Khamis, 15 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan kerja Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Johor

Posted: 14 Dec 2011 04:14 AM PST

Perjumpaan dan dialog di Felda Air Tawar 4
Pak Abu pengasas Jawatankuasa Bertindak untuk Peneroka Felda Lok Heng
Hadirin di Majlis Dialog di Felda Lok Heng
Peneroka Felda Air Papan turut hadir
Sdr Zabidie Abas menjelaskan perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kepada peneroka-peneroka di Felda Lok Heng
Pak Aya, seorang veteran politik dari zaman mudanya didalam PRM, kini PKR, menjadi Setiausaha Jawatankuasa Bertindak bagi peneroka-peneroka Lok Heng
Rahman Kaimi, Ketua PKR Ranting Felda Nitar 2 mengajak peneroka Felda Bukit Batu supaya berjuang menuntut hak mereka. "Ayah kita kena tipu, kita generasi kedua kena tipu dan jangan biarkan anak kita pula ditipu oleh Felda" ujarnya semasa berucap dihadapan peneroka-peneroka Felda Bukit Batu.

===

Didalam lawatan saya ke Negeri Johor pada 12 dan 13hb Disember 2011 membawa saya kepada 3 rancangan Felda iaitu Felda Bukit Batu, Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 didalam 3 kawasan DUN yang berbeza.

Di kesemua rancangan Felda yang dilawati itu, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Zulkifli Daud mengadakan 3 Majlis Dialog. Tajuk utama dialog itu adalah berkaitan dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures ke pasaran saham dan kesannya yang akan menimpa peneroka-peneroka Felda dan juga kepada Felda.

Anak-anak muda yang menghadiri majlis-majlis dialog itu memembawakan persoalan mengenai pemansuhan Felda Plantation dan pengagihan tanah ladang di Plantation itu kepada generasi baru Felda dan penerangan mengenai Janji Buku Jingga dan Janji Palong.

Isu yang menjadi tarikan minat peneroka-peneroka yang hadir adalah mengenai isu geran tanah yang masih belum dikeluarkan walaupun mereka sudah begitu lama menjelaskan bayaran CAC termasuk premium melalui Felda; isu kegagalan Felda mengembalikan wang tanam semula yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka sejumlah RM17,000.00; isu hutang yang begitu besar yang mereka tanggung kepada Felda, dan meminta penjelasan bahawa sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan mereka; dan isu saman terhadap Felda khususnya mengenai peratusan perahan KPG yang dimanipulasikan oleh Felda; dan isu saman terhadap Felda mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Di kesemua rancangan Felda yang saya lawati itu telah ditubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mengumpulkan peneroka-peneroka untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Kecuali di Felda Bukit Batu yang mana diadakan dialog di premis Ketua PAS Cawangan, dialog di Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 diadakan di rumah ahli-ahli UMNO. Ini adalah perkembangan luar biasa dan inilah trend yang sedang melanda Negeri Johor.

Wakil Peneroka masih cekal menentang Isa Samad menjadi Pengerusi KPF

Posted: 14 Dec 2011 03:16 AM PST

Saya telah didatangi oleh seorang sahabat lama, bekas seorang ADUN BN dan bekas Ahli Exco Kerajaan Pahang. Beliau telah menyerahkan Undang-Undang Kecil KPF dan menunjukkan kepada saya kenapa Isa Samad tidak boleh menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

Beliau adalah seorang Dato dan memberitahu saya bahawa semasa Datuk Yusof Nor menjadi Pengerusi Felda, Ahli Lembaga Pengarah KPF bersetuju memberikan kepada Yusof Nor saham-saham KPF diatas jaminan Yusof Nor bahawa beliau tidak berhajat mencampuri urusan KPF tetapi sekadar mahu menunjukkan kepada Peneroka bahawa beliau mengambil berat tentang kebajikan peneroka-peneroka.

Selama Yusof Nor menjadi Pengerusi Felda dan menjadi ahli KPF, bekas Pengerusi itu tidak pernah mencampuri urusan KPF kerana beliau berpuas hati bahawa KPF telah ditadbirkan dengan baik dan menjadi Koperasi yang terbaik di Malaysia dengan setiap seorang ahli Koperasi memperolehi 15% dividen.

Ahli Lembaga Pengarah KPF juga ingin memberikan penghormatan kepada Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dengan harapan bahawa Pengerusi Felda yang baru ini akan mengambil langkah seperti Yusof Nor yang tidak mahu mencampuri urusan KPF.

Sangka baik mereka tidak kekal lama, kerana belum sempat Isa Samad menjadi ahli KPF dengan tempoh yang membolehkan beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah KPF, beliau telah bertindak merampas kepengerusian KPF dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF, kononnya atas arahan Perdana Menteri.

Memandangkan bahawa Isa Samad masih belum layak menjadi ahli KPF yang membolehkan beliau dipilih sebagai Ahli Lembaganya dan jauh sekali menjadi Pengerusinya, campur tangan SKM telah dipinta untuk mendapatkan nasihat bagi menentukan kedudukan Isa Samad sebagai Pengerusi KPF, dan jawapan daripada SKM adalah jelas bahawa kedudukan Isa Samad perlu diperbetulkan kerana beliau tidak layak menjadi Pengerusi KPF.

Maka bersidanglah Ahli Lembaga KPF yang dipengerusikan oleh salah seorang daripada Ahli L:embaga Pengarahnya dengan Dato Zulkifli Wahab dipinta meninggalkan mesyuarat agar tidak mempengaruhi keputusan Ahli Lembaga Pengarah. Keputusan yang diambil adalah menarik balik keahlian Isa Samad dari menjadi ahli Koperasi dan dengan itu kedudukan Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dengan sendirinya lucut.

Diatas permohonan bagi mendengar rayuan dari Isa Samad mengenai keahliannya yang dilucutkan, satu mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan, dengan Isa Samad membawa 2 orang Peguam, dan beliau telah menepuk meja meminta penjelasan kenapa beliau dilucutkan keahlian KPF.

Didalam mesyuarat itu SKM telah turut diwakili. Wakil SKM yang dulunya mahu kedudukan Isa Samad diperbetulkan iaitu dinyatakan bahawa beliau tidak layak menjadi Pengerusi KPF, kini telah mengubah kedudukan dengan mengatakan bahawa Isa Samad layak menjadi anggota KPF dan Pengerusi KPF. Ha...ha....ha...

Isa Samad masih belum disahkan sebagai Pengerusi KPF kerana wakil-wakil peneroka didalam Lembaga Pengarah KPF masih tidak bersetuju dengan perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi KPF.

Wakil Peneroka merupakan golongan majoriti didalam Lembaga Pengarah. "Namun," kata Dato itu, "apa-apa boleh berlaku". Kalau seorang berdua lagi dapat "ditarik" oleh Isa Samad, maka Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang menyokong Isa Samad menjadi golongan majoriti, dan Isa Samad akan disahkan sebagai Pengerusi KPF.

Menteri Berkenaan telah memberi pelbagai pengecualian kepada Isa Samad dari segi kelayakan Isa Samad. "Siapa tak takut boss," kata Dato itu, "kalau mahu kekal jawatan Menteri. Isa Samad diletakkan sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF dengan arahan pihak atasan, tak tahu ker siapa Orang Atas itu?"

"Saya pasti kedudukan saya akan menjadi semacam kedudukan Dato Zul juga jika usaha terakhir bagi menyekat Isa Samad menjadi Pengerusi KPF tidak berjaya," kata Dato yang berani itu.

"Tapi bagi saya, asal cukup makan 2 kali sehari, cukuplah, dunia ini adalah dunia orang berkuasa dan orang boleh salahgunakan kuasa," tegasnya lagi.

Tetapi Dato itu dengan jelas mengatakan bahawa kehadiran Isa Samad menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh UMNO. Ini adalah peluru yang terbesar untuk Pembangkang di Negara ini dan UMNO tidak lagi dapat memonopoli undi didalam rancangan Felda.

Dato itu mendoakan supaya Pembangkang dapat memberikan tekanan politik didalam isu Isa Samad ini, dan beliau secara jelas menyatakan bahawa sejarah monopoli UMNO didalam rancangan Felda akan berakhir dengan isu Isa Samad ini!

Tiada ulasan: