Khamis, 22 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengguna Bimbang Perkhidmatan Kereta Api Sesak, Tidak Lancar:Kaji Selidik

Posted: 22 Dec 2011 05:48 AM PST

Rabu Disember 21, 2011
Pengguna Bimbang Perkhidmatan Kereta Api Sesak, Tidak Lancar:Kaji Selidik

KUALA LUMPUR: Pengguna Malaysia menyatakan perkhidmatan kereta api yang sesak dan tidak lancar sebagai kebimbangan utama mereka, demikian menurut satu hasil kaji selidik Frost & Sullivan.

Ia juga mendedahkan bahawa pengguna rata-ratanya berpuas hati dengan kemudahan penumpang kurang upaya di stesen tetapi mereka tidak berpuas hati dengan peralatan bantuan kecemasan dalam tren dan kekurangan pemantauan CCTV.

"Perjalanan yang lancar, tiada brek mengejut dinilaikan paling tinggi, manakala disiplin berbaris dan penyediaan pengawal keselamatan dinilai paling rendah," kata Gopal R, Naib Presiden Frost & Sullivan (Pengangkutan dan Amalan Logistik) Asia Pasifik dan Ketua Negara bagi Malaysia, dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kaji selidik itu, sebahagian daripada program langganan kereta api baharu Analisis Strategik: Keselamatan Penumpang bagi Rel Bandar di Malaysia syarikat penyelidikan perniagaan dan runding cara itu, dijalankan terhadap pengguna lima perkhidmatan kereta api iaitu KTM, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, ERL dan Monorel.

Gopal berkata kesesakan dalam kereta api dan di platform semasa waktu kemuncak boleh membawa risiko tinggi kepada keselamatan peribadi dan keselamatan terutamanya semasa kecemasan.

Beliau juga berkata penilaian kepuasan bagi komunikasi keselamatan kereta api berada di paras rendah berbanding penilaian bagi prasarana dan operasi, menunjukkan masih banyak ruang boleh diperbaiki.

"Pengguna menjangkakan lebih banyak komunikasi daripada penyedia kereta api mengenai apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan dan garis panduan tindak balas kecemasan yang sewajarnya," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/21/mstar_berita/20111221161343&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: