakkan sekumpulan pegawai tentera, Free Officers (diketuai Mohamed Neguib dan Gamal Abdul Nasser). Secara tidak langsung kemarahan rakyat kepada raja turut disumbangkan oleh Ikhwan. Free Officers dianggarkan hanya dianggotai 50 pegawai tentera, dengan hubungan yang longgar dan spontan.

Menyedari Ikhwan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat serta mantap organisasinya, Free Officers sedaya upaya cuba mewujudkan kerjasama dan persefahaman, terutama di peringkat awal.

Sebagai tanda persahabatan, Free Officers memenuhi tuntutan Ikhwan, antaranya membuka kembali kes pembunuhan Al-Banna, membebaskan anggota yang ditahan, pembubaran polis rahsia dan pelantikan seorang penyokongnya, Kolonel Rashad Muhanna sebagai salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan sementara.

Ikhwan nampak berpuas hati dan memberikan sokongan, tetapi pada masa sama Free Officers memperkukuhkan dominasinya dalam politik Mesir bagi membolot kuasa, selain berhasrat melakukan komplot jahat memusnahkan Ikhwan. Pada 14 Oktober 1952, Rashad MUhanna digugurkan daripada Majlis Revolusi disebabkan beliau lantang bersuara supaya dilaksanakan Perlembagaan Islam di Mesir.

Semasa Free Officers memperkukuhkan kedudukannya, Ikhwan pula dilanda krisis demi krisis. Dalam mesyuarat majlis syira pada 9 Disember 1953, beberapa tokoh penting Ikhwan dipecat keanggotaannya, seperti Muhammad Al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Nasser menyedari kewujudan krisis dalaman itu dan beliau mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin Ikhwan. Regim tentera juga berjaya menyusup masuk.

Perancangan rapi diatur bagi mengharamkan Ikhwan, dan hanya selepas satu setengah tahun sahaja selepas revolusi, ia diharamkan, manakala 450 anggotanya ditangkap termasuk semua ahli majlis syura dan Mursyidul Amnya, Hasan Al-Hudaibi.

Susulan itu, pada 26 Oktober 1954, “drama” pembunuhan Nasser dilakonkan apabila beberapa das tembakan dilepaskan ketika beliau memulakan ucapannya di Iskandariah. Penembaknya dikatakan seorang anggota pertubuhan bersenjata Ikhwan. Tiada yang cedera, cuma beberapa mentol lampu sahaja pecah.

Nasser meneruskan ucapan dan menonjolkan imejnya sebagai manusia yang mendapat perlindungan Allah daripada angkara “pengkhianat”. Peristiwa itu digunakan regim tentera untuk menghapuskan Ikhwan. Sebelum subuh 27 Oktober 1954, lebih 7,000 penyokong dan pemimpin Ikhwan ditangkap. Tujuh pemimpinnya dihukum gantung dan tujuh lagi dipenjarakan seumur hidup.

Redzuan merumuskan, Ikhwan membuat beberapa perhitungan politik yang boleh dipertikai. Walaupun mempunyai pengaruh dan kekuatan tetapi Ikhwan tidak menggunakan kesempatan apabila sampai masanya dan kesempatan ini disebut pihak lain. Mereka tidak menggunakan tawar-menawar politik yang berkesan di peringkat awal ketika Free Officers masih lemah.

Inggeris juga melakukan sabotaj dalam perundingan dengan Ikhwan (sehingga dituduh membelot kepada negara) dan ini memberi tekanan lagi kepadanya. Kewibawaan Nasser, terutama dari segi imiginasi politiknya yang baik, berjaya menyingkirkan semua saingannya. Nasser bukan saja membunuh ramai pemimpin Ikhwan, malah memaksa mereka melarikan diri sehingga ke Eropah.

Kini, masa berubah. Gerak politik Ikhwan selepas Revolusi Rakyat Medan Tahrir tentu juga berbeda.