Jumaat, 4 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apalah malang orang Rembau, Ahli Parlimen macam tak ada

Posted: 03 Feb 2011 11:17 PM PST


PENGKALAN SUNGAI TIMUN TIDAK TERURUS
Sinar Harian Feb 2011

Sungai Timun adalah tempat menarik untuk memancing udang galah. Tetapi saya sekeluarga agak kecewa dengan keadaan di pengkalan Sungai Timun yang tidak terurus. Sampah bertaburan, rumput panjang dan keadaan jeti yang hampir roboh. Minta pihak berkenaan memantau keadaan ini sebelum berlaku perkara yang diingini.
- TUAH KECEWA

JALAN BARU SUDAH RETAK

Kenapa jalan raya yang baru dibina di Kampung Sungai Timun Negeri Sembilan retak dan mendap? Projek berjuta-juta tetapi kenapa begitu kualitinya? Bila merekah, pihak kontraktor tampal dan ini akan berlaku sampai bila? Jalan raya yang baru ini belum sampai tiga bulan dirasmikan. Kenapa tiada tindakan diambil?
- PENDUDUK HAMPA

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/

Kisah Nasib malang Nelayan Melayu di negeri tegar UMNO BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/nasib-malang-nelayan-melayu-di-negeri.html

Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.

RM15.8 JUTA NAIK TARAF JALAN SUNGAI TIMUN
Utusan Malaysia

REMBAU 21 Mei 2009 - Jalan Kampung Sungai Timun di sini akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM15.8 juta dalam usaha menyediakan kemudahan selesa kepada masyarakat setempat selain membangunkan industri pelancongan di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha melebar dan meratakan jalan sepanjang 2.9 kilometer yang menghubungkan Sungai Timun dengan pangkalan kampung nelayan di situ kelak akan memudahkan urusan keluar masuk nelayan.

''Jalan tersebut memang dikenalpasti perlu dinaik taraf kerana Sungai Timun kini menjadi salah satu produk pelancongan negeri ini.

''Sebelum ini, sudah ada hotel atau resort yang membawa pelanggan-pelanggan mereka ke kawasan itu. Masalah yang dihadapi adalah jalan yang sempit dan menyusahkan kenderaan terutama bas atau lori keluar masuk,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek naik taraf jalan tersebut baru-baru ini.

Katanya, jalan selebar dua meter itu akan diluaskan kepada enam meter supaya semua kenderaan boleh menggunakannya.

Mohamad menambah, projek naik taraf jalan tersebut diharapkan akan membuka lebih banyak ruang ke arah pembangunan kawasan berkenaan.

"Kita berharap selepas jalan ini siap, ia dapat memberi imej kepada kawasan tersebut sebagai salah satu produk pelancongan berpotensi besar dan Sungai Timun ini akan menerima lebih banyak pelancong luar," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri melalui peruntukan diberikan akan memastikan seluruh rakyat negara ini termasuk di kawasan pedalaman mendapat kemudahan selesa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Jangan tunggu orang Jerantut doakan Wakil Rakyatnya mati

Posted: 03 Feb 2011 11:09 PM PST


Dah lama betul penduduk Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang minta baiki masjid mereka yang nak roboh ni. Dah berapa kali keluar Utusan keluhan mereka tak tahulah. Tak juga dibaiki masjid di sini. Yang dapat ialah Kereta Kabel di Batu Caves, RM500,000 untuk Tokong di Tenang, Johor. Agaknya nak tunggu wakil rakyat kawasan ni mati baru nak baiki masjid ni. Gereja terbakar di KL pun rasanya dapat RM500,000

Utusan Malaysia 4 Feb 2011
SEGERA BINA MASJID DAN JALAN BERTURAP

Saudara pengarang,

SAYA merupakan bekas ketua kampung yang mewakili seramai 800 penduduk Kampung Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut.

Kami meminta kerajaan negeri melaksanakan segera beberapa kemudahan asas penempatan di kampung ini supaya tidak tersisih daripada pembangunan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Selain Kampung Kuala Sat, kampung-kampung lain yang turut memerlukan perhatian kerajaan negeri ialah Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Olak Koh, Kampung Belutin dan Kampung Jipang.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah pembinaan jalan kampung sejauh tujuh kilometer, padang permainan dan rekreasi, masjid serta penempatan semula penduduk Kampung Jipang di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kuala Sat.

Semasa diamanahkan sebagai ketua kampung 15 tahun lalu, banyak kali saya memohon kemudahan asas kepada pihak kerajaan negeri dan pentadbiran daerah Jerantut tetapi tidak berhasil.

Malah ada permohonan yang tertangguh tanpa alasan yang memuaskan.

Kemudahan paling utama bagi kariah Kampung Kuala Sat yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri ialah pembinaan masjid baru dan jalan kampung.

Kami begitu sedih melihat keadaan masjid kayu berusia 50 tahun yang uzur dan hampir roboh yang sepatutnya diganti baru.

Bagaimanapun tiada tanda-tanda ada projek pembinaan baru walaupun banyak kali permohonan dibuat.

Penduduk Kuala Sat juga kecewa kerana kerajaan negeri tidak melaksanakan projek jalan kampung sejauh tujuh kilometer sehingga kesukaran petani membawa hasil kampung ke jeti untuk dipunggah ke dalam bot penambang Sungai Tembeling untuk dipasarkan ke bandar Jerantut.

Sehubungan itu, saya merayu kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan masjid baru kerana salah seorang penduduk di sini sudah mewakafkan tanahnya untuk tujuan itu.

Sebenarnya tidak ada alasan lagi pihak berwajib untuk menangguhkan projek tersebut.

Begitu juga jalan kampung perlu diturap untuk kemudahan penduduk membawa hasil kampung ke jeti dan keselesaan untuk keluar berbelanja menaiki bot penambang ke bandar Jerantut.

Sayugia diingatkan, perkara berkenaan tidak perlu terlepas pandang walaupun banyak projek infrastruktur ditaburkan di tempat lain.

Penduduk Kuala Sat menagih janji pihak berwajib berasaskan manifesto kepimpinan kerajaan negeri yang mahu mengubah kehidupan penduduk pedalaman Hulu Tembeling.

SIDEK MAHUSIN Bekas Ketua Kampung Kuala Sat, Jerantut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Kisah masjid ini sebelum ini di PAHANG, JUARA MASJID ROBOH pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

Juga artikel MAKIN RAMAILAH RAKYAT DOAKAN WAKIL RAKYAT MEREKA MATI di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

KEDAH online

KEDAH online


Hosni: Saya bosan jadi presiden, mahu undur tapi bimbang nasib Mesir

Posted: 03 Feb 2011 06:34 PM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


UMNO ZALIMI MELAYU, MAHATHIR 'MUDAH LUPA'

Posted: 03 Feb 2011 06:09 AM PST



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya awal minggu ini dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

"Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

"Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu," katanya.

Dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz "lebih teruk dari Islam nasionalis" dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru katanya, Nik Aziz rela mempertahankan Singapura Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

"Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

"Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng," kata Dr Mahathir.

Nik Aziz menjawab: "Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno."

"Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," katanya.

Nik Aziz juga berkata, dari zahirnya kelihatan Dr Mahathir sebagai seorang yang sangat mencintai perpaduan Melayu.

"Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?" kata Mursyidul Am PAS itu dalam responsnya yang disiarkan menerusi Facebook beliau.

Begitu juga keadaan di Kelantan apabila Umno menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan pimpinan Allahyarham Datuk Asri Muda, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa," kata beliau.

Nik Aziz, yang bertegas menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno, yang dibangkitkan sejak selepas pilihan raya umum 2008, seterusnya bertanya siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik itu "kalau bukan Umno."

"Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS," kata Nik Aziz (gambar) sambil menambah beliau bukannya mahu menyemarak api permusuhan lama, jauh sekali menyimpan dendam tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi "Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno."

Dalam menjawab tuduhan bahawa beliau merupakan penyumbang kepada perpecahan umat Islam Melayu, Nik Aziz juga menyentuh soal persempadanan bahagian pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2003.

Dr Mahathir meninggalkan jawatan perdana menteri Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syor kerusi baru digunakan pada pilihan raya umum 2004 dan seterusnya 2008.

"Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihan raya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi Parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?

"Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?" katanya.

Jawapan Nik Aziz terus mempersoalkan pengenalan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?" katanya.

Malagnya kata Nik Aziz, hari ini Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik sedangkan bertindak sebaliknya di Perak, Selangor dan Kelantan sendiri.

"Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

"Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?" katanya.

Di Kelantan, katanya, Umno-Barisan Nasional menafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). "Jika begini, demokrasi pun tidak, federalisme pun tidak, Islam jauh sekali!," katanya.

Kelantan telah memfailkan pertikaian royalti minyak di mahkamah Ogos lalu.

Nik Aziz menambah, jika Dr Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

"Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

"Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan," katanya.

Sehubungan itu Nik Aziz meminta Dr Mahathir sebutkan apakah yang beliau lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam.

"Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?" katanya sambil berkata, "saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak."

"Dan, alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah," katanya