Rabu, 7 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nak beri RM500 tapi menyusahkan rakyat jumpa JKKK

Posted: 06 Dec 2011 06:38 PM PST


Konon nak beri RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah untuk membantu mereka, tapi kini menyusahkan mereka pula, perlu pengesahan JKKK. Tempoh pendaftaran hanya sebulan. Larat ke JKKK nak buat pengesahan kalau satu kampung semua layak. Lepas tu kalau di bandar, di kawasan perumahan, mana nak cari JKKK? Nak bagi bagi sajalah, tak nak bagi sudah.

Pemimpin Umno ni tahu matematik tak? Bajet 2012 mengatakan dianggarkan RM2.6 billion diperuntukkan untuk agihan RM500 ni. Bermakna 5.2 juta yang layak dapat bantuan ini. Kalau diberi tempoh sebulan untuk daftar bermakna setiap hari perlu proses 173,333.333 borang. Dalam sejam kena proses 7,222.222 borang. Kalau ada 14 negeri bermakna setiap negeri kena proses 515 borang setiap jam. Itu kalau kerja 24 jam, kerja 7 hari seminggu.

Larat ke JKKK nak buat pengesahan, larat ke petugas LHDN nak proses permohonan?

Di Malaysia ada 576 DUN, kalau borang ni pula perlu pengesahan ADUN bermakna setiap ADUN perlu sahkan secara purata 9027 borang permohonan, sehari anggaran 300 borang permohonan.

Bantuan RM500 perlu pengesahan JKKK
Tarikh : December 6, 2011

KANGAR - Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.

"Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.

"Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Md Isa berkata, semua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bantuan-rm500-perlu-pengesahan-jkkk-1.10638



Hospital hospital di Melaka kehabisan ubat

Posted: 06 Dec 2011 05:31 PM PST



Agaknya ciri-ciri negeri maju macam ni. Macamana boleh hospital-hospital di Melaka ni menghadapi krisis kekurangan ubat bukan sejam dua, tapi dah hampir sebulan kehabisan dan kekurangan ubat. Ramai sangat ke orang Melaka yang sakit, ke Kementerian Kesihatan dah habis bekalan ubat. Tak apa, Pekida yang menjadi penyokong kuat BN akan pastikan Melaka tidak akan kehabisan ubat agaknya.

Wednesday December 7, 2011
Hospitals in Malacca out of medicine

MALACCA: The state government has promised fresh supply of medicine at public hospitals following a shortage which caused misery to patients for nearly a month.

State Health, Project Rehabilitation, Suburban Development and NGO committee chairman Datuk Seet Har Cheow assured the patients that the problem would be resolved by tomorrow.

"The shortage of medicine has placed patients in a limbo. The state is addressing the situation," he said, adding that new supplies had been dispatched.

"We expect things to normalise in a day or two."

Seet blamed the shortage on "several inevitable factors" but said the state was in constant touch with the Health Ministry.

"I can't divulge these factors. But I strongly dismiss allegations that medical personnel were hoarding the drugs and secretly supplying these to private pharmacies," he said, adding that the ministry was putting in place measures to prevent a recurrence.
Asked if the quality of the medicine would be compromised in the rush to stock up, Seet said: "Health isn't something we gamble with."

In Putrajaya, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the shortage should be dealt with immediately by the respective administrators.

He, however, was not aware of the situation in Malacca.

"It was not reported to me, but it shouldn't have happened," he said, adding that he had reminded all hospital and clinic admini­strative staff members to ensure there was enough stock.

"Although hospitals and clinics can sometimes run out of medicine at the end of the year, they should have a plan to prevent it from happening," he said.

Malacca Pensioner Associations chairman J. Ram said its 2,000 members, who relied heavily on public hospital medicine, had been left in the lurch.

"Even pharmaceutical products to treat high-blood pressure patients were unavailable for almost a month," he said.

"Many of us are elderly patients who cannot afford to get supplies from private pharmacies."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/7/nation/10048772&sec=nation

Terengganu Kaya, Jeti Canggih, KAH, KAH, KAH

Posted: 06 Dec 2011 05:20 PM PST

Canggih betul jeti di tengah bandaraya metropolitan Kuala Terenggau berhampiran lokasi Monsoon Cup. Boleh diwartakan sebagai jeti warisan yang begitu tinggi nilainya dan sebagai produk pelancongan. Kaye Tranung Kite weh dengan wang ehsannya.

Beberapa berita mengenai Jeti daif dan uzur di Terengganu sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2010/11/jeti-daif-dan-uzur-di-terengganu.html

JETI KAYU ROSAK, TERLALU DAIF
7 Disember 2011


JETI bot penambang berhampiran Pasar Kedai Payang terlalu daif dan membahayakan penumpang terutama orang tua dan kanak-kanak.Penumpang bot bimbang terjatuh

KUALA TERENGGANU: Penumpang bot penambang di Dataran Shah Bandar, di sini merayu pihak berkaitan membina jeti baru di kawasan itu bagi menggantikan jeti sedia ada yang uzur dan membahayakan pengguna.

LEBIH MEMBIMBANGKAN PENUMPANG, JETI KAYU ITU TIDAK LAGI SESUAI UNTUK DIGUNAKAN BERIKUTAN KEADAANNYA TERLALU DAIF, SELAIN SUDAH BANYAK KES PENUMPANG TERCEDERA AKIBAT TERJATUH, SEKALI GUS MENINGKATKAN KEPERLUAN TERHADAP JETI BARU.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan berkenaan mendapati jeti kayu itu sudah rosak, manakala jeti yang dibangunkan kerajaan negeri tidak bersesuaian kerana bot hanya dapat berlabuh apabila air pasang.

Penumpang yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan keadaan jeti berkenaan, sedangkan negeri ini tumpuan pelancong dalam dan luar negara justeru, masalah itu membuatkan imej bandar raya ini juga tercemar.

Penumpang, Faridah Samad, 47, berkata dia kesal dengan pihak berkaitan membiarkan masalah itu berlarutan dan diharapkan ia mendapat perhatian serius kerajaan negeri.

Katanya, jeti kayu yang diguna pakai sekarang tidak mempunyai ciri keselamatan dan jeti baru perlu dibina bagi kemudahan lebih selesa dan selamat digunakan.
"Setiap kali melalui jeti itu perasaan berdebar dan takut tidak dapat dielakkan, namun hanya doa mengiringi setiap kali turun dan naik bot.

"Bot penambang adalah pengangkutan harian penduduk yang tinggal di Kampung Seberang Takir dan Pulau Duyung untuk berulang alik ke pusat bandar ini," katanya sambil mengharapkan pimpinan negeri supaya turun padang melihat keperitan penumpang bergadai nyawa menggunakan jeti itu.

Faridah yang bekerja dengan syarikat pembersihan di bandar raya ini berkata, setiap hari dia akan menjadikan pengangkutan air itu untuk berulang alik ke tempat kerja dan setiap hari juga bertarung nyawa menggunakan jeti yang tidak mempunyai ciri keselamatan.

Normala Sulaiman, 40, pula berkata perasaan takut memang tidak dinafikan kerana banyak kemalangan berlaku di jeti itu sehinggakan ada yang cedera akibat terjatuh berikutan kayu jeti sudah reput.

Dia yang tinggal di kampung Seberang Takir, di sini berkata, apa yang merisaukan adalah penumpang yang menggunakan bot penambang kebanyakan orang tua dan kanak-kanak dan sekiranya tindakan tidak diambil, dikhuatiri kejadian lebih buruk akan terjadi.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak bertindak menggantikan jeti daif itu," katanya sambil mengharapkan tindakan segera dapat diambil pihak berkaitan bagi menangani masalah itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jetikayurosak_terlaludaif/Article

Anak bekas pegawai kanan tertinggi PDRM dicekup

Posted: 06 Dec 2011 05:19 PM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. 2011 - Anak lelaki kepada seorang bekas pegawai kanan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan polis baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Suspek ditahan bersama seorang lelaki warga Iran di sebuah kondominium di ibu negara kira-kira tiga minggu lalu.

Menurut sumber, polis yang membuat pemeriksaan dalam kondominium terbabit turut merampas dadah jenis syabu dipercayai seberat empat kilogram.

"Polis yang mendapat maklumat daripada orang awam bertindak menyerbu kondominium terbabit dan menahan dua lelaki bersama syabu.

"Seorang daripada lelaki yang ditahan merupakan ahli perniagaan dan juga anak kepada bekas pegawai kanan polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menjalankan perniagaan sewa khemah di ibu negara, manakala rakannya berasal dari Iran.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Tiada ulasan: