Anwar Ibrahim |
- Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India
- Fitnah II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah
- Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar
- Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan
- ‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report
- Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan
Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India Posted: 16 Feb 2011 08:37 PM PST Dari Malaysiakini Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam. “Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT. “Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan "Allahu Akbar", maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India,” kata Nik Abdul Aziz (kiri). Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis. Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis. Sambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara. “Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama,” kata Nik Aziz. Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa “kegagalan” dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana. “Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?” soal Nik Aziz. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Fitnah II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah Posted: 16 Feb 2011 06:36 PM PST Dari Keadilan Daily Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong. Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah. Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11. Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia. Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah. Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan. Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral' pada ketika Saiful berjumpa doktor. Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu. Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik. |
Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar Posted: 16 Feb 2011 06:00 PM PST Dari Malaysian Insider Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam. Ini kerana menurut Anwar kerajaan pimpinan Barisan Nasional BN menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang akan "mengorbankan" sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata bukti terbaru yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma yang diberitahu di mahkamah semalam jelas membuktikan beliau tidak terlibat tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, laporan awal menunjukkan Saiful ada memaklumkan doktor Hospital Kuala Lumpur HKL bahawa Anwar telah "cuba" untuk meliwatnya dan tiada penetrasi. Dr Khairul Hakim salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar. "Tapi saya didakwa meliwat bukan cubaan meliwat dunia mana pun kes seperti ini sudah dibuang " kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang mengulangi kesnya harus ditarik balik. "Tapi dalam kes Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ala Mubarak tidak boleh " kata Anwar pada majlis pelancaran Kempen Penerangan Bantah Saman Ekor di sini malam tadi. Ekoran bukti baru itu Anwar mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan. Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan kes liwat dan beliau seringkali mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik. Perbicaraan disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Peguam utama Anwar Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas. Semalam Karpal berkata hanya Peguam Negara yang ada kuasa untuk menarik balik tuduhan ke atas anak guamannya. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula mendakwa langkah kerajaan menswastakan saman ekor melalui Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik AES adalah untuk menampung perbelanjaan Umno-Barisan Nasional BN menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata pelaksanaan sistem AES yang diserahkan kepada dua syarikat iaitu Commerical Circle M Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan satu tekanan kepada rakyat. "Saya berkeyakinan dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan Umno-BN dan sudah pasti hasil keuntungan yang akan diperoleh nanti akan diberikan kepada parti ini sudah pasti keuntungan yang berjuta ringgit ini pasti ada pihak yang dapat keuntungan. "Sudah tentu ada habuan yang akan dibayar kepada Umno-BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 sebab itu kita bantah saman ekor dan bantah penswastaan saman ekor " katanya pada majlis pelancaran kempen itu. Tambah Mahfuz pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai dua syarikat yang diberikan kuasa untuk melaksanakan AES itu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata tindakan kerajaan pimpinan Najib terpaksa bergantung kepada hasil wang saman ekor berbanding hasil negara. "Kerajaan sekarang begitu kejar rakyat sampai ke lubang cacing semata-mata untuk cekik darah rakyat untuk menampung perbelanjaan negara. "Hasil negara sudah tidak mencukupi kerana ia hilang begitu sahaja disebabkan pembaziran ketirisan dan rasuah yang berlaku " katanya. Sesi penerangan tersebut akan menjelajah ke seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada mangsa saman ekor. Sebelum ini PAS telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor KASE yang diketuai Mahfuz dalam usaha membela nasib rakyat yang menjadi mangsa saman ekor. Anwar pula berkata langkah terbaru Umno-BN itu menunjukkan mereka semakin terdesak untuk menambah perbelanjaan negara. "Ini salah satu cara kerajaan untuk memperkayakan syarikat yang ada kaitan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Umno-BN pasti tumbang sebab itu masa sekarang mereka rompak habis-habisan " katanya Turut hadir sama Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. |
Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan Posted: 16 Feb 2011 05:16 PM PST Dari Kerajaan Rakyat Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya “Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi.” Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah: “Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah/sedang ditadbir oleh kunci-kunci kecil yang telah dimiliki. Bukankah itu semuanya diganggu dan dihalang oleh pemegang kunci utama yang masih belum dimilikki itu? Setelah itu pastinya ada dasar-dasar mantap dan berfokus yang akan dilaksanakan bagi menggerakkan refomasi itu dan pada masa itulah segala penghalang, penganggu, primadona dan pemalas akan dicantas supaya refomasi dapat bergerak lancar. Dan ketika itu akan jelas kelihatan perbezaan yang diidamkan dan juga pada masa yang sama akan dipupuk dan dilahirkan berdozen-dozen pemimpin yang berkarisma dan bermutu bagi merealisasikan refomasi dan mengganti Anwar apabila tiba masanya untuk meneruskan gerakan refomasi itu. Oleh itu para penggerak refomasi, kenalah bersabar dan yakin bahawa destinasi belum lagi sampai, oleh itu janganlah bercanggah atau termakan sogokan wang ringgit dan keseronokan yang membutakan sehingga menghalang perjalanan ke Putrajaya.” |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan Posted: 16 Feb 2011 05:12 PM PST 17 Februari 2011 (Khamis) Program 1) 8.30 – 10.00 Mlm – Majlis Jamuan Makan Malam Lokasi : Dewan Putik, Pengkalan Chepa, Penceramah: Program 2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi : Padang Majlis Daerah Ketereh Penceramah: |
‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report Posted: 16 Feb 2011 12:30 AM PST From Malaysian Insider An initial medical report revealed that Mohd Saiful Bukhari Azlan had told Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctors that Datuk Seri Anwar Ibrahim had "attempted" to sodomise him, but no actual penetration had taken place. Dr Khairul Hakim, one of the HKL doctors who had examined him admitted today that the proforma report stated that Saiful had told examining doctors on June 28,2008 that there was "attempted" sodomy and oral sex, but not actual penetration. Khairul however insisted that Saiful did not say this to him when the latter met him, and maintained that Saiful had told him he was sodomised. "Based on the proforma report, it was attempted sodomy and oral sex. But he (Saiful) did not say it was attempted," said Khairul. This led defence counsel Karpal Singh to ask Khairul the merits of the report. "Is the proforma report based on what SP1 (Saiful) said? Based on the proforma report, there could not have been any penetration because it was attempted," said Karpal. Anwar, the 63-year-old PKR de facto leader, is currently facing sodomy charges for the second time in his life. The former deputy prime minister is charged with sodomising a former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008. Anwar has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008. He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife. He had three years ago led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008. |
Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan Posted: 16 Feb 2011 12:07 AM PST Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini. Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’. Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral. “Dia (Saiful) tidak sebut ‘cubaan’ tetapi ‘liwat’ dan ‘seks oral’,” katanya. Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’. Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral. Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful. Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan. “Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai ‘cubaan’?" soal Karpal. Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) – yang mengetuai pasukan pendakwaan – mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu. Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor. Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia. Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat. Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian. Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful. ‘Maklumat penting’ lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak. “Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan. “Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat,” kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan