Isnin, 12 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR akan menjelajah kawasan Felda DUN Palong dan rancangan-rancangan Felda di Negeri Johor

Posted: 11 Dec 2011 03:02 AM PST

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan sekali lagi mengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor selama dua hari iaitu pada 12hb dan 13hb Disember 2011.

Pada 12hb Disember 2011, Pengerusi Biro tersebut akan mengadakan ceramah di Felda Bukit Batu, manakala pada 13hb Disember pula akan menghadiri Majlis Dialog dan Ceramah di Felda Lok Heng jam 3.00 petang dan di Felda Air Tawar 4 jam 8.30 malam.

Di Felda Lok Heng dan Air Tawar 4, Biro Felda akan menerima sejumlah borang Warrant to Act bagi peneroka-peneroka di Rancangan itu untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Sementara itu pada 15hb Disember 2011 pula, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan mengiringi Ketua Wanita PKR Pusat yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke DUN Palong.

Pada 15hb Disember 2011 akan diadakan Ceramah oleh Ketua Wanita PKR Pusat dengan penceramah-penceramah lain terdiri daripada Sdr Fariz Musa, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham dan Pak Jabit.

Pada 16hb Disember 2011 pula akan diadakan pelbagai program melibatkan lawatan oleh Ketua Wanita PKR Pusat dan telah diaturkan jadual yang padat dari pagi hingga ke malam, dan jam 3.00 petang akan diadakan Dialog Peneroka di Felda Palong 4.

Walaupun tekanan demi tekanan yang didatangkan oleh UMNO dan Felda di kawasan DUN Palong, sehingga kini sudah melebihi 600 orang ahli-ahli UMNO daripada beberapa cawangan didalam DUN Palong sudah pun menyertai PKR sejak 3 bulan yang lampau, dan lebih ramai lagi dijangka akan menyertai PKR dengan sebahagiannya akan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Ketua Wanita PKR Pusat, YB Zuraida Kamaruddin pada 15 dan 16hb Disember ini.

Jadual Program PKR Cabang Kuala Krau sehingga akhir bulan Disember

Posted: 11 Dec 2011 02:46 AM PST

15hb Disember bermula jam 9.00 pagi, semua tenaga sukarelawan akan menjalankan kerja-kerja menampal poster ke seluruh kawasan Parlimen Kuala Krau untuk Ceramah Politik pada 18hb Disember 2011 jam 8.45 malam. YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy San, Ginie Lim dan Dato Fauzi Abdul Rahman adalah penceramah yang telah diundang.

18hb Disember 2011 jam 8.45 malam Ceramah di Pejabat PKR Cabang Kuala Krau. Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy San, Ginie Lim dan Haji Suhaimi Said.

25hb Disember 2011 jam 3.00 petang seramai 40 orang PACABA dan Sukarelawan mewakili Ranting-Ranting Matau, Jengka 22 dan Jengka 11 akan menjalani kursus PACABA di Matau.

27hb Disember 2011 mulai jam 9.00 pagi, kesemua tenaga sukarelawan PKR Cabang Kuala Krau akan melakukan kerja-kerja menampal poster ke seluruh kawasan Parlimen Kuala Krau untuk ceramah yang akan diadakan di Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011 jam 8.45 malam dengan tenaga penceramah terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Sdr Rebin Birham, Sdr Zabidie Abas, Sdr Pak Jabit dan Haji Suhaimi Said.

28hb Disember 2011 jam 4.00 petang, pasukan bolatampar, pasukan futsal dan pasukan bolasepak PKR Ranting Kg Penderas akan mengadakan perjumpaan untuk memberikan bantuan kepada PKR Ranting Kg Penderas dan PKR Cabang Kuala Krau bagi menghadapi PRU akan datang. Seramai 36 orang anak muda akan terlibat.

30hb Disember 2011 jam 8.45 malam, Ceramah oleh Sdr Mazlan Aliman, Rebin Birham, Zabidie Abas, Pak Jabit dan Haji Suhaimi Said di Felda Jenderak Utara.

PKR Pahang bersedia hadapi PRU pada bila-bila masa

Posted: 11 Dec 2011 02:16 AM PST

Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pahang memberikan taklimat Pilihanraya peringkat terakhir kepada semua Pengarah JK Pilihanraya peringkat Cabang-Cabang dan DUN-DUN PKR Pahang yang berhimpun di Restoran Haji Hussin, Raub, Pahang pada hari ini 11.12.11
SUK PKR Pahang, Sdr Adnan Abu
Sdr Ahmad Shah, Bendahari PKR Pahang
Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut dan Sdr Zul Timbalan Ketua PKR Cabang Pekan (berbaju belang)
Dari kanan: Sdr Mohd Nor Hassan (Ketua PKR Cabang Bentong), Sdr Rabidin Kasmawi (Ketua PKR Cabang Pekan), Sdr Haji Abas Awang, Anggota MPP merangkap Ketua PKR Cabang Bera, Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut

----

Raub, 11.12.11: Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah bersedia menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa.

Didalam laporan yang dibentangkan oleh Ketua-Ketua Cabang yang menghadiri taklimat PRU-13 disini jam 10.00 pagi tadi semua Cabang sudah pun membuat persediaan yang rapi untuk kawasan Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh PKR di Negeri Pahang.

Kesemua Cabang sudah pun melantik PACABA dan Sukarelawan dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya samada diperingkat Parlimen mahupun peringkat DUN yang bakal ditandingi.

Persediaan kali ini adalah jauh lebih rapi dan teliti jika dibandingkan persediaan yang dibuat pada tahun 2008. Calon-calon yang bakal diketengahkan pula telah menjalani proses penyaringan yang rapi melalui Jawatankuasa Cabang yang dihantar kepada Negeri dan dihantar kepada PKR Pusat untuk penentuan.

Hanya calon-calon yang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan bersetia dengan dasar perjuangan parti sahaja yang akan dipilih bagi menentukan bahawa calon-calon yang menang didalam Pilihanraya nanti akan memberikan khidmat yang terbaik kepada pengundi-pengundi dan parti.

PRU akan datang dijangkakan akan berlaku pada bila-bila masa dan bagi PKR Pahang tidak wujud lagi elemen kejutan kerana sudah bersedia menghadapi Pilihanraya secara mengejut.

Tiada ulasan: