Pengikut

Nuffnang

Rabu, 16 Februari 2011

Zulkifli Noordin

0 ulasan
sumber :-

Zulkifli Noordin


REVOLUSI NEO - 13 MEI?

Posted: 16 Feb 2011 04:28 AM PST

Salam 2 all.

Nampak gaya ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Antaranya ialah cubaan bekas pimpinan Hindraf bernama Waytha Moorthy yang melarikan diri ke Britain meninggalkan rakan-rakannya di Malaysia setelah kegagalan cubaan mencetuskan rusuhan di Kuala Lumpur pada bulan November 2007.

Demikian menurut lapuran yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www.malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustadz Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.

Waytha bercadang mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran tersebut pada hari AHAD 24 Rabi'ul awal 1432, bersamaan 27 Februari 2011. Dibulan Maulidur Rasul ini, dibulan kita umat Islam menyambut peristiwa kelahiran Nabi saw, Waytha mencabar kesabaran umat Islam bangsa Melayu! Dan paling biadap, Waytha mengajak kita untuk turut sama dalam revolusi ciptaan beliau ini. Dan yang paling malang, ada bangsa Melayu yang mengaku umat Islam menyokong seruan revolusi ini!! Dan beliau sedang enak merencanakan ini semua dari bumi Britain penjajah Tanah Melayu sambil menghirup udara musim salju!

Isu yang Moorthy bangkitkan kononnya novel "Interlok" yang didakwa menghina kaum India, kerana mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat India iaitu "kasta pariah". Ini dakwa Moorthy menghina kaum India. Dan beliau cuba jadikan isu Interlok sebagai isu perkauman, isu kebangsaan! Dan dengan licik beliau mengaitkan isu novel ini dengan parti UMNO dan Barisan Nasional, dan mereka cuba "divide & rule", "pecah & perintah" umat Islam bangsa Melayu kekancah pertikaian kepartian. Dengan cara licik itu, Moorthy berharap penyokong PAS PKR (yang berbangsa Melayu) akan menyokong revolusi beliau menentang UMNO! Akhirnya yang akan ranap dan hancur ialah umat Islam bangsa Melayu!

Novel "Interlok" ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain dan diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Angkatan Baru. Ianya sudah menjadi bahan bacaan lebih 40 tahun!! Belum pernah terdengar apa-apa komplen atau rungutan sepanjang 40 tahun itu. Mengapa sekarang? Dan yang peliknya, ada diantara mereka tidak pernah membaca pun novel tersebut!! Tetapi membuat komplen secara emosional dan membabi-buta tanpa tahu hujung pangkal cerita.

Selanjutnya, kalau kita membaca novel tersebut, Datuk Abdullah, penulis yang berasal dari Yan, Kedah dan telah menulis lebih daripada 10 novel itu mengkritik bukan sahaja masyarakat India, malah masyarakat Melayu juga dikritik pedas oleh beliau didalam novel tersebut. Tak pernah pulak dengar orang Melayu nak mengamuk. Kerana apa yang ditulis oleh Datuk Abdullah adalah hakikat sejarah, dan cara kehidupan yang diamalkan masa lalu. Gunanya adalah supaya kita mengambul iktibar dari sejarah. Kerana bangsa yang tidak mahu mengakui sejarahnya sendiri adalah bangsa yang sudah mati!

Kita perlu ingat bahawa Datuk Abdullah, bekas pelajar St. Michael School dan Anglo Chinese School ini menerima anugerah sebagai Sastrawan Negara pada tahun 1996, lebihkurang 15 tahun selepas novel "Interlok" diterbitkan. Datuk Abdullah juga menerima anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah pada tahun yang sama. DAN SIAPA PENGERUSI PANEL KABINET YANG MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERI ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE 8 ITU KEPADA DATUK ABDULLAH?

Jangan lupa pada masa itu manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan adalah Timbalan Presiden UMNO, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Dan siapa Pengerusi panel Anugerah Sasterawan Negara ke 8 itu? Cuba tanya Anwar Ibrahim! Kalau novel "Interlok" itu dianggap berbaur perkauman, mengapa Anwar, yang memegang jawatan kedua tertinggi negara tidak berbuat apa-apa? Malahan dizaman beliaulah Datuk Abdullah diberi pelbagai anugerah!

Dan yang teman paling pelik, mengapa Moorthy ini tidak berdemonstrasi, atau mengadakan bantahan besar-besaran apabila Ahli Parlimen Padang Serai, YB Gobalakrishnan , rakan satu bangsanya sendiri, mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar Ibrahim memanggil beliau dengan gelaran "PARIAH!!" MENGAPA TIADA BANTAHAN? MENGAPA DIAM MEMBISU? MENGAPA TIADA PEMBELAAN TERHADAP YB GOBALA? MENGAPA TIBA-TIBA SEMUA NAK MENJADI HERO TAMIL DENGAN MEMPERDAGANGKAN "INTERLOK"?

Pada teman, ini semua adalah cubaan murahan untuk mencetuskan perasaan marah umat Islam bangsa Melayu supaya terjadi rusuhan dan kekacauan serta huruhara. Dengan isu mempertikaikan perkenan Sultan Selangor dalam perlantikan SUK Selangor Datuk Ahmad Khusrin. Diikuti isu mempertikaikan pertahanan negara dengan memutarbelitkan isu pembelian kapal perang, membawa kepada isu Teoh Beng Hock, diselit dengan isu Kugan. Kepada isu terbaru membentuk jawatan "Exco Hal Ehwal Agama Bukan Islam" di Pulau Pinang hari ini, dan banyak isu lain saperti mencemar kesucian surau dan masjid, semuanya pada teman adalah ulangan resepi yang sama untuk mencetuskan rusuhan 13 Mei. Kerana sebenarnya inilah resepi yang diguna oleh kaum cauvinis dan rasis yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei. Dan merekalah yang paling lantang tidak mahu sejarah 13 Mei diulang dan diperingati, kerana mereka tidak mahu rakyat mengetahui tembelang mereka!

Malahan, sebenarnya itulah resepi yang digunapakai oleh pimpinan cauvinis di Singapura semasa berada didalam Tanah Melayu. Cetuskan kekacaun, bikin huruhara, timbulkan keresahan, cari pasal, buatkan kemarahan orang Melayu Islam, akhirnya dengan strategi itu umat Islam bangsa Melayu hilang sebuah negara. Kaum cauvinis dan rasis berjaya mendapat sebuah negara yang menjadi duri kepada wilayah nusantara Melayu-Islam. Singapura hilang, Singapore muncul. Sejarah Sang Singa hilang, dan mereka pura-pura dengan lakaran sejarah baru!

Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

Kita wajib bersatu menentang cubaan untuk menghidupkan revolusi neo-13 Mei ini! Kita wajib mempertahankan dan membela agama, bangsa & tanahair kita! Revolusi yang dirancang pada 27 Februari ini mesti dihentikan! Ini bulan Rabi'ul Awal, ini bulan kita umat Islam menyambut peristiwa besar kelahiran Rasulullah saw, Nabi besar junjungan kita. Jangan benarkan bulan ini dicemar dengan seruan revolusi jahat ini!!

Teman berseru kepada seluruh umat Islam bangsa Melayu didalam UMNO, PAS mahupun PKR, ingatlah kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah, mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah apabila berdepan dengan musuh-musuh Islam? Semoga ALLAH selamatkan agama Islam, semoga ALLAH selamatkan bangsa Melayu, semoga ALLAH selamatkan Persekutuan Tanah Melayu ini! Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
15 Rabi'ul Awal 1432
16 Februari 2011

#####################################
(Petikan daripada lamanweb www.malaysianmirror.com)

Hindraf Invites Pakatan Rakyat To Join Forces
www.malaysianmirror.com



Monday, 14 February 2011 11:02

waythamoorthyKuala Lumpur - Following the nationwide clampdown against Hindraf, its leader Waytha Moorthy has written to PKR, DAP and PAS to join hands in their planned People's march on February 27 to protest against "racism practiced by UMNO".

The letter was addressed to leaders of the respective Pakatan Rakyat parties, namely Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang (below, right).

Yesterday, the Hindraf car convoy activity, which also involved distribution of leaflets asking the people to rise up against various injustices, was abruptly disrupted by police. It was reported that 59 people were arrested across several states in Malaysia (below, left).kitsianganwarhadiawang

"However this has not hindered the spirit of the HINDRAF members and we are geared up for the march.Although we may differ in our opinions and approach, but I believe that our common objectives are the same to ensure human rights & liberty is prevailed for all Malaysian in equality," Waytha Moorthy's letter contained.

"The upheaval that we had witnessed in Tunisia and Egypt is the unity of the people irrespective of their race or religion battling for humanity to sustain against oppressive and suppressive governments similar to UMNO.The audacity of the government to move ahead with the INTERLOK novel shows their arrogance and their effort to enhance racism and segregation within its society similar to BTN (Biro Tatanegara)," the letter continued.

hindrafarrest1Although the "Interlok" debacle essentially touches on the sensitivity of the Indian community, Hindraf is basing its struggles on more general issues of justice and oppression.

"I trust as a seasoned and genuine leader of the nation, you do understand the insensitivity and racism that is created towards a particular segment of the society and will be glad if you can join us (in the march) to ensure that Malaysian society should not be cowed by such outright racism practiced by UMNO and its mandores", Waytha invited.

The Hindraf movement had a new lease of life following the refusal of the Government to ban the controversial "Interlok" novel. The decision by Education Minister, Muhyiddin Yassin to continue with the publication but with ammendments, after having consulted various parties, primarily MIC did not gain traction with the Indian rights movement.

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India

Posted: 16 Feb 2011 08:37 PM PST

Dari Malaysiakini

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

“Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

“Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan "Allahu Akbar", maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India,” kata Nik Abdul Aziz (kiri).

Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

“Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama,” kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa “kegagalan” dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

“Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?” soal Nik Aziz.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fitnah II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah

Posted: 16 Feb 2011 06:36 PM PST

Dari Keadilan Daily

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong.

Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah.

Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.

Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.

Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral' pada ketika Saiful berjumpa doktor.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu.

Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.

Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar

Posted: 16 Feb 2011 06:00 PM PST

Dari Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.

Ini kerana menurut Anwar kerajaan pimpinan Barisan Nasional BN menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma yang diberitahu di mahkamah semalam jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur HKL bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.

Dr Khairul Hakim salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar. "Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang " kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik. "Tapi dalam kes Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ala Mubarak tidak boleh " kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi.

Ekoran bukti baru itu Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan. Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik.

Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Peguam utama Anwar Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas. Semalam Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik AES adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle M Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat. "Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan.

"Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor " katanya pada majlis pelancaran kempen itu. Tambah Mahfuz pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara. "Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara. "Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran ketirisan dan rasuah yang berlaku " katanya. Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor.

Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor KASE yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor. Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara. "Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan " katanya Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan

Posted: 16 Feb 2011 05:16 PM PST

Dari Kerajaan Rakyat

Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya “Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi.”

Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah:

“Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini.
Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan kerana di situlah terletaknya kunci utama untuk melalukannya. Tanpa kunci utama ini kunci-kunci kecil yang telah ada di tangan tidak dapat melalukukan refomasi itu kerana dihalang dan diganggu gugat oleh kunci utama itu yang masih di tangan orang. Ini adalah hakikat.

Lihat sahaja negeri-negeri yang telah/sedang ditadbir oleh kunci-kunci kecil yang telah dimiliki. Bukankah itu semuanya diganggu dan dihalang oleh pemegang kunci utama yang masih belum dimilikki itu? Setelah itu pastinya ada dasar-dasar mantap dan berfokus yang akan dilaksanakan bagi menggerakkan refomasi itu dan pada masa itulah segala penghalang, penganggu, primadona dan pemalas akan dicantas supaya refomasi dapat bergerak lancar. Dan ketika itu akan jelas kelihatan perbezaan yang diidamkan dan juga pada masa yang sama akan dipupuk dan dilahirkan berdozen-dozen pemimpin yang berkarisma dan bermutu bagi merealisasikan refomasi dan mengganti Anwar apabila tiba masanya untuk meneruskan gerakan refomasi itu.

Oleh itu para penggerak refomasi, kenalah bersabar dan yakin bahawa destinasi belum lagi sampai, oleh itu janganlah bercanggah atau termakan sogokan wang ringgit dan keseronokan yang membutakan sehingga menghalang perjalanan ke Putrajaya.”

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan

Posted: 16 Feb 2011 05:12 PM PST

17 Februari 2011 (Khamis)

Program 1) 8.30 – 10.00 Mlm – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi : Dewan Putik, Pengkalan Chepa,

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Ahmad Yakob

Program 2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Padang Majlis Daerah Ketereh

Penceramah:
1. YAB Tuan Guru Dato' Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
3. YB Saifuddin Nasution
4. YB Husam Musa
5. YB Dr. Fadly dato' Hassan
6. YB Abdul Aziz Abdul Kadir

‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report

Posted: 16 Feb 2011 12:30 AM PST

From Malaysian Insider

An initial medical report revealed that Mohd Saiful Bukhari Azlan had told Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctors that Datuk Seri Anwar Ibrahim had "attempted" to sodomise him, but no actual penetration had taken place.

Dr Khairul Hakim, one of the HKL doctors who had examined him admitted today that the proforma report stated that Saiful had told examining doctors on June 28,2008 that there was "attempted" sodomy and oral sex, but not actual penetration.

Khairul however insisted that Saiful did not say this to him when the latter met him, and maintained that Saiful had told him he was sodomised.

"Based on the proforma report, it was attempted sodomy and oral sex. But he (Saiful) did not say it was attempted," said Khairul.

This led defence counsel Karpal Singh to ask Khairul the merits of the report.

"Is the proforma report based on what SP1 (Saiful) said? Based on the proforma report, there could not have been any penetration because it was attempted," said Karpal.

Anwar, the 63-year-old PKR de facto leader, is currently facing sodomy charges for the second time in his life.

The former deputy prime minister is charged with sodomising a former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

Anwar has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had three years ago led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan

Posted: 16 Feb 2011 12:07 AM PST

Dari Malaysiakini

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

“Dia (Saiful) tidak sebut ‘cubaan’ tetapi ‘liwat’ dan ‘seks oral’,” katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

“Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai ‘cubaan’?" soal Karpal.

Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) – yang mengetuai pasukan pendakwaan – mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.
Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

‘Maklumat penting’ lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

“Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

“Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat,” kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


BUAT KERJA DULU JANGAN NANTI RAKYAT MELUAT!

Posted: 16 Feb 2011 06:20 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Talian 999 tak leh harap, sibuk jalur lebar, saman ekor

Posted: 15 Feb 2011 04:13 PM PST


Lagi keluhan rakyat 1Malaysi yang amat terlalu kecewa dengan talian 999. Sepatutnya 999 membantu semasa kecemasan, hakikatnya macam dunia ketiga. Sibuk politik, sibuk Jalur Lebar, sibuk Saman Ekor sibuk 1Malaysia inilah jadinya.

Artikel sebelum ini Hishamuddin kenapa Panggilan 999 GAGAL, Jangan sibuk Politik je di
http://amkns.blogspot.com/2011/02/hishamuddin-kenapa-panggilan-999-gagal.html


Wednesday, February 16, 2011
KEMALANGAN NGERI DI TANJUNG KARANG
TETAPI SAKIT HATI DENGAN 999 DAN HOSPITAL TANJUNG KARANG!

Kisah seterusnya pada pautan berikut http://adimul.blogspot.com/2011/02/kami-prihatin.html

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

0 ulasan
sumber :-

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Jemputan ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina

Posted: 16 Feb 2011 12:03 AM PST

Sambutan Tahun Baru Cina KEADILAN Perak Tarikh: 18 Feb. 2011(Jumaat) Masa: 7:30pm – 10:30pm Tempat: Dewan Chin Woo Ipoh Semua dijemput hadir!

社关局吁响应18日公正党新春文娱晚会

Posted: 15 Feb 2011 11:57 PM PST

(怡保15日讯)人民公正党霹雳社会关系局呼吁民众热烈响应《迎春接福,共创民天》春节文娱晚会。该活动将会在本月18日(农历十六),晚上7时30分,假怡保精武礼堂隆重进行。   社会关系局秘书陈家兴表示,这是人民公正党霹雳州理事会别具风格的新春团拜活动,大会除了安排精彩的舞台表演以外,大会也会通过节目表演为友族同胞们阐述我国华族各文化发展背后蕴藏的精神。   "当晚,瑞狮和夜光舞龙表演将会掀开大会序幕,虽然如今该表演经已受到各界高度赞扬,但是我们必须知道该事业曾经在80年代期,没准证的舞狮舞龙表演都属非法,武术界人士都冒着被提控的风险,坚毅的传承和推动这项伟业。" 他表示,大会除了向友族同胞展示中华文化的表演,也必须表达表演背后由先贤承担的辛酸过程和不屈不饶的精神,这样才能够更深入的推动公正党多元路线和打破种族藩篱的任务。   也是该活动总协调,陈氏表示,由新纪元学院学生所呈现的《三个小孩》话剧,将会特别安排播放国中文字幕,让到场的来宾不分肤色都能够了解我国华裔先贤南来的故事,带出华裔刻苦耐劳的经历过程。   "除此之外,二十四节令鼓也会在当天演出,这项被视为我国华族文化产物,享誉国内外以节奏丰富和声量宏伟的表演,势必能够牵动出席者的脉搏。"   他表示,上述活动入场免费,另外现场将开设选民登记柜台,欢迎年满21岁者携带身份证前往登记为选民。任何询问,请联络陈家兴 012-677 1788或黄诗情012-716 77222。

Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Melaka

Posted: 15 Feb 2011 12:06 AM PST

s

0 ulasan
sumber :-

s


Posted: 16 Feb 2011 01:04 AM PST


Khusrin akhirnya angkat sumpah simpan rahsia
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.

NONEPelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lalu.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.

Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.

NONEBerikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri.

YB.Amirudin di Kursus Kepimpinan Pebt Negeri Selangor

Posted: 16 Feb 2011 12:58 AM PST



YB.Amirudin bersama Menyambut Maulidur Rasul di Masjid Kg.Nakhoda

Posted: 15 Feb 2011 11:25 PM PST




Tarikh : 15 Februari 2011
Tempat : Masjid Kg.Nakhoda Batu Caves
Program : Maulidur Rasul

Pusat Komuniti Wanita (PKW) DUN Batu Caves diRasmikan

Posted: 15 Feb 2011 10:45 PM PST







Tarikh : 12 Februari 2011
Tempat : Dewan MPS Kg.Laksamana, Batu Caves
Dirasmikan oleh : YB.Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

0 ulasan
sumber :-

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


TOLAK UMNO/BN PADA PRU 13

Posted: 15 Feb 2011 08:17 AM PST



Seperti biasa kita lihat Umno akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gelombang gerombolan merah menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R".Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.


APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACISM".

1.RACISM ( PERKAUMAN )
Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng umno untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya mematahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini umno terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.

2.RELIGIOUS ( AGAMA )

Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu umno bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah umnon juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov *****tail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama umno juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala -gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan umno dan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun umno tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila umno cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tapi kali ini umno cuba gunakan taktik berunding dengan pemimpin -pemimpin PAS dan termasuk lah cuba menggerakan semula idea bodoh kerajaan perpaduan tapi ia nampaknya tak berjaya dan kemudian umno pula berpindah dengan mewujukan dewan ulama Umno dengan tujuan untuk menyaingi PAS.

4o ekor penyamun di katakan telah menyertai umno.Mereka - mereka ini seperti dakwa umno akan membuatkan PAS takkan tidur nyenyak kerana 40 ekor penyamun ini akan menggunakan gua batunya yang penuh dengan segala harta rompakan untuk membedil kapal frigate dewan ulama PAS.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng umnonya
Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.

3.RAJA ( RAJA2 MELAYU )

Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada umno.Umnopunya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh umno untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi umnosekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Pertemuan tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin - pemimpin PAS yang pro - Kerajaan Perpaduan dan Mursyidul Am PAS yang takkan bersengkongkol dengan umno.Dalam pertemuan tersebut beberapa soalan di ajukan pada Tuan Guru Nik Aziz termasuk lah Isu kalimah Allah dan Perpaduan dengan umno.

Agong mahu PAS dan umno bersatu demi perpaduan dan kesejahteraan Islam tetapi Tuan Guru buat apa nak bersatu dengan umno sedangkan umno lah yang selama ini banyak membunuh Ulama,jadi apa perlu nak berpadu dengan umno.Tuan guru meninggal kan Istana Hinggap Terengganu di Kuala Lumpur ketika geng - geng PAS pro perpaduan masih berada di dalam Istana.

Jadi plan umno seterusnya yang pasti akan mengembirakan umno dan geng - geng perpaduan dalam PAS ialah dengan meminta Agong supaya "bertitah" agar PAS dan umno bersatu demi kesejahteraan Islam.Ini sudah cukup buat PAS untuk melambaikan tangan serta mengucapkan selamat tinggal kepada rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat.

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh umno dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap mat monggol akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi mat Monggol sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh mat monggol sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan umno pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak umno pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil umno akan buat benda yang sama.

KEDAH online

0 ulasan
sumber :-

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang