The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Banyak cara UMNO/BN/SPR nak menang PRU secara tipu
- Ikan Patin masak tempoyak..
- PKR RANTING FELDA JENGKA 24 DIRASMIKAN..
Banyak cara UMNO/BN/SPR nak menang PRU secara tipu Posted: 17 Dec 2011 08:50 PM PST Sejak dari zaman Perikatan lagi UMNO telah memenangi cara tipu, ugut, rasuah dan salahguna-kuasa. Takkan tak sedar dizaman itu bila tiba-tiba di kampong-kampong yang kuat pembangkang, kad-kad pengenalan diambil untuk kononnya memperoseskan permohonan tanah atau untuk mendapatkan bantuan subsidi. Tanpa kad pengenalan sudah tentu tidak dapat mengundi. Takkan tak sedar bahawa UMNO/BN kata undi itu tidak rahsia, dan sesiapa yang undi Pembangkang, anak-anak mereka takkan dapat biasiswa, mereka takkan dapat bantuan dan subsidi. Takkan tak ingat bahawa UMNO/BN akan berikan kain batik, kain pelaikat, dan duit tunai untuk undi UMNO/BN, takkan tak ingat mereka kata bahawa kalau tak undi UMNO/BN, permohonan tanah tak akan diluluskan. Kalau undi Pembangkang nanti kena tangkap, Pembangkang itu komunis, kalau undi mereka bererti kita mahukan komunis memerintah Malaysia. Perkara kecil-kecil begini cukup menakutkan orang kampong; dan sehingga kini, ugut seperti akan dipecat sebagai peneroka Felda masih lagi berkesan dan masih lagi digunakan oleh ketua-ketua UMNO dan pengurus-pengurus rancangan (yang tidak faham apakah tugas mereka sebagai pengurus rancangan). Alhamdulillah, orang bandar berkedudukan jauh lebih cerdik dari orang UMNO, nanti orang UMNO hanya ditertawakan sahaja kalau cuba gunakan ugutan sebegitu. Malangnya orang Melayu bandar ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi. Mereka mahukan perubahan tetapi ramai yang tak berdaftar sebagai pengundi. Begitu juga dikalangan anak-anak muda. Mereka tak mahu campur tentang politik, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi. Anak-anak muda ini mahukan perubahan, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi, maka terlepaslah peluang bagi mereka untuk menjadi agen perubahan walaupun semasa pilihanraya mereka bekerja bersungguh-sungguh menyokong pembangkang, tetapi mereka tidak berdaftar sebagai pengundi. Penipuan zaman sekarang lagi sofistikated. Berlaku penipuan daftar pengundi sehingga "Balai Polis" pun ada nombor kad pengenalan dan boleh membuang undi. Apa dah jadi Malaysia ni. Ada warga asing yang baru datang ke Negara ini sudah boleh memiliki kad pengenalan, dan dengan ada kad pengenalan boleh pula menjadi pengundi. Malaysia ini menjadi model dan contoh terbaik kepada Negara-Negara ala-diktatur yang nak tonjol diri sebagai demokrasi. Peralihan tempat dan daerah mengundi. Tiba-tiba seorang pengundi yang dikenali pembangkang mendapati namanya sudah tiada dari daftar pemilih, rupa-rupanya sudah dipindahkan ke Sabah dari Kuala Krau. Dah tentu dia tidak boleh mengundi, takkan nak naik kapal terbang, kena bergopoh cari tiket penerbangan, dan naik pesawat untuk mengundi di Sabah, tak munasabah! Di PRU Kecil Hulu Selangor dulu, tiba-tiba pengundi-pengundi yang lazimnya mengundi di Batang Kalai tiba-tiba mendapati undi mereka sudah dipindahkan ke Selayang, nyaya betul! Ada penambahan undi yang tidak munasabah. Rumah emak YB Azmin di Gombak tiba-tiba dipenuhi oleh pengundi-pengundi baru, bukan semua orang Melayu, tetapi ada Cina dan India; entah bila pulak Si Azmin ini ada adik beradik Cina dan India memiliki alamat yang sama di rumah emak beliau! Di Selangor ada penambahan undi yang melampau-lampau dan sesetengahnya tidak ada alamat, ibarat kata Suhaimi Bin Said dengan nombor kad pengenalan tetapi hanya diberikan Tingkat 12 Gombak. Hantu apa yang duduk di tingkat 12 sedangkan bangunan tinggi pun tidak ada disana. Inilah jenis dan cara-caranya UMNO/BN mahu menang dengan apa cara sekali pun, prinsip-prinsip demokrasi sudah ditolak tepi. Ada penipuan sebelum mengundi, semasa mengundi dan selepas mengundi. UMNO/BN hanya mau menang tanpa mengira samada caranya bertentangan dengan demokrasi atau tidak; maka menangnya UMNO/BN didalam Pilihanraya tak jauh beza dengan apa yang dimenangi oleh Mubarak di Mesir dan Al-Assad di Syria. Maka di Malaysia ini, peti undi bukanlah sebenarnya mencerminkan demokrasi yang lohor! |
Posted: 17 Dec 2011 06:44 PM PST Rakan-rakan daripada pimpinan PKR DUN Palong akan turut hadir ke Majlis Ceramah PKR Kuala Krau pada malam ini. Dan pesanan yang tidak dapat tidak mesti ditunaikan adalah: "Kak Hendon, kami mahu makan masakan ikan patin masak tempoyak," kata Salam Ketua PKR Ranting Felda Palong 9 yang akan mengetuai rakan-rakannya dari Palong ke Kuala Krau malam ini. Insya Allah, Kak Hendon sudah tempah beberapa ekor ikan patin, dan jam 11.00 pagi ini dia dan rakan-rakan wanita PKR Kuala Krau akan memasak di Pejabat PKR Kuala Krau. "Saya akan sediakan untuk 50 orang, dan sesiapa yang datang dari jauh boleh join makan," kata Kak Hendon. Sesiapa nak rasa ikan patin masak tempoyak datanglah ke Majlis Ceramah di Kuala Krau malam ni dan jamuan makan malam bermula jam 7.00 malam. Selamat merasa masakan ikan patin masak tempoyak dan selamat mendengar ceramah. Tenaga penceramah yang akan hadir adalah YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy San, Rebin Birham, Ginie Lim dan Haji Suhaimi Said. |
PKR RANTING FELDA JENGKA 24 DIRASMIKAN.. Posted: 17 Dec 2011 06:26 PM PST Bertempat di perkarangan Rumah Sdr Ramli Lin, Felda Jengka 24, Jerantut, Pahang, telah berlangsung penubuhan PKR Ranting dengan dirasmikan oleh Sdr Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Negeri Pahang pada 17hb Disember 2011. Didalam ucapan aluannya Sdr Ramli Lin memberitahu bahawa ramai anak-anak muda Felda Jengka 24 telah bosan dengan UMNO yang langsung tidak memberikan apa-apa jaminan untuk masa hadapan mereka. "Mereka telah menemui saya dan meminta saya menubuhkan Ranting PKR di kawasan Rancangan itu." ujar Ramli. "Maka pada hari ini 90% daripada anggota-anggota PKR disini adalah terdiri daripada anak muda. Sesetengah daripada mereka adalah anak-anak kepada ibu-bapa yang totok UMNO, dan mereka mahukan perubahan." Dua minggu lepas saya telah hadir ke rumah Ramli dan bersama seorang rakannya bernama Sabri, kami telah berbincang untuk penubuhan Ranting PKR disana. Saya nyatakan bahawa jika keanggotaan tidak mencukupi 30 orang, penduduk disitu bolehlah menubuhkan satu jawatankuasa penaja dan apabila mencukupi 30 orang atau lebih barulah dirasmikan sebuah ranting. Kami tetapkan 17hb Disember 2011 jam 3.30 petang untuk penubuhan itu. Hari ini apabila saya sampai ke rumah Ramli beliau menyatakan ada 38 orang anggota untuk penubuhan Ranting disini. Tetapi semasa Majlis sedang berlangsung seramai 6 orang lagi dari kalangan anak-anak muda mengisi borang menjadikan keanggotaan PKR Ranting Felda Jengka 24 seramai 44 orang; saya nasihatkan anggota-anggota supaya dalam tempoh terdekat ini, setiap anggota cuba mendapatkan seorang anggota baru untuk menjadikan keanggotaan keseluruhannya seramai 88 orang didalam tempoh satu bulan akan datang. Cabaran ini diterima oleh anggota-anggota baru yang sedang sangat bersemangat itu. Felda Jengka 24 adalah kubu kuat UMNO yang selama ini sukar ditembusi. Dan ini adalah permulaan yang baik. Ranting PKR Felda Jengka 24 dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang. Hadir di Majlis itu adalah Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut, Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Negeri Pahang, anggota-anggota pimpinan PKR Jerantut dan Kuala Krau. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan