The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Perjuangan Peneroka Felda diteruskan...
- Baham jadi calon rupa-rupanya boleh memecahbelahkan jika tidak ditangani dengan baik
- Organisasi PKR Cabang Kuala Krau terus diperkemaskan
- Kuala Krau kemaskan tenaga...
Perjuangan Peneroka Felda diteruskan... Posted: 03 Dec 2011 06:48 PM PST Hari ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bersama-sama dengan Peguam-Peguam PKR telah dijemput oleh Peneroka-Peneroka Felda di Felda Keratong 10, Felda Chini Timur dan Felda Chini 3 untuk berdialog dan mengadakan ceramah. Isu utama yang mereka bangkitkan adalah mengenai peratusan perahan KPG yang mereka dakwa bahawa Felda telah menipu dan memanipulasikan sejak berpuluh tahun yang lalu. Peneroka-peneroka Felda Gugusan Keratong akan berkumpul di Felda Keratong 10 dan lebihkurang 400 orang Peneroka dari Gugusan itu sudah pun menandatangani borang Warrant to Act untuk diserahkan kepada Peguam R.Sivarasah selepas dialog diadakan di Keratong 10 jam 2.00 petang ini. Manakala peneroka-peneroka Felda Chini Timur dan Felda Chini 3 serta Felda Gugusan Chini akan menyerahkan borang Warrant to Act untuk melantik peguam memfailkan writ saman terhadap Felda setelah Ceramah diadakan di Felda Chini 3 malam ini. Lebih 500 orang peneroka-peneroka Gugusan Chini sudah pun menandatangani borang Warrant to Act untuk diserahkan kepada Sdr R.Sivarasa, Peguam dan Ahli Parlimen PKR mewakili kawasan Subang di Selangor. Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang akan hadir di Majlis-Majlis tersebut adalah Sdr Suhaimi Said, Pengerusi Biro, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro, Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro, Sdr Zabidie Abas, JK Biro, Sdr Zabidin Kasmawi, Sdr Rosni Arshad, JK Biro dan lain-lain; manakala 3 orang Peguam akan hadir iaitu Yb R. Sivarasa, Latheefa Koya dan T.Kumar. |
Baham jadi calon rupa-rupanya boleh memecahbelahkan jika tidak ditangani dengan baik Posted: 03 Dec 2011 06:32 PM PST PKR Cabang Kuala Krau telah menamakan 8 nama untuk dipilih oleh pimpinan mewakili PKR untuk bertanding di DUN Jenderak. Saya mengesorkan nama ini sebagai tuntutan demokrasi supaya pimpinan utama di Kuala Krau diberikan peluang untuk menjadi calon kerana didalam pandangan saya mereka layak. Malangnya apabila saya mengambil tindakan sebegitu rupa-rupanya sudah ada pulak yang sudah termimpi-mimpi untu menjadi calon dan mulalah menjatuhkan imej rakan-rakan yang lain. Saya tidak menduga perkara ini boleh berlaku. Ada yang sudah memberitahu rakan-rakan (diluar parti) bahawa merekalah calon yang akan dipilih oleh PKR Pusat dan meminta rakan-rakan mereka membantu; dan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah pilihan wanita Pusat dan sudah menghebahkan kepada anggota-anggota parti yang lain. Saya langsung tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku. Sejak beberapa bulan yang lalu, didalam perjumpaan dengan PKR Pahang dan mesyuarat-mesyuarat PKR Cabang Kuala Krau, saya mengatakan bahawa saya tidak bersedia menjadi calon, dan saya harap golongan pelapis di Kuala Krau dapat menjadi calon, dan untuk bersikap adil, saya hantarkan 8 nama untuk dipilih oleh PKR Negeri/Pusat. Sikap saya itu menjemput kerumitan, sehinggalah perkara ini dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau semalam, dan saya telah "put a stop" dengan mengatakan bahawa perjuangan didalam PKR ini bukan perjuangan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi perjuangan demi rakyat. "Saya tidak mahu dengar lagi isu tentang siapa menjadi calon di Kuala Krau ini dibahaskan kerana kita sudah hantar nama-nama bakal calon itu ke PKR Negeri dan PKR Negeri sudah menghantar ke Pusat, maka biarlah pimpinan PKR yang menentukan. Dan sesiapa yang dipilih oleh Pimpinan, maka dialah yang menjadi calon, dan kesemua mereka yang sebelum itu disenaraikan sebagai calon yang dinamakan hendaklah menyokong calon tersebut. Ini adalah perjuangan parti dan perjuangan ini bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi perjuangan untuk rakyat. "Saya nampak siapa yang benar-benar bekerja keras di Kuala Krau ini tanpa mengira samada akan menjadi calon atau tidak. Saya boleh membuat recommendation jika saya mahu, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian, kerana takut nanti dituduh bahawa saya memihak kepada orang-orang tertentu. "Saya memberi ingatan bahawa sesiapa selepas ini masih memainkan isu calon di DUN Jenderak ini akan kita dedahkan dan Pimpinan akan diberitahu bahawa orang itu tidak layak menjadi calon." Saya berhujah. Nampaknya ingatan saya itu mendapat sokongan daripada mesyuarat Jawatankuasa yang bersidang semalam, dan saya gembira bahawa isu menjadi calon ini tidak lagi akan dibangkitkan oleh mana-mana pihak. |
Organisasi PKR Cabang Kuala Krau terus diperkemaskan Posted: 03 Dec 2011 04:42 AM PST Organisasi PKR Cabang Kuala Krau telah diperkemaskan dengan mengadakan sedikit perubahan untuk pemegang-pemegang jawatankuasa utama. Sdr Hafez Harun, Setiausaha Cabang telah dilantik sebagai Naib Ketua Cabang yang kosong, manakala jawatan Setiausaha Cabang ditugaskan kepada Puan Anita Karim dengan dibantu oleh Sdr Khalid sebagai Penolong Setiausaha. Puan Nooryati Ghani menjadi Pemangku Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau dan beliau turut melantik Pn Anita Karim sebagai Setiausaha Wanita. Sdr Hafez Harun, selain menyandang jawatan Naib Ketua turut diberi tugas sebagai Ketua PACABA yang bertanggungjawab untuk mempastikan tugas-tugas PACABA dapat berjalan dengan baik, dan beliau terus mengumumkan jadual-jadual kursus untuk round kedua bagai PACABA-PACABA untuk DUN Jenderak. Sdr Razak Hussain dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya dan beliau dibantu oleh Sdr Azmi Zainon selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya. Puan Anita Karim bertanggungjawab menjadi Pengerusi Pengkalan Data manakala Puan Hendon Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Bilik Gerakan. Sdr Ahmad Bila Adam dilantik sebagai Pengerusi Logistik dan Sdr Ramli Idup sebagai Ketua Penerangan didalam organisasi Jabatan Pilihanraya PKR Cabang Kuala Krau. Sdr Kin Kasim, selaku AJK PKR Cabang Kuala Krau dari Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal, memberitahu mesyuarat bahawa pihak sukarelawan dari Ranting Kg Penderas telah menyediakan 300 batang buluh untuk kegunaan memasang bendera. Sdr Aliasyasak Idris, AJK Cabang yang juga menjadi Ketua Sukarelawan dari Ranting Felda Jenderak Utara akan menyediakan 100 batang buluh untuk kegunaan memasang bendera semasa PRU nanti. PKR Cabang Kuala Krau telah menyediakan bendera-bendera parti yang mencukupi untuk PRU akan datang, banner-banner sedang disiapkan dan poster-poster calon akan segera diadakan sebaik sahaja nama calon untuk DUN Jenderak diumumkan oleh PKR Pusat. Kami, PKR Cabang Kuala Krau, sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya. |
Posted: 03 Dec 2011 04:29 AM PST Jam 10.00 pagi tadi telah diadakan perjumpaan Wanita PKR Kuala Krau dengan mendengar taklimat dari saya selaku Ketua Cabang cara-cara memperkemaskan organisasi wanita di cabang itu. Wanita Kuala Krau ditaklimatkan betapa pentingnya mereka berganding bahu dengan tenaga lelaki untuk menjalankan kerja-kerja massa dan menjadi kewajipan tugas yang sangat penting untuk kaum wanita menggembeling tenaga di seluruh ranting-ranting PKR di Cabang Kuala Krau khususnya untuk berhadapan dengan PRU 13. Aktiviti wanita bukan sahaja perlu diperkemaskan tetapi perlu diperbanyakkan kerana sesetengah aktiviti yang diceburi oleh kaum wanita itu tidak dapat dilaksanakan oleh kaum lelaki. Kepimpinan wanita Kuala Krau perlu dipertingkat dan saya mencabar wanita Kuala Krau supaya memperkemaskan diri dengan pengetahuan dan mereka perlu menonjolkan diri agar pada Kongres Nasional yang akan datang mereka dapat diketengahkan untuk berucap di Kongres Wanita dan Nasional. Wanita perlu berani, yakin diri dan berilmu. Mereka mampu berucap didalam mana-mana Majlis sekalipun jika mereka telah mengumpulkan maklumat-maklumat dan fakta-fakta. Sdr Haji Mohd Saludin Omar, Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau turut memberikan pandangan beliau di Majlis itu agar wanita PKR Kuala Krau boleh menjadi tenaga yang kukuh dan disegani. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan