Isnin, 14 November 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS 10 November 2011

Posted: 14 Nov 2011 02:07 AM PST

SOALAN LISAN PARLIMEN

10 NOVEMBER 2011 KHAMIS

SOALAN 34

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta

MENTERI KERJA JAYA menyatakan.

(a) Rancangan kerajaan dalam RMKe-10 untuk menaik taraf Tol Seremban – Labu dan Tol Seremban Port Dickson dengan menambah lebih banyak pondok bayaran tol bagi mengelakkan berlakunya kesesakkan di waktu puncak dan

(b) Jangka masa projek dan disiapkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin dan mengambil maklum mengenai isu kesesakan trafik di Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) khususnya pada waktu puncak dan musim cuti umum. Sehubungan itu, pihak kementerian telah merancang untuk membina sebuah lagi persimpangan baru di KM 267.5, PLUS iaitu kira-kira 4 kilometer sebelum Persimpangan Bertingkat Seremban sedia ada dari arah Kuala Lumpur bagi menampung keperluan trafik ke Bandar Seremban.

Anggaran kos bagi pembinaan persimpangan bertingkat baru ialah sebanyak RM 160 jut. Pembinaan fizikal dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 dengan tempoh siap 24 bulan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam RMKe-10.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dilaksanakan di Plaza Tol Port Dickson (Arah Utara), PLUS, reka bentuk plaza tol tersebut masih boleh menampung jumlah kapasiti kenderaan sedia ada iaitu 14,000 kenderaan dalam sehari di mana anggaran had maksima ialah 38,000 kenderaan kenderaan dalam sehari. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian akan mengambil langkah-langkah bagi membantu melancarkan aliran trafik di plaza tol berkenaan terutamanya pada waktu puncak dengan memaksimakan pembukaan lorong transaksi, pelaksanaan kutipan tol secara berlapis dan bantuan kawalan trafik.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: