Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Roslan Ahmad calon BN di Merlimau
- Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS
- Kerdau: Media cuba lagakan Pakatan Rakyat
- Keluarga, Kroni Umno-BN Sapu Peruntukan Saham Bumiputera
- Rakyat Terus Dibebani Dengan Harga Tambang Pengangkutan Awam Yang Tinggi
- Liwat II: Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan
- Panel Suruhanjaya Diraja arah cari jam tangan
- KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu
- Cadangan hadkan parti politik cabuli hak asasi
Roslan Ahmad calon BN di Merlimau Posted: 23 Feb 2011 12:48 AM PST BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini. Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini. Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. SPR sebelum ini menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi adalah pada 26 Februari ini. Sumber: Malaysiakini | ||||||||||||
Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS Posted: 23 Feb 2011 12:20 AM PST TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS. Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama. "Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek. "Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir. Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi. Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion. Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak. "Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu. "Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20. "Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57," katanya. Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan. Sumber: Harakah Daily | ||||||||||||
Kerdau: Media cuba lagakan Pakatan Rakyat Posted: 23 Feb 2011 12:14 AM PST KUANTAN, 23 Feb: Pakatan Rakyat Pahang telah mengadakan mesyuarat pada 21 Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan muafakat Pakatan Rakyat untuk PAS meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Rakyat Pahang. Mesyuarat yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah membentuk jawatankuasa bersama bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Kerdau. Kenyataan muafakat PR Pahang sekaligus menidakkan laporan sesetengah media yang cuba melagakan parti komponen Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa PKR berminat untuk meletakkan calon mereka sekadar mainan media semata-mata. Mesyuarat tersebut juga telah merangka strategi bersama bagi menghadapi PRK kali ini di mana DAP, PKR dan DHPP telah diberi tugasan bagi menjayakan gerak kerja PRK Kerdau. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini. Majlis Pengistiharan Calon di Darul Hikmah, Kerdau yang bermula jam 9.00 malam akan turut dihadiri oleh pimpinan PKR dan DAP. Sumber: Harakah Daily | ||||||||||||
Keluarga, Kroni Umno-BN Sapu Peruntukan Saham Bumiputera Posted: 23 Feb 2011 12:13 AM PST Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO). Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yangdilaksanakan oleh kementerian beliau. Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990. Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra. Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri. Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham. Jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra. Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak. Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali. Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk: 1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010 2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit. Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra. Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja. Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGONG Sumber: Suara Keadilan | ||||||||||||
Rakyat Terus Dibebani Dengan Harga Tambang Pengangkutan Awam Yang Tinggi Posted: 23 Feb 2011 12:12 AM PST KPRU: KADAR TAMBANG MINIMA MRT LEMBAH KLANG PATUT BERKISAR SEKITAR RM0.38 – RM0.87 Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa Pameran awam MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang yang diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Prasarana di 7 lokasi mulai 14 Februari hingga 14 Mei 2011 hanya membekalkan maklumat minima kepada orang awam dan tidak merangkumi aspek-aspek penting yang makin menjadi tanda tanya rakyat. Justeru, KPRU menyarankan agar satu lagi siri perundingan terbuka yang membekalkan maklumat yang mencukupi diadakan di samping pameran awam bagi menjamin hak akses warga Malaysia kepada maklumat penting MRT. Pameran awam yang kini sedang berlangsung dikhuatiri "mislead" khalayak umum ke arah menyokong projek ini secara tergesa-gesa tanpa terlebih dahulu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi. DI MANA UNJURAN HARGA TAMBANG? Dalam konteks ini, maklumat penting yang diperlekehkan oleh SPAD ialah harga tambang. Ramai yang ingin mengetahui harga tambang MRT apabila ianya mula beroperasi supaya orang ramai dapat membuat perancangan perbelanjaan masing-masing terlebih awal. Ini adalah kerana keputusan seperti membeli kenderaan peribadi akan mengenakan satu kos lesap (sunk cost) yang menggalakkan penggunaan selepas pembeliannya bagi mengelakkan 'kerugian kerana tidak menggunakannya'. Rakyat yang menangguhkan pembelian kereta sekarang tidak ingin dibebani harga tambang MRT yang tinggi dan tidak memadai apabila MRT mula beroperasi nanti. Sesungguhnya, kini wujud kebimbangan bahawa harga tambang MRT bakal membebankan pengguna. Pengumuman harga tambang, atau sekurang-kurangnya pengumuman unjuran harga tambang secara awal dapat memastikan pengguna, pembangun hartanah, penjual kereta peribadi, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan lain dapat membuat persiapan dan rancangan seawal-awalnya bagi mengelakkan spekulasi. KPRU tidak dapat mengesan sebarang sebab mengapa kerajaan yang dapat membuat unjuran berbilion-bilion berkaitan projek ini, misalnya peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM3-4 bilion dan kesan limpahannya RM8-12 bilion, serta kenaikan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM300 juta setahun tersebut tidak dapat memberikan satu angka unjuran atas harga tambang MRT sehingga hari ini. Maka KPRU berpendapat adalah wajar kerajaan mengumumkan unjuran harga tambang dengan kadar segera supaya rakyat dimaklumkan realiti sebenar apabila MRT mula beroperasi nanti. Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa harga tambang dalam konteks pengangkutan awam tidak terhad kepada harga tambang MRT, tetapi juga merangkumi harga tempat letak kereta, harga tambang bas feeder, masa menunggu dan lain-lain. Kos-kos tersebut harus diambil kira kerana jumlah angka boleh menjadi agak besar. Misalnya, satu kajian yang dibentangkan oleh Persatuan Kajian Air dan Tenaga (Association of Water and Energy Research, AWER) telah mengatakan bahawa kos tambahan minyak api kepada pengguna jalan untuk menuju ke Stesen MRT akan mencecah RM403.5 juta dari tahun 2016 hingga 2010.[1] Memandangkan hanya 37% (13 daripada 35 stesen MRT) stesen MRT yang akan dilengkapi dengan medan letak kereta, adakah pengguna akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta selepas MRT mula beroperasi, ataupun harga letak kereta akan menjadi terlalu mahal kerana kekurangan ruang?[2] Adalah diingatkan bahawa situasi tersebut belum lagi mengambil kira kes spesifik, seperti di Stesen 1Utama dan The Curve yang tidak mempunyai sebarang rancangan pembinaan medan letak kereta tambahan. Dengan tempat letak kereta yang terhad tetapi permintaan yang bertambah, bukankah rasional bagi pihak pengurusan 1Utama dan The Curve menaikkan harga letak kereta untuk tempoh masa panjang supaya memberikan keutamaan kepada pengunjung pusat membeli-belah? Jika sekiranya hal ini berlaku, kos tambahan akan membebankan pengguna MRT. PENGIRAAN HARGA TAMBANG KPRU Bagi memberikan satu gambaran kasar kepada orang awam, KPRU telah mencadangkan kadar tambang berpatutan berdasarkan 2 bentuk pengiraan atas maklumat yang terhad dan beberapa andaian. Kos tambang minima MRT dan juga Pariti Kuasa Beli (PPP) bagi Hong Kong, Singapura dan Taiwan adalah seperti berikut:
*Tukaran nilai mata wang berdasarkan http://www.xe.com pada 14 Feb 2011 Berdasarkan Pangkalan Maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertarikh 15 Dis 2010 yang sama, PPP Malaysia hanya sekadar Intl.$14,603. Ekstrapolasi yang dibuat berdasarkan ketiga-tiga bandar di atas menunjukkan bahawa harga tambang minima MRT di Lembah Kelang patut berada dalam lingkungan RM0.38 hingga RM0.87 sahaja. Kaedah kedua melibatkan perbandingan domestik dengan lingkaran LRT yang sedia ada. Adalah didapati Projek LRT yang memperuntukkan RM8 bilion dapat mencapai 300,000 jumlah penumpang sehari, manakala MRT yang memperuntukkan RM36.6 bilion tersebut akan dapat menampung 2 juta penumpang sehari selepas 4 tahun beroperasi.[7] Walaupun kos pembangunan MRT adalah 4.58 kali ganda lebih tinggi daripada LRT, tetapi jumlah penumpang hariannya adalah 6.67 kali ganda lebih banyak daripada LRT. Maka jika kadar tambang minima bagi LRT adalah RM1, tanda aras (benchmark) kadar tambang minima MRT boleh dan patut menurun sehingga RM0.68! Mungkin anggaran kaedah kedua terlalu "simplistic" kerana KPRU juga mengambil perhatian bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mengesyorkan bahawa mahupun tambang LRT dinaikkan daripada RM1.60 kepada RM9, Prasarana memerlukan 20 tahun untuk memulangkan modalnya. Tambahan lagi, Prasarana sekarang dibebankan dengan hutang sebanyak RM8.5 bilion.[8] Akan tetapi, bukankah kaedah pertama telah membuktikan bahawa kadar tambang di Hong Kong, Singapura dan Taiwan boleh kekal di paras yang rendah dan pada masa yang sama meraih keuntungan munasabah? Bukankah beban hutang Prasarana berpunca daripada kelemahan perancangan, penyelamatan berulang kali melalui suntikan modal dan juga korupsi yang berpunca daripada salah urus, tadbir urus lemah serta ketidaktelusan dan bukan kadar tambangnya? Bukankah MRT Lembah Kelang dikatakan akan mengikuti model Hong Kong? Jika modus operandi Hong Kong diikuti, kadar tambang yang murah juga harus ditetapkan untuk pengguna MRT di Lembah Klang. Sumber: Suara Keadilan | ||||||||||||
Liwat II: Bulu, tuala 'Good Morning' jadi tumpuan Posted: 23 Feb 2011 12:07 AM PST Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan. Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998. Nor Aidora (kanan) berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA. Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut. Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi. Sehelai bulu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya. Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenamaGood Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik. Katanya, berada di makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 yang mengandungi elemen bukti kes liwat diperolehi daripada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira. Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin kemudian menyoal keadaan empat bungkusan berkenaan. "Dalam keadaan baik dan masih ditutup rapat," kata Aidora. Peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut. "Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada exhibit berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," kata Aidora. Keunikan DNA Sebelum itu, Aidora telah menerangkan kepada mahkamah bahawa calitan DNA diambil pada berus gigi, tuala muka, botol mineral dan serpihan kertas berdasarkan bahan bukti yang diterima sebelum semuanya ditempatkan di dalam sampul dan dilabel. Beliau menambah, profil DNA dilakukan pada 19 Julai 2008 sehari selepas ujian dilakukan dan keputusan lengkap diperolehi pada 21 Julai 2008. Aidora turut menerangkan kepada mahkamah tentang keunikan DNA. "Tiada siapa yang mempunyai DNA yang sama kecuali kes kecil bagi kembar seiras," katanya. Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima. Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif. Sumber: Malaysiakini | ||||||||||||
Panel Suruhanjaya Diraja arah cari jam tangan Posted: 23 Feb 2011 12:04 AM PST Suruhanajaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock hari ini mengarahkan jam tangan yang hilang di Plaza Masalam, Shah Alam dicari tengah hari ini. Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata adalah wajar bagi pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal, dan pasukannya melakukan siasatan tempat kejadian sekali lagi memandangkan perbicaraan hari ini terpaksa ditangguhkan petang ini kerana sesetengah pihak terpaksa menghadiri mesyuarat agung Majlis Peguam Kuala Lumpur. Arahan itu dikeluarkan selepas Nazri ketika disoal oleh Amarjeet Singh berkata terdapat lubang longkang kecil berhampiran tempat mayat Teoh dijumpai. Nazri berkata beliau memeriksa lubang itu ketika mencari sebuah jam tetapi hanya dapat melihat kira-kira enam inci dalam lubang longkang berkenaan kerana ia membengkok selepas itu. Beliau mengakui tidak mengukur kedalaman lubang itu, mahupun menggunakan lampu suluh tetapi katanya, bukaan lubang itu terlalu kecil bagi memuatkan tangannya. Pendedahan Nazri itu menarik minat anggota lima panel suruhanjaya tersebut, khususnya Foong, yang mencadangkan kepada Nazri supaya membuat siasatan terutama menentukan daripada mana lubang paip di tingkat lima itu bermula. "Saya berpendapat bukan membazir masa bagi mengarahkan ASP itu dan beberapa orangnya untuk melihat sejauh mana dalamnya paip itu atau mungkin mendapatkan pelan paip berkenaan... Lupakan formaliti, biar kita bertindak," kata Foong. Menurutnya, bahan bukti itu amat penting bagi membantu menentukan masa lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat 14 dan terhempas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam. Pakar patologi, Dr Buphinder Singh, yang juga anggota panel berkata meskipun hampir dua tahun berlalu, kemungkinan jam tangan itu terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan kemungkinan ia masih di tempat tersebut. Foong juga mengarahkan semua wakil daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Peguam, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengiringi Nazri bagi memantau prosedur itu. Jam tangan itu menjadi misteri selepas mayat Teoh dijumpai pada tingkat lima, Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kerana hanya talinya yang ditemui. Sumber: Malaysiakini | ||||||||||||
KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu Posted: 23 Feb 2011 12:02 AM PST Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini. Dalam pengumumannya, Lim berkata pemuda berusia 28 tahun itu akan ditugaskan membantu beliau dalam urusan politik dalam parti. "Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti," katanya Lim lagi dalam satu pengumuman di ibu pejabat DAP Nasional di Kuala Lumpur hari ini. Zairil berkelulusan sarjana dalam pengajian antarabangsa dan diplomasi daripada University of London. Zairil juga berpengalaman sebagai seorang usahawan dalam industri coklat. Lim berkata Zairil turut dipilih berdasarkan sikap "idealis dan reformis" pemuda itu. "Bila anda kata mahu reformasi, anda bercakap mengenai idealisme praktis. Anda perlu juga menjadi pragmatik dan praktis bagi memastikan usaha dan tindakan dijalankan. "Di sini saya yakin dengan pengalaman beliau yang begitu luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat. "Dia sangat terpelajar dan mungkin boleh ajar saya perkara yang saya tidak tahu," kata Lim lagi. Dalam sidang media itu, Lim turut ditanya sekiranya pelantikan Zairil itu dibuat bagi meningkatkan sokongan daripada kalangan masyarakat Melayu. Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja. Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu. "Kita bukan lantik dia sebab dia Melayu tapi sebab dia layak.Saya tengok kepada kelayakan beliau dulu, dan secara kebetulan dia seorang Melayu. "Bermakna, kelayakan ini tidak mengenal kaum," kata Lim. Katanya lagi, Zairil juga telah lama memerhatikan DAP sebelum menyertai parti itu. Tambahnya, DAP juga akan terus meningkatkan tumpuan kepada masyarakat Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan tegar. "(Masyarakat) Melayu perlu menjadi penerima utama (tindakan basmi kemiskinan) bukan kerana bangsa tetapi kerana keperluan," katanya. Zairil yang memulakan tugasnya di ibu pejabat nasional DAP hari ini berkata, tumpuannya kini adalah untuk membantu Lim "dalam apa-apa hal yang dia minta." "Itulah rancangan saya sekarang. Hari ini pun dia dah bagi tugas yang banyak. "Sememangnya apa-apa kerja untuk YB Lim ini memang tak ada yang senang. Beliau seorang bos yang rajin bekerja keras 24 jam sehari. "Jadi sebagai orang bawahan dia kita kena kerja lebih keras -- 25 jam sehari," tambahnya. Sumber: Malaysiakini | ||||||||||||
Cadangan hadkan parti politik cabuli hak asasi Posted: 23 Feb 2011 12:00 AM PST Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini secara terbuka membidas cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menghadkan bilangan parti politik di negara ini dan menganggap tindakan tersebut mencabuli hak rakyat. "Suruhanjaya dengan keras mendesak ROS supaya tidak meneruskan cadangan itu dan menghormati hak rakyat untuk memilih perwakilan dan hubungan politik mereka," kata pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan. Meskipun mengakui adalah bidang kuasa ROS untuk melulus atau menolak permohonan untuk pendaftaran parti baru mengikut Seksyen &, Akta Pertubuhan 1966, namun Hasmy berkata menghadkan jumlah parti dan menghalang pendaftaran permohonan baru tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia. Ini kerana ia membataskan kebebasan membentuk persatuan dan kebebasan bersuara. "Suara rakyat membentuk asas kuasa kerajaan dan sehubungan itu, mereka mempunyai hak untuk memilih perwakilan merea," katanya. "Hak menentukan kerajaan adalah hak asasi yang dijamin dalam Perkara 119, perlembagaan persekutuan dan Perkara 21 Deklarasi Hak Asasi Antarabangsa. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan