Rabu, 7 Disember 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PM Terbuka Tetapi Siswa Dan Profesor Terus Tertutup

Posted: 07 Dec 2011 06:40 PM PST

The Malaysian Insider
subky Latif

Perdana Menteri Najib berjanji di Parlimen untuk meminda akta AUKU bagi memboleh siswa yang layak mengundi menyerta mana-mana parti politik. Sebelumnya Perdana Menteri itu juga mengumumkan di Parlimen untuk memansuhkan ISA dan meminda akta polis.

Tetapi sudah masuk bulan ketiga ISA masih gah dan menunggu ganti rang yang memungkinkan ada juga tahanan tanpa bicara. Ada pun akta polis yang hendak diredakan itu cuba digantikan dengan undang-undang yang tidak banyak lagi tempat boleh diadakan tunjuk perasaan.

Dalam suasana ini — orang mulai tidak percaya terhadap niat terhadap ISA dan AUKU — akta universiti dan universiti kolej pula hendak membenarkan siswa menyertai politik.

Apa pula yang tersorok di sebaliknya?

Adakah sama dengan dijanjikan oleh Buku Jingga Pakatan Rakyat. Ganti ISA dan akta polis jelas tidak sama dengan janji Buku Jingga. Tidak mustahil akta universiti juga sama.

Katakanlah benar siswa bebas berpolitik. Kononnya PM dan kerajaannya sudah terbuka tetapi mahasiswa dan antara rektor universiti pula mengatakan akta yang ada adalah sempurna dan tiada perlu dipinda.

Seolah-olah mereka pula yang ada belenggu. Memang betul siswa dan setengah profesor tidak terbuka seperti Perdana Menterinya. Mengapa begitu? Ia adalah belenggu akta universiti mencengkam warga kampus sejak akta itu diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Razak dulu.

Ketika akta itu dibentangkan oleh Tun Razak, Tan Sri Syed Jaafar Albar mengira akta itu boleh membodohkan sekalian siswa dan universiti akan melahirkan graduan yang dungu.

Mahathir sebagai menteri pelajaran berkata, sebagai doktor perubatan, apabila dia merasa rawatan pesakit hanya pembedahan sekali pun pesakit akan mati dengan pembedahan, tetapi doktor tetap membedahnya.

Kata Syed Jaafar Albar, kalau pesakit itu mati kerana dibedah, yang mati dia seorang. Tetapi kalau warga universiti dibedah, yang mati adalah rakyat seluruhnya. Apakah siswa dan naib censelor yang mempertahankan akta AUKU itu bukan suara dari kubur?

Suara siswa dan profesor yang demikian sama dengan anak tanah jajahan yang terbelengga dengan penjajah. Apabila ada tuntutan kemerdekaan, maka anak jajahan seperti itu bersuara bagaimana hendak merdeka kalau membuat jarum pun tak tahu.

Samalah seperti keadaan kaum Bani Israil yang beratus tahun dijadikan hamba abdi di bawah pemerintahan Firaun, dinasti raja Mesir purba. Antara kekejaman Firaun ialah membunuh anak laki-laki Bani Israil hingga menjadi perempuannya berlebihan. Antara perempuan itu dijadikan sebagai gundik dan hamba seks laki-laki Khibti iaitu bangsa Firaun.

Nabi Musa a.s. dalam membebaskan Bani Israil dari perhambaan Firaun. Beratus ribu meninggalkan Mesir menuju Baitul Maqdis sebagai bangsa yang merdeka.

Tetapi kebanyakan tidak selesa hidup sebagai bangsa yang merdeka. Mereka terasa lebih senang dari hamba di bawah Firaun sekali pun mereka terpaksa dikerah kerja berat tidak menigikut masa tanpa upah kecuali diberi makan. Firaun beri mereka makan kerana dengan makan itu mereka ada tenaga untuk bekerja keras. Kalau mereka boleh hidup dan bekerja tanpa makan, Firaun tidak rasa perlu memberi mereka makan.

Kerana terlalu lama menjadi hamba, Bani Israil tidak tahu cari makan sendiri dan tidak untuk buat kerja tanpa dikerah.

Ada pun profesor dan siswa yang merasa indah AUKU tidak pernah merasa nikmat kebebasan sebagai mahasiswa dan warga kampus dan itulah ibarat nasib yang dilalui oleh Bani Israil lima ribu tahun dulu.

Generasi 50 tahun selepas merdeka sudah sukar menemui siswa seperti Aminuddin Baki dan Musa Hitam dan kita juga payah menggantikan profesor seperti Pendita Za'ba dan Ungku Aziz.

Entah mengapa kita dapat Prof Aziz Bari tetapi dia hanya seorang dari seribu.

Kenapa Perjanjian Seperti Scorpenes–Altantuya Tak Bantu Malaysia Tapi Bantu Najib

Posted: 07 Dec 2011 06:09 PM PST

Malaysia Chronicle

Diseluruh negara, rakyat Malaysia kecewa dengan PM Najib Razak yang telah jatuh lagi dengan kejatuhan indeks persepsi rasuah antarabangsa. Sehinggakan Komiti Khas Parlimen untuk Rasuah telah memberi cadangan agar SPRM diletakkan dibawah Parlimen.

Tetapi, timbalan presiden Umno dan juga Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi enggan mengulas dan menjelaskan kepada Pakatan Rakyat, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai pembelian mahal yang mencurigakan.

"Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam telah menangkis keperluan untuk sebuah komiti parlimen bi-partisan untuk melihat perbelanjaan pertahanan negara dengan mengatakan bahawa beliau yakin terhadap kemampuan dan ketelusan komiti yang menilai ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia." Kata Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Selasa.

"Kebongkakan terhadap parlimen untuk meneliti perbelanjaan yang mencecah berpuluh billion ringgit setahun itulah yang memberi kesan kepada pemarkahan Transparency International (TI) iaitu 4.5 daripada 12 atau 37.5%, jauh dibawah markah gagal."

Tidak banyak tempat untuk Najib berlindung

Tony merujuk kepada "Transparency of Defence Budget Report" yang julung-julung kalinya di lancarkan pada November 2011. Pengarah Pertahanan Antarabangsa dan Program Sekuriti untuk TI di United Kingdom, Mark Pyman telah berkata bahawa "Malaysia berada di tempat yang jauh lebih rendah daripada negara lain (untuk ini), di mana bujet tidak mempunyai maklumat teliti yang cukup dan tiada audit yang dilakukan terhadap program rahsia."

Ada dikalangan rakyat yang hairan dengan kenyataan Zahid memandangkan boss beliaulah, PM Najib Razak yang akan mendapat masalah sekiranya prokumen ketenteraan yang mahal-mahal ini termasuk kapal selam Scorpenes di eksposkan.

Zahid mungkin mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan perjanjian Scorpenes sebaik mungkin. Tetapi, sama ada beliau memberi maklumat terperinci atau tidak mengenai perkara yang sebenar, kebenaran akan tetap keluar setelah mahkamah di Paris membuka kes tersebut setelah mendapat komplen terhadap syarikat membuat senjata Perancis, DCN oleh Suaram yang mewakili pembayar cukai Malaysia.

Seperti Komiti Antarabangsa yang lain, Pyman dan unit baru beliau akan mengikuti perbicaraan itu dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai mekanisme yang digunakan oleh DCN merasuah pegawai tinggi Malaysia –dalam kes ini Najib dan proksi beliau.

Najib memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 2002, meluluskan perjanjian itu seraya dituduh mendapat 114 million euro atau RM570 million sebagai komisyen dengan bantuan kawan baik dan penasihat beliau, Razak Baginda.

Alat terbaik dan portfolio yang menguntungkan

It is also telling that on Tuesday, at Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2011, Najib was keen to promise the ‘best tools’ for the military.Tidak hairanlah Najib telah menjanjikan peralatan terbaik untuk ketenteraan di Pameran Maritim dan Aerospace Antarabangsa di Langkawi pada hari Selasa.

"Tidak dapat disangkal keberanian lelaki dan wanita kita yang berseragam dan sebelum mereka mengorbankan nyawa mereka untuk kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan mereka peralatan terbaik untuk perkerjaan mereka. Ini bermakna memberikan mereka peralatan yang terbaru, paling selamat, dan canggih untuk mereka berhadapan dengan cabaran di medan perang." Bernama memetik beliau berkata.

18 Sukhoi, 12 Eurokopter dan 257 pembawa

Selain daripada Scorpenes, Najib juga pernah membeli eurocopter benilai RM2.3 billion yang didakwa pembangkang sebagai terlampau mahal dan beliau menyangkalnya dengan mengatakan bahawa chopper tersebut telah pun di sesuaikan dengan keperluan kita. Tuduhan yang sama juga dilemparkan terhadap beliau dengan pembelian 18 jet pejuang Sukhoi.

Walaupun Najib telah menyerahkan portfolio tersebut kepada Zahid, dipercayai bahawa beliau juga terlibat dengan pembelian RM7.55 billion 257 pembawa personel daripada Feftech Sdn Bhd, sebuah kompeni subsidari DRB-Hicom Bhd di Pekan yang dimiliki oleh Ahli perniagaan ternama Syed Mokhtar Syed Bukhari. Pekan merupakan tempat asal Najib.

Saya telahpun meminta Menteri (Zahid) untuk menerangkan perbezaan nilai RM 7.55 billion yang dibayar untuk 257 pembawa ini kepada Deftech Sdn Bhd dengan yang dibayar kepada FNSS Defences Systems, sebuah pengeluar alat pertahanan Turki iaitu RM 1.7 billion untuk benda yang sama." Kata Tony.

Menteri itu telah memperakui transaksi tersebut tetapi beliau mendakawa bahawa beliau tidak tahu mengenai maklumat terperinci transaksi Deftech –FNSS jadi beliau tidak dapat menjelaskan perbezaan antara dua kontrak tersebut.Menteri itu juga tidak dapat menjelaskan mengenai transaksi besar RM6 billion 6 Generasi kedua Vessel Patrol begitu juga RM2.3 billion untuk 12 Eurocopter helikopte EC725," ujar Tony.

Titik buta untuk Umno

Najib telah memberi arahan untuk tidak memberi maklumat terperinci mengenai pembelian senjata dan tidak hairanlah Zahid cuba sedaya upaya mengelak memberi jawapan. Beliau menuduh pihak pembangkang untuk cuba memburukkan Najib dan Kerajaan.

Setakat ini, jawapan yang paling selalu diberi oleh pentadbiran Najib untuk menjustifikasikan pembelian mahal peralatan tentera adalah "ia disesuaikan mengikut keperluan kita".

Tidakkah menjadi sesuatu yang pelik Pyman telah menegaskan bahawa untuk memelihara kepentingan kerajaan, penyesuaian ini haruslah paling minima kerana ia akan meninggikan kos. Ia sangat cepat meningkatkan kos dan ia membazir serta sukar dan tidak selamat.

Tidak mungkin Najib, seorang menteri pertahanan yang sudah lama tidak tahu akan perkara ini. Kritik mengatakan bahawa pemimpin Malaysia itu mungkin buat bodoh demi untuk menunjukkan bahawa beliau tiada pengalaman dalam dunia perniagaan senjata. Mereka merujuk kepada keengganan beliau mengakui kejatuhan indeks rasuah Malaysia.

"Adalah sangat mengejutkan yang tidak seorang pun Najib atau Muhyiddin memberi maklumbalas terhadap laporan antarabangsa terburuk yang pernah kita dapat semejak 32 bulan pemerintahan Najib," penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dalam kenyataan yang dibuat beliau.

"Dan tidak seorang pun pemimpin Umno atau delegasi di perhimpunan agung Umno itu menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah atau indeks tersebut. Mereka Cuma menyatakan sokongan terhadap Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal NFC beliau yang berjumlah RM300 juta itu!"

Berhentilah memberi alasan pelik

TI telah meletakkan Malaysia setara dengan Afganistan, Rwanda, Georgia dan Azerbaijan dalam laporan mereka, jauh lebih rendah berbanding Bangladesh, Indonesia dan Papua New Guinea. HAsil penyelidikan menunjukkan lebih kurang 14 % negara yang mendapat markah tinggi dalam kajian ini kebanyakkannya adalah negara maju dengan sistem demokrasi kukuh.

Zahid mengatakan bahawa beliau akan memberi keterangan bagi pihak Najib untuk perbicaraan di Paris sekiranya dibuka. Najib pula tidak akan kelihatan kerana takut pada tumpuan media yang bakal terjadi apabila kes Scorpenes-DCN itu didengari.

Selain daripada maklumat terperinci mengenai rasuah, perbicaraan Paris itu juga akan memberi maklumat mengenai Altantuya Sharibuu, penterjemah Mongolia yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 selepas beliau cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan US 5000,000 bahagian beliau sebagai komisyen.

Transparency International-Malaysia (TI-M) juga telah menggesa kerajaan untuk berhenti daripada menggunakan keselamatan sebagai alasan untuk kerahsiaan yang telah menyebabkan penyembunyian rasuah melibatkan kontrak pertahanan dan mempertimbangkan untuk melantik pemerhati bebas untuk perjanjian seperti itu.

Two Years Later, The Government’s Case Still Looks Manufactured

Posted: 07 Dec 2011 05:51 PM PST

Asia Sentinel

After nearly two years of conflicting and often suspect testimony, the so-called Sodomy II trial of opposition leader Anwar Ibrahim is scheduled to finish next week in a Kuala Lumpur High Court, with final summations by both sides.

It is a trial that has been condemned internationally by legal scholars and human rights activists as designed to take Anwar out of Malaysia's political equation.

Political sources in Malaysia have been building several different scenarios. Given the tone of the trial so far, it appears likely that Anwar, the opposition leader of the three-party Pakatan Rakyat, will be convicted despite a vast number of prosecutorial missteps. That would probably make him a martyr in Malaysia because his followers – and many others – believe he is being railroaded into jail on false charges.

Under another scenario, the judge, acting under orders from the government, would declare him not guilty, which would be followed immediately by a prosecutorial appeal, which would keep Anwar embroiled in more months of legal entrapment that diverts time and energy away from leading the three-party Pakatan Rakyat opposition. It would also give the Malaysian judiciary a thin tissue of respectability.

A then-24-year-old aide, Mohamad Bukyairy Azlan Saiful, made the charge on June 29, 2008, shortly after Anwar had led Pakatan Rakyat coalition to a historic sweep of five Malaysian states, winning 82 parliamentary seats in 2008 national elections and breaking the ruling Barisan Nasional coalition’s two-thirds majority hold on parliament. He was arrested at his home on July 16 of that year, by a contingent of 10 carloads of police commandos and was locked up overnight in a Kuala Lumpur jail.

The trial, which began in February 2010, has been marred by what appear to be egregious prosecutorial errors and a long series of prejudicial rulings by High Court Judge Mohamad Zabidin Mohamad Diah. Critics say the proceedings appear certain to once again tarnish Malaysia's reputation in international circles and play a role in destroying whatever confidence there was in the country's legal system. The case has been condemned by the Geneva-based Inter-Parliamentary Union, 60 members of the Australian parliament, Amnesty International and Human Rights Watch and prominent leaders from Commonwealth nations including Paul Martin of Canada and others.

From the very beginning, when Saiful sought to get doctors to certify that he had been sodomized, doubts began to surface. Saiful first went to a private hospital, where a doctor found no evidence of penetration and told him to go to a government hospital. At the first government hospital, doctors also told him they had found no evidence of tearing or scarring that would have indicated his anus had been penetrated. He was forced to go to a third government hospital where he finally found a physician willing to say the act had taken place.

In the intervening months, as the trial has droned on, an array other doubtful factors have made the case look like it was manufactured to rid the Malaysian political scene of one of its most charismatic figures, and that the country's court system, never regarded as independent since former Prime Minister Mahathir Mohamad fired the Supreme Court in the 1980s, was bending over backwards to do the government's bidding.

Gordon Trowell, in a report for the Inter-Parliamentary Union, pointed out that the charges had been levied just as Anwar was making a spectacular return to the political scene from a long period in the political wilderness following his first sodomy trial in 1999, when he was jailed for six years on charges that have been universally condemned as rigged.

Mistakes made over DNA samples call into question whether the evidence could survive in a rational court of law. Police officials have testified that Saiful didn't offer to be tested for DNA samples until 56 hours after the alleged incident, and he said he hadn't defecated during those two days, which could have corrupted the sample.

Other testimony indicated that the samples taken from Saiful were kept unguarded in a police office for 43 hours without refrigeration before they were turned over to the laboratory for analysis. Chemists testified that as many as 10 different DNA samples had been found in Saiful's rear, making the whole analysis process suspect.

That any samples could be taken from Anwar is also questionable. Under Malaysian law at the time, suspects could refuse to give DNA samples. However, the Dewan Rakyat, Malaysia's parliament, passed a law repealing the consent requirement after Anwar's arrest. In most courts, law cannot be applied retroactively.

Although Anwar refused to give a DNA sample, items issued to him during his overnight stay in jail were analyzed and a sample was found. Zabidin in March handed Anwar a major victory by throwing out the purported DNA evidence because it had been taken without his permission. However, a week later, after the prosecution demanded it, Zabidin reversed himself and said the evidence could after all be entered into the court despite the retroactive nature of the law.

Then there is the series of meetings that Saiful has acknowledged in court, at the home of then-Deputy Prime Minister Najib Tun Razak and his wife, Rosmah Mansor, on June 24, 2008, two days before the alleged sodomy took place and others with Rosmah’s close confidant, the former track star Mumtaz Jaafar, as well.

Saiful also acknowledged meeting secretly twice with Rodwan Mohd Yusof, a senior assistant police commissioner, before the alleged offence took place. Rodwan became famous, or infamous, in Anwar’s 1998 Sodomy I trial when he illegally removed Anwar’s DNA samples from forensic custody and planted them on a mattress allegedly used by Anwar for a homosexual dalliance. To protect the integrity of the prosecution’s case, the presiding judge, Augustine Paul, expunged the entire DNA evidence at the time.

There is also the question of entrapment. Saiful testified that on the day in question he had taken lubricant with him to Anwar's condominium – hardly the act of an innocent aide who had no idea that the then 63-year-old Anwar was about to jump him for unnatural sex. Surveillance cameras in filmed the former aide in a lift in the building but Anwar said he was having a meeting with a group of economists at the time Saiful allegedly showed up.

But the fact that Saiful went to the condo with lubricant in his pocket, whether he got in or not, is ample indication that he intended to try to lure the opposition leader into a compromising position. It would be questionable whether he tried to do that on his own, and it would dovetail rather smoothly with his meetings with Najib, Rosmah, and the law enforcement officials who put Anwar in jail in 1999.

Trowell in his report called pointed out a flock of other discrepancies. Abdul Gani Patail, the main prosecutor in the 1998 sodomy proceedings that were thoroughly discredited, has been involved in the present case at a time when he was being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Agency following allegations of fabricating evidence.

There was an "almost systematic rejection of all defense applications for disclosure of prosecution evidence, which it would need in order to mount the defense,"

There was also the fact that Saiful was having a sexual liaison with Farah Azlina Latif, a female member of the prosecution team, which should have further disqualified him as a complaining witness.

The defense and prosecution have both finished presenting evidence and the opposing sides were scheduled to submit their oral summaries on Dec. 8 and 9. However, the summatons have been postponed until next week at the requesti of the defense. After that the judge will probably take a month or so to deliver his decision. If convicted, Anwar is certain to appeal. Whether he will be allowed bail will again remains to be seen. The process will thus probably go on for an indefinite period.

Unfortunately, what the evidence has shown most clearly is not that Anwar was guilty or not guilty of having what the government termed "unnatural consensual sex" with his former aide. It is rather that the trial was skewed so badly in the government's favor that the opposition leader demonstrably did not get a fair trial.

SPRM Digesa Siasat Sepenuhnya Dakwaan Alstom

Posted: 07 Dec 2011 12:09 AM PST

Malaysiakini

Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.

Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah “melawat” pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.

Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star.

“Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia,” kata satu kenyataan TI.

Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa.

Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Ia berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an.

The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut

Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas.

Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah “mangsa salahlaku kakitangannya”, tetapi enggan mengulas lanjut.

Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara.

Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif,” serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia.

SPR Mesti Laksana 7 Lagi Tuntutan Bersih

Posted: 06 Dec 2011 11:13 PM PST

Keadilan Daily

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.

Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Tujuh lagi tuntutan itu ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil untuk semua parti politik bertanding, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.

Beliau juga mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi alasan bahawa agensi kerajaan itu akan menemui Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meminta pandangan.

"Ini hanyalah alasan politik SPR yang dikitar semula sejak 2008, walhal Majlis Fatwa sudahpun memutuskan tiada masalah jika dakwat kekal diguna dalam pilihan raya," tegas Maria.

Menjelang PRU-12, SPR bersetuju melaksana dakwat kekal, namun membatalkannya disaat akhir pengundian dengan alasan memudaratkan ketenteraman awam.

Pada PRU itu, buat pertama kali, Umno BN hilang dua pertiga kerusi di Parlimen selain tumbang di lima negeri.

Tiada ulasan: