Jumaat, 4 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apalah malang orang Rembau, Ahli Parlimen macam tak ada

Posted: 03 Feb 2011 11:17 PM PST


PENGKALAN SUNGAI TIMUN TIDAK TERURUS
Sinar Harian Feb 2011

Sungai Timun adalah tempat menarik untuk memancing udang galah. Tetapi saya sekeluarga agak kecewa dengan keadaan di pengkalan Sungai Timun yang tidak terurus. Sampah bertaburan, rumput panjang dan keadaan jeti yang hampir roboh. Minta pihak berkenaan memantau keadaan ini sebelum berlaku perkara yang diingini.
- TUAH KECEWA

JALAN BARU SUDAH RETAK

Kenapa jalan raya yang baru dibina di Kampung Sungai Timun Negeri Sembilan retak dan mendap? Projek berjuta-juta tetapi kenapa begitu kualitinya? Bila merekah, pihak kontraktor tampal dan ini akan berlaku sampai bila? Jalan raya yang baru ini belum sampai tiga bulan dirasmikan. Kenapa tiada tindakan diambil?
- PENDUDUK HAMPA

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/

Kisah Nasib malang Nelayan Melayu di negeri tegar UMNO BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/nasib-malang-nelayan-melayu-di-negeri.html

Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.

RM15.8 JUTA NAIK TARAF JALAN SUNGAI TIMUN
Utusan Malaysia

REMBAU 21 Mei 2009 - Jalan Kampung Sungai Timun di sini akan dinaik taraf dengan kos kira-kira RM15.8 juta dalam usaha menyediakan kemudahan selesa kepada masyarakat setempat selain membangunkan industri pelancongan di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha melebar dan meratakan jalan sepanjang 2.9 kilometer yang menghubungkan Sungai Timun dengan pangkalan kampung nelayan di situ kelak akan memudahkan urusan keluar masuk nelayan.

''Jalan tersebut memang dikenalpasti perlu dinaik taraf kerana Sungai Timun kini menjadi salah satu produk pelancongan negeri ini.

''Sebelum ini, sudah ada hotel atau resort yang membawa pelanggan-pelanggan mereka ke kawasan itu. Masalah yang dihadapi adalah jalan yang sempit dan menyusahkan kenderaan terutama bas atau lori keluar masuk,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek naik taraf jalan tersebut baru-baru ini.

Katanya, jalan selebar dua meter itu akan diluaskan kepada enam meter supaya semua kenderaan boleh menggunakannya.

Mohamad menambah, projek naik taraf jalan tersebut diharapkan akan membuka lebih banyak ruang ke arah pembangunan kawasan berkenaan.

"Kita berharap selepas jalan ini siap, ia dapat memberi imej kepada kawasan tersebut sebagai salah satu produk pelancongan berpotensi besar dan Sungai Timun ini akan menerima lebih banyak pelancong luar," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri melalui peruntukan diberikan akan memastikan seluruh rakyat negara ini termasuk di kawasan pedalaman mendapat kemudahan selesa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Jangan tunggu orang Jerantut doakan Wakil Rakyatnya mati

Posted: 03 Feb 2011 11:09 PM PST


Dah lama betul penduduk Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang minta baiki masjid mereka yang nak roboh ni. Dah berapa kali keluar Utusan keluhan mereka tak tahulah. Tak juga dibaiki masjid di sini. Yang dapat ialah Kereta Kabel di Batu Caves, RM500,000 untuk Tokong di Tenang, Johor. Agaknya nak tunggu wakil rakyat kawasan ni mati baru nak baiki masjid ni. Gereja terbakar di KL pun rasanya dapat RM500,000

Utusan Malaysia 4 Feb 2011
SEGERA BINA MASJID DAN JALAN BERTURAP

Saudara pengarang,

SAYA merupakan bekas ketua kampung yang mewakili seramai 800 penduduk Kampung Kuala Sat di Hulu Tembeling, Jerantut.

Kami meminta kerajaan negeri melaksanakan segera beberapa kemudahan asas penempatan di kampung ini supaya tidak tersisih daripada pembangunan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Selain Kampung Kuala Sat, kampung-kampung lain yang turut memerlukan perhatian kerajaan negeri ialah Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Olak Koh, Kampung Belutin dan Kampung Jipang.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri ialah pembinaan jalan kampung sejauh tujuh kilometer, padang permainan dan rekreasi, masjid serta penempatan semula penduduk Kampung Jipang di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kuala Sat.

Semasa diamanahkan sebagai ketua kampung 15 tahun lalu, banyak kali saya memohon kemudahan asas kepada pihak kerajaan negeri dan pentadbiran daerah Jerantut tetapi tidak berhasil.

Malah ada permohonan yang tertangguh tanpa alasan yang memuaskan.

Kemudahan paling utama bagi kariah Kampung Kuala Sat yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri ialah pembinaan masjid baru dan jalan kampung.

Kami begitu sedih melihat keadaan masjid kayu berusia 50 tahun yang uzur dan hampir roboh yang sepatutnya diganti baru.

Bagaimanapun tiada tanda-tanda ada projek pembinaan baru walaupun banyak kali permohonan dibuat.

Penduduk Kuala Sat juga kecewa kerana kerajaan negeri tidak melaksanakan projek jalan kampung sejauh tujuh kilometer sehingga kesukaran petani membawa hasil kampung ke jeti untuk dipunggah ke dalam bot penambang Sungai Tembeling untuk dipasarkan ke bandar Jerantut.

Sehubungan itu, saya merayu kerajaan negeri menyegerakan projek pembinaan masjid baru kerana salah seorang penduduk di sini sudah mewakafkan tanahnya untuk tujuan itu.

Sebenarnya tidak ada alasan lagi pihak berwajib untuk menangguhkan projek tersebut.

Begitu juga jalan kampung perlu diturap untuk kemudahan penduduk membawa hasil kampung ke jeti dan keselesaan untuk keluar berbelanja menaiki bot penambang ke bandar Jerantut.

Sayugia diingatkan, perkara berkenaan tidak perlu terlepas pandang walaupun banyak projek infrastruktur ditaburkan di tempat lain.

Penduduk Kuala Sat menagih janji pihak berwajib berasaskan manifesto kepimpinan kerajaan negeri yang mahu mengubah kehidupan penduduk pedalaman Hulu Tembeling.

SIDEK MAHUSIN Bekas Ketua Kampung Kuala Sat, Jerantut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Kisah masjid ini sebelum ini di PAHANG, JUARA MASJID ROBOH pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

Juga artikel MAKIN RAMAILAH RAKYAT DOAKAN WAKIL RAKYAT MEREKA MATI di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Tiada ulasan: