Rabu, 21 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis dituduh samun guna parang pula

Posted: 21 Dec 2011 02:25 AM PST



Tak cukup dengan kes polis dikaitkan dengan rompakan kedai emas di Terengganu. Beberapa anggota tentera didakwa terlibat dengan samun kafe siber di Kuala Lumpur, kemudian senapang Steyr milik tentera digunakan dalam rompakan bank di Kuala Lumpur. Kini polis pula dituduh melakukan samun menggunakan parang di Melaka.

Kisah berkaitan sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/12/guna-senapang-milik-tentera-dalam.html

Lans Koperal didakwa samun remaja
December 21, 2011

AYER KEROH - Seorang anggota polis berpangkat Lans Korperal dan rakannya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menyamun seorang remaja di sebuah pusat siber, pertengahan November lalu.

Ahmad Muzammir Zorkanain, 24, dan rakannya, Mohd Hazhar Baharum, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didapati melakukan rompak bersenjata menggunakan sebilah parang ke atas Hilary Salisih, 18, dengan merompak wang tunai RM1,000 milik sebuah pusat siber.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pusat siber di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, jam 3.55 pagi pada 17 November 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395/397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dan dikenakan syarat tambahan.

Bagaimanapun, Ahmad Muzammir yang diwakili peguamnya A Partheeban, memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia telah berkahwin dan perlu menyara keluarga.

Sementara Mohd Hazhar yang tidak diwakili peguam bela juga memohon wang jaminan dikurangkan kerana dia berniaga kecil-kecilan dan bakal menimang cahaya mata.

Setelah mendengar permintaan dan rayuan kedua-dua belah pihak, Zaharah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 seorang dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Januari tahun depan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lans-koperal-didakwa-samun-remaja-1.13834

Reman kapten tentera pemilik Styer dilanjut

Posted: 21 Dec 2011 02:23 AM PST


Reman kapten tentera pemilik Styer dilanjut
Harian Metro 21 Dis 2011

AMPANG: Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang juga pemilik raifal jenis Styer digunakan seorang lelaki ketika cuba melarikan wang tunai RM253,000 dalam rompakan nekad di sebuah bank di Taman Muda, di sini, disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pegawai tentera terbabit disambung reman tujuh hari sehingga 26 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Suspek disambung reman bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

"Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api," katanya ketika dihubungi semalam.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan pemilik senjata Styer yang digunakan seorang lelaki ketika cuba melarikan wang tunai RM253,000 dalam rompakan bank di Taman Muda, 13 Disember lalu, adalah milik seorang pegawai tentera.

Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, seorang lelaki berusia lewat 30-an mati selepas ditembak pengawal keselamatan bank yang bersembunyi di belakang kaunter ketika lelaki terbabit meluru keluar sebaik menyamun.


Siasatan polis berjaya mengesan dari mana raifal berkenaan diperoleh berdasarkan nombor siri pada senjata itu seterusnya mengesan pemiliknya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RemankaptententerapemilikStyerdilanjut/Article/index_html


Indonesia buat Kapal Perang Halimunan Canggih

Posted: 20 Dec 2011 04:21 PM PST



Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.

Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.

Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"

Tuesday, December 20, 2011
Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang

BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.

"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).

Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.

"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.

Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.

"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.

Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.

"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.

Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.

Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.

Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2011/12/kapal-trimaran-tni-al-selesai-lima.html

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

http://www.malaysiakini.com/news/184424

Tiada ulasan: