Selasa, 8 November 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

Posted: 07 Nov 2011 11:17 PM PST

31 Oktober 2011

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Railway Union Malaysia (RUM) yang mendesak Presiden KTMB agar meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB dan:

(b) apakah tindakan Kerajaan berkenaan dakwaan tersebut.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, memang tidak dinafikan bahawa terdapat desakan daripada pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu bhd (RUM - Railway Union Malaysia) mendesak Presiden KTMB agar meletakkan jawatan sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar, tabloid, blog serta media alternatif yang lain. Satu piket secara aman telah diadakan bagi menyuarakan desakan tersebut telah diadakan pada 29 Julai 2011 di hadapan bangunan Ibu Pejabat KTMB.

Sungguhpun demikian, kenyataan bahawa desakan RUM tersebut adalah kerana isu kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB adalah tidak benar. Sebagaimana dilaporkan di dalam media cetak dan alternatif desakan RUM adalah berasaskan kepada penilaian kesatuan yang mendapati beliau tidak menjalankan tugas dengan cemerlang dalam menjana pendapatan yang baik dan menyebabkan KTMB mengalami kerugian.

(b)Walaubagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil berat akan desakan-desakan yang dikemukakan oleh mana-mana Kesatuan sekerja yang ada membuat aduan dan tuntutan ke atas majikan mereka. Sekiranya apa-apa aduan dan tuntutan tersebut melibatkan kesalahan jenayah, rasuah dan sebagainya, perkara ini akan diperhalusi melalui siasatan lanjut pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semoga Aidiladha Menjadi Medan Pengukuhan Perjuangan & Pengorbanan

Posted: 07 Nov 2011 10:27 PM PST

Salam Aidiladha yang telahpun kita sambut pada Ahad lepas dengan Takbir kesyukuran. Alhamdulillah diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Saya mendoakan buat sahabat-sahabat dan diri agar kita sentiasa diberikan kemudahan dan keredhaan Allah di dalam perjuangan yang telah kita laksanakan. Semoga Aidiladha yang disambut memberikan makna yang besar dalam perjuangan serta erti pengorbanan yang hebat buat kita.

Salam Aidiladha. Terus mengertikan Aidiladha dalam kehidupan.

Tiada ulasan: