Isnin, 19 Disember 2011

Keadilan Bahagian Tampin

Keadilan Bahagian Tampin


PRU 13: Apakah Umno-BN akan menang di Gemas dengan bantuan undi pos?

Posted: 19 Dec 2011 12:42 AM PST

Peningkatan ketara undi pos di Dun Gemas dapat dilihat melalui keputusan PRU 2004 dan PRU 2008.

Pada PRU 2004, mengikut helaian keputusan menunjukkan jumlah keseluruhan undi pos ialah 453 undi dengan 431 undi sah dan 22 undi rosak.

Pada PRU 2008 pula, mengikut helaian keputusan jumlah keseluruhan undi pos adalah 2,932 undi dengan undi sah 2,774 dan 158 undi rosak.


Manipulasi Undi Pos

Umno-BN telah memanipulasikan undi pos dengan memaksima perolehan undi tersebut kepada calon BN.

Pada PRU 2004, calon Pas telah mendapat 124 undi (27.37%) manakala calon BN memperolehi 307undi (67.77%).

PRU 2008 telah memperlihatkan peningkatan luarbiasa jumlah undi pos. Calon Pas mendapat undi sebanyak 514 undi (17.53%) dan calon BN mendapat 2,260 undi (77.08%).


Persediaan Jentera

Kemenangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu lalu harus diambil pedoman dan pengajaran berguna kepada jentera pilihanraya PR. Keupayaan dan kepakaran PACA (polling agent & counting agent) khususnya dalam mengendalikan undi pos amat perlu kerana kemenangan DAP di Sibu adalah dengan bantuan kepakaran kendalian undi pos.

Perkara ini bukan lagi mustahil dilakukan kerana telah terbukti dalam PRK Sibu. Ruang dan peluang kepakaran yang dimiliki oleh jentera PKR harus dimanfaat melalui kemahiran dalam mengendalikan undi pos.

Mungkin pada PRU-13 nanti, jika keupayaan tersebut dapat dikuasai, tidak mustahil sekurang-kurangnya PR akan mendapat 45% undi pos samada daripada undi tentera atau polis!

Tiada ulasan: