Sabtu, 24 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ustaz dan Guru

Posted: 24 Dec 2011 04:37 PM PST

Saya pergi belajar Bahasa Arab (maaf ya, hingga sekarang belum boleh bercakap Bahasa Arab, bebal betul saya ni, tapi saya akan terus belajar) dan pada malam pertama saya menggelar guru Bahasa Arab itu sebagai Ustaz.

Dia senyum dan memberitahu saya bahawa dia bukan ustaz. Walaupun dia berkelulusan Universiti Al-Azhar dan dia juga mengajar pelbagai subjek termasuk juga mengajar tafsir, tajwid dan membaca Quran. Tetapi dia berkata dia malu jika dipanggil Ustaz kerana dia hanyalah seorang Mualim (Cikgu) dan oleh kerana dia Guru Besar di Sekolah itu maka bolehlah panggil dia Mudir.

Dia mengatakan bahawa dia hanyalah seorang Guru, dia mengajar Ugama Islam, kepada anak-anak muridnya daripada yang berumur 6 tahun hingga berumur lebih 60 tahun.

Dia selesa mengajar dan dia selesa dipanggil Cikgu, tetapi tidak selesa dipanggil Ustaz.

Katanya: "Semasa di Universiti, hanya mereka yang menulis buku-buku dengan ilmu yang tinggi dan berkelulusan sesetengahnya daripada pelbagai jurusan, barulah dipanggil Ustaz, yang lain-lain itu hanya dipanggil Guru sahaja."

Dia hairan kenapa di Malaysia ni banyak sangat Ustaz, yang mengajar Fardhu Ain pun dipanggil Ustaz.

Saya rasa kekok untuk memanggilnya Cikgu dan saya terus memanggilnya Ustaz dan setiap kali saya panggil dia Ustaz dia akan pandang ke muka saya dan melontarkan senyuman, saya faham maksudnya, tetapi kita orang "Melayu" ni lazimnya memanggil orang seperti Guru saya itu Ustaz dan Ustazah.

Apa kata kalau kita buat perbezaan yang nyata diantara Ulamak dengan Alamak. Saya tak nak bincang Ulamak dan ciri-cirinya disini.

Tetapi saya suka nak tampil ciri-ciri Alamak. Alamak juga berpelajaran tinggi dari segi Agama, kadang-kadang ada Phd, walaupun sesetengahnya celup di Universiti-Universiti di Barat.

Ilmunya tentang Agama sangat tinggi, boleh menjadi Pensyarah dan boleh ditanyakan apa juga tentang Hukum-Hakam, kadang-kadang bijak berbahasa Arab, kalau setakat nak jadi Imam dalam solat, itu perkara kacang, bukan semacam sesetengah pemimpin Negara yang bercakap tentang Islam, dialah orangnya, tetapi apabila diminta menjadi Imam dalam solat, jauh sekali dari diterimanya.

Saya tabik Sultan Kelantan!

Alamak ni, kalau belum dapat apa-apa kesempatan, bukan main hebat bercermah tentang agama di TV dan didalam penulisan. Tetapi bila diberikan kesempatan, umpamanya, menjadi Wakil Rakyat, nak tegur pemimpin yang menyeleweng dari segi agama pun takut!

Tak beranilah kalau nak tegur pemimpin yang tak buat uquf atau tak buat melontar. Tak berani, tak berani, tak berani, takut nanti hilang jawatan!

Mungkin mereka tegur juga didalam hati, tak apalah, walaupun itu selemah-lemah iman.

Tapi ada juga golongan Alamak ni bila dapat kesempatan akan kebas apa saja, haram atau halal. Ada yang kebas duit zakat...alamaaak!

Alamak...itulah katergori mereka...Alamak!

Sama Tapi Tidak Serupa

Posted: 24 Dec 2011 02:56 PM PST

Banyak benda dan perkara yang sama tetapi tidak serupa. Yang nama Muhammad pun ramai, ada yang berperangai mengikut Nabi saw; tapi ada yang berperangani macam syaitan.

Negara yang bergelar demokrasi pun banyak, ada di Eropah, ada di Timur Tengah, ada di Amerika, ada di Amerika Selatan, ada di Asia dan ada di Tenggara Asia.

Malaysia pun panggil dirinya demokrasi jugak. China pun demokrasi. Ada demokrasi di Jepun dan ada Demokrasi di India dan Thailand. Namanya Demokrasi. Tapi tak serupa.

Di England, Demokrasinya sangat berlainan daripada di Malaysia walaupun Malaysia belajar dan mengambil pemerintahan Demokrasi dari England.

Di England, TV nya bebas. Surat khabarnya bebas. Parti-parti politik, dan kesatuan-kesatuan sekerjanya bebas mengeluarkan media sendiri dan mengeluarkan pendapat, tidak ada kekangan dari pemerintah, tidak ada kekangan dari polis, dan peranan polis di sana berbeza dengan peranan polis di sini. Polis di England berkhidmat untuk Negara tetapi di Malaysia polis berkhidmat untuk parti yang memerintah walaupun gaji mereka dibayar oleh Negara (duit rakyat). Sebab itu disini, kalau UMNO dan NGO UMNO buat demo, polis hadir membantu dan kalau Pembangkang buat demo, polis datang menghalang dengan melepaskan gas pemedih mata dan air beracun.

Perjumpaan UMNO/BN tak perlu ada permit tetapi kalau Pembangkang diperlukan permit, dan untuk mendapatkan permit bukanlah perkara yang mudah, macam-macam syarat dikenakan.

TV di Malaysia adalah untuk UMNO/BN sahaja, begitu juga surat khabarnya, menjadikan penonton-penontonnya dan pembaca-pembacanya sebagai katak di bawah tempurung; nak mujurlah ada internet yang sukar dikawal oleh UMNO/BN, maka dapatlah mereka yang celik IT membaca berita alternatif. Manakala yang buta IT masih bergantung kepada TV 1 dan TV 3, Utusan Melayu dan Berita Harian, menjadikan minda yang menonton-membacanya berkarat dan langsung tidak terbuka minda; mereka menjadi golongan yang bodoh sombong. Punyalah berkaratnya minda mereka sehinggakan air percuma di Selangor itu mereka kata Khir Toyo yang beri.

Di Jepun pemerintahannya adalah Demokrasi juga, tetapi Demokrasi disana berbeza dengan Demokrasi di China dan di Malaysia.

Di Jepun, kalaulah berlaku kejadian seperti menimpa Shahrizat yang suaminya dan anak-anaknya menyalahgunakan wang rakyat dengan Fidlot (NFC) nya, dah lama Menteri itu kena letak kerajaan, begitu juga wang zakat yang disalahgunakan oleh Menteri Jamil Khir. Belum dijadikan isu besar pun Menteri berkenaan sudah diletak jawatan. Di Malaysia, dah jelas lagi bersuluh, masih "berkukut" (sorry Bahasa Temerloh) dengan jawatan itu.

Di Jepun, kalau keretapi tergelincir sahaja, Menteri Pengangkutannya mengambil tanggungjawab dan letak jawatan. Di Malaysia, Menterinya boleh dengan senang melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan orang-orang bawahnya.

Kalau di Jepun belum terbukti skandal sexnya, Menterinya sudah letak jawatan, tetapi di Malaysia walaupun sudah ditangkap di Port Dickson, Menterinya tetap berpaut kepada jawatannya.

Di China, mereka juga gelar Negara mereka Demokrasi. Mereka tidak ada Pilihanraya terbuka, tetapi pemilihan Parti Komunis. Parti Komunis adalah suara dan bicara rakyat, mewakili rakyat; dan pemilihan didalam parti adalah demokrasi dan merekalah yang menjadi pemimpin dan pemerintah.

Parti Komunis China berjuang dan berkhidmat untuk rakyat. Dari sebuah Negara miskin yang sentiasa dilanda kebuluran, China berjaya menjadi Ekonomi yang kedua terbesar di Dunia mengatasi Jepun; manakala Ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat kini sedang demam teruk.

Orang China tidak ada yang kaya melampau dan tidak ada yang miskin melampau.

Pemimpin yang memperkayakan diri sendiri kerana jawatan akan ditangkap dan dibicarakan dan jika didapati bersalah akan ditembak mati; di Malaysia rakyat biasa termasuk anggota polis biasa jika didapat rasuah kecil boleh dipenjarakan hingga lima enam tahun, tetapi pemimpin yang rasuah besar hingga berjuta ringgit hanya dihukum 12 bulan sahaja, itu pun ditolak dari tarikh mula-mula bicara.

Ada juga jutawan di Shanghai yang didapati menyalahgunakan kuasa ditangkap dan dibicarakan dan didapati bersalah dikenakan hukuman penjara seumur hidup; di Malaysia banyak juga jutawan dan Menteri yang dibicarakan tetapi dihujungnya didapati tidak bersalah. Maklumlah, sukar mendakwa orang besar-besar ni!

Di England, Negara tidak masuk campur didalam Pilihanraya kecuali mengendalikan Pilihanraya yang BERSIH.

Di Malaysia, Negara terlibat dengan Pilihanraya. Habis semua Jabatan Kerajaan berkempen membantu UMNO/BN. Wang Negara digunakan untuk kempen UMNO/BN; Jentera Kerajaan digunakan untuk kempen UMNO/BN; bahkan SPR yang sepatutnya berkecuali itu tidak terkecuali daripada berpihak kepada UMNO/BN sehingga badan-badan NGO dan parti-parti Pembangkang terpaksa mengadakan Demo Bersih yang terpaksa pula berhadapan dengan Polis yang menjadi alat UMNO/BN. Yang menuntut Demokrasi Bersih di Malaysia adalah Pembangkang manakala UMNO/BN berseronok dengan Demokrasi yang tidak bersih. Hanya Pembangkang di Malaysia ini yang mahukan demokrasi tulen dilaksanakan di Negara ini, manakala UMNO/BN mahukan Demokrasi yang kotor lagi mengotorkan.

Semasa dekat dengan Pilihanraya ini, Kerajaan (dibaca UMNO/BN) mengeluarkan wang RM100.00 untuk setiap kanak sekolah dan ibu bapa pula nak diberikan RM500.00. Itu adalah jelas wang rakyat tetapi wakil-wakil rakyat UMNO/BN terlibat memberikan sehinggakan menyusahkan pihak yang menerimanya. Kalau betul nak bantu rakyat bukan itu caranya, harga komoditi rakyat kena sentiasa tinggi, sekarang ni, harga getah dah turun hingga RM4.00 se kilo, sebelum ini turun hingga RM3.40 daripada RM6.00. Berapa ratus juta didalam sebulan dua pendapatan rakyat sudah dikurangkan dan duit yang dikurangkan itu sudah jauh lebih tinggi daripada RM500.00 itu.

Harga barang naik semacam aliran sungai yang tidak dapat disekat lagi. Naik, naik, naik. Hanya orang Rompin sahaja yang dapat membeli gula dengan harga yang murah, 20 sen pun dapat. Kalau nak beli gula murah, pergilah ke Rompin, Pahang!

Tetapi di Rompin tidak boleh beli satu, kena beli dua, kena beli gula-gula. Barulah murah! Cis!

Punca harga barang naik adalah kerana kenaikan harga minyak. Kenapa harga minyak kena naik? Kenapa harga minyak di Negara-Negara pengluar minyak seperti di Timur Tengah harganya tidak melebihi 50 se liter?

Janji daripada Dato Seri Anwar Ibrahim adalah: PADA HARI INI PR DIISYTIHARKAN MEMERINTAH NEGARA, MAKA PAGI ESUKNYA HARGA MINYAK AKAN TURUN.

Dengan penurunan harga minyak, harga barang-barang lain akan turut turun dan dibawah pemerintahan PR, harga barang yang turun akan menjadi stabil.

Pemerintahan yang cekap bukan melayani kehendak dan nafsu kapitalis yang mahu mengaut untung yang besar, tetapi melayani kebajikan rakyat. Itulah diantara ciri demokrasi yang mesti dipertahankan iaitu Negara hendaklah memihak kepada kepentingan rakyat!

Hairan tak, bila kita tuntut demokrasi yang tulen dan luas seperti yang boleh diamalkan di Jepun, India, England dan Amerika, Kerajaan UMNO/BN menyatakan bahawa tidak ada kebebasan tanpa sekatan; kita bukan menuntut kebebasan tanpa had, kita hanya mahukan kebebasan mengikut lunas-lunas demokrasi dan kita menuntut demokrasi yang sama, bukan semacam sekarang, UMNO/BN bebas berbuat sesuka hati tetapi pembangkang disekat bermacam-macam. Malulah!

ISA untuk apa? Saya pernah ditahan dibawah ISA dan pertuduhan yang dikenakan kepada saya adalah kerana saya memperjuangkan hak minyak sawit Malaysia berbanding minyak soya Amerika. Apa gilanya, keselamatan dalam Negeri tahi kucing apa tu?

Saya juga dituduh menyokong Iran menentang Arab Saudi, lagi satu tuduhan tahi kucing, yang tidak ada kena mengena dengan keselamatan Malaysia. Itu pun kalau benar saya bersikap sedemikian?

Isu yang paling pada sebagai tuduhan kepada saya ialah saya memecahbelahkan masyarakat peneroka Felda!

La..la...saya masa itu berjuang supaya peneroka Felda diberikan hakmilik individu bukan hakmilik atas nama kelompok seramai 20 orang diatas nama koperasi seperti yang termaktub didalam Surat Perjanjian diantara Peneroka dan Felda.

Kalau peneroka Felda boleh berkongsi geran tanah, kenapa tidak masyarakat bandar juga berkongsi geran? Kenapa tidak masyarakat kampong tradisi juga berkongsi geran? Kenapa tidak Menteri berkongsi geran?

Saya tidaklah mengaku bahawa kejayaan akhirnya memihak kepada peneroka apabila Kerajaan mengumumkan (diumumkan oleh Ghafar Baba) bahawa Peneroka yang sudah menjelaskan BK dan CAC akan diberikan hakmilik individu, tetapi saya ditahan dibawah ISA kerana perjuangan itu. Tahniah kepada Peneroka. No,thanks to the BN Government.

Demokrasi bukanlah sekadar ungkapan yang kosong. Ia mempunyai elemen-elemennya yang wajib diikuti. Kalau disebut demokrasi, tetapi penindasan dijalankan dan undang-undang yang zalim seperti ISA, Akta Mesin Citak, Akta AUKU dan undang-undang baru yang lebih menekan daripada Seksyn 27 Akta Polis tetap dipaksakan keatas rakyat, ini namanya Demokrasi Tahi Kucing!

Demokrasi Tahi Kucing ini akan terus ditentang oleh Rakyat yang celik politik walaupun disokong oleh rakyat yang bodoh sombong!

Tiada ulasan: