Rabu, 23 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kes Tanah Orang Asal Bera ke Mahkamah Tinggi Temerloh

Posted: 23 Nov 2011 06:56 AM PST

Orang Asal dari Daerah Bera hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini didalam kes pencerobohan keatas tanah mereka
Haji Suhaimi Said bersama Dr Collins, Sdr Nizam Hamid dan Bob Manolan

Tok Batin sedang menunjukkan kawasan tanah Orang Asal di Bera yang diceroboh
Dr Collins dan Bob Manolan

Ismail Rozi's Long Call

Posted: 23 Nov 2011 06:22 AM PST

YA Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh diapit oleh Ismail Rozi di sebelah kanan dan Azira di sebelah kiri dengan mover Ismail Rozi, Sdr Nizam Hamid dan mover Azira Sdr Sazali di kanan Azira dan Suhaimi Said dikiri Ismail Rozi.
Ismail Rozi bersama keluarganya. Dari kiri ke kanan: En Isa, bapa Ismail Rozi, anak lelaki Ismail Rozi, anak perempuannya, Pn Shafinaz Osman, isteri Ismail Rozi dan anak perempuan mereka
Suhaimi Said bersama keluarga Ismail Rozi dan para peguam turut meraikan Ismail Rozi
Suhaimi Said dan para peguam di Bilik Peguam Mahkamah Tinggi Temerloh
Suhaimi Said bersama Ismail Rozi Isa
Keluarga Ismail Rozi di Veranda Mahkamah Tinggi

Hari ini adalah hari yang paling gembira bukan saja untuk Ismail Rozi Isa yang diterima masuk menjadi seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh bahkan buat keluarganya yang tersayang, ibu bapa, isteri dan anak-anaknya.

Ismail Rozi ada seorang anggota Polis berpangkat ASP yang telah lulus pada tahun 2004 memegang Ijazah Undang-Undang dan pada 9 bula lalu beliau bercuti dari tugasannya sebagai anggota Polis dan menjalani pupilage dibawah Peguam Surina Suhaimi.

Hari ini beliau telah diterima dan daftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh.

Isteri kepada Ismail Rozi Isa adalah anak saudara kepada Haji Suhaimi Said, iaitu anak kepada abang beliau Allahyarham Haji Osman Said.

Walaupun diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara, Rozi akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang anggota Polis dan akan bertugas sehinggalah beliau berpencen, iaitu lebih kurang 5 atau 6 tahun lagi dari sekarang.

Tajhniah kepada Rozi dan ahli keluarganya.

Tiada ulasan: