The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 21 Nov 2011 08:39 PM PST Sekitar tahun 1966 - 68, saya pernah bertugas di Parlimen semasa saya bertugas di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian di sekitar tahun 1976-78, saya bertugas lagi di Parlimen dan kali ini dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan kerana saya adalah Pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semalam saya melawat Bangunan Parlimen bersama Rebin Birham dan isteri saya Hendon Jaafar. Tidak banyak perubahan. Hanya perubahan yang nyatanya adalah di bahagian Kantin. Semasa di Bangunan Parlimen, sempat saya berjumpa dengan Dato Seri Syed Hamid Albar, saya kenal dia dari semasa student days di London. Bertemu juga dengan William Leong, Bendahari PKR dan Sdr Mahfuz Omar, rakan semasa sama-sama aktif didalam PAS dan semasa sama-sama di tahan di bawah ISA didalam Operasi Lalang. Berada di Bangunan Parlimen, tak lengkap kalau tidak pergi melawat Tingkat 14 ke Pejabat Ketua Pembangkang. Sempat juga bertemu dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, dia kelihatan agak letih, suaranya semacam kena demam, dan sempat dalam waktu yang ringkas saya bincangkan dengannya mengenai programnya di Palong 6 untuk pelancaran Manifesto untuk Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda. Kemudian, saya masih menunggu di Pejabat Ketua Pembangkang untuk menantikan kedatangan Sdr Rafizi Ramli bagi membincangkan Manifesto itu. Rafizi memberitahu bahawa beliau sempat menyiapkan Manifesto itu dan akan terus diemailkan kepada Sdr Sabarudin, Setiausaha PKR Negeri Sembilan untuk beliau fotostatkan secukup kopi untuk edaran di Palong 6. Jam lebih kurang 2.00 petang saya tinggalkan Parlimen dan terus menuju Palong 6, Jempol tetapi sesampai di Masjid Bandar Jempol saya sudah terlalu letih dan saya berehat di Masjid itu sehinggalah menghampiri jam 6.00 petang sebelum bertolak ke Palong 6. Di Palong 6, saya dibawa ke rumah Ariffin, Ketua PKR Ranting Palaong 6. Hebat anak muda bekas Pemuda UMNO ini. Beliau telah kumpulkan seramai 350 orang anak-anak muda Palong 6 yang dulunya kesemuanya adalah ahli-ahli UMNO. Pada malam itu, Ariffin telah menyerahkan sejumlah 350 Borang Anggota PKR kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, diikuti 120 anggota lagi dari Felda Palong 2 yang baru sahaja menubuhkan Ranting PKR disana, dan 100 lagi dari Palong 5. Palong adalah suatu DUN yang sudah berubah. Bukan sahaja di setiap rancangan Palong sekarang sudah ditubuhkan Ranting PKR, yang lebih menakjubkan hampir 100% daripada anggota-anggota PKR yang baru itu adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli UMNO. Janji Palong, iaitu Manifesto PKR untuk Peneroka dan Generasi Felda telah dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, dan Janji Palong akan menemui Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru Felda di seluruh Negara. |
Suasana Lawatan DSAI ke Palong 6 (Bergambar) Posted: 21 Nov 2011 07:05 PM PST Dato Seri Anwar Ibrahim Melancarkan Manifesto PKR untuk Masyarakat Peneroka Felda di Palong 6 dan Manifesto yang mengandungi 6 perkara itu dinamakan JANJI PALONG, dan Janji Palong akan menemui setiap Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda di seluruh Negara bagi menghadapi PRU-13. Janji Palong, itulah Manifesto PKR untuk Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda yang dilancarkan secara rasmi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Felda Palong 6 semalam (21.11.11). Janji Palong mengandungi 6 elemen penting didalam perjuangan PKR memmbela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda. Janji Palong merupakan tawaran Manifesto Pilihanraya ke-13 khusus ditawarkan kepada warga Felda di seluruh Negara bagi meraih sokongan dan undi untuk kemenangan calon-calon pilihanraya dikawasan rancangan Felda. Matlamat Janji Palong adalah untuk kesejahteraan warga Felda di seluruh Negara. 1. MANNSUH FELDA PLANTATION Merujuk kepada perkara 8 di dalam Bukut Jingga, perlaksanaan akan dibuat didalam tempoh 100 hari. Keluasan Plantation dianggarkan 830,000 ekar tanah di seluruh negara. Keluasan ini mampu menampung 83,000 orang peneroka baru seluruh negara sebanyak 10 ekar setiap orang. 2. TAWARAN PENEROKA BARU Berikutan oemansuhan Felda Plantation yang berjumlah 830,000 ekar tanah di seluruh Negara, maka tanah-tanah tersebut akan ditawarkan kepada peneroka-peneroka baru dikalangan generasi baru terutamanya warga Felda. Tawaran peneroka dianggarkan dibuka kepada 83,000 orang peneroka baru. 3. PERUMAHAN GENEASI BARU Dikebanyakan kawasan-kawasan tanah rancangan kini bukan sahaja dihuni oleh peneroka-peneroka, malah ada anak-anak yang telah pun berkahwin dan mempunyai anak menetap bersama ibu-bapa mereka yang mana mereka ini membantu ibu-bapa atau pun bekerja di tanah-tanah rancangan tersebut. Generasi baru ini memerlukan tempat tinggal sendiriyang selesa dan mamjpu milik. Tanah-tanah rancangan ini terletak jauh dari bandar menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyewa atau mencari tempat tinggal sendiri. Oleh itu, Pakatan Rakyat akan membangunkan perumahan mampu milik generasi baru bagi tujuan dimiliki oleh generasi baru Felda yang menetap di kawasan rancangan Felda. 4. TAMATKAN PENIPUAN KPG Selama ini Felda menipu peneroka di seluruh Negara didalam urusan jual beli kelapa sawit dengan hanya membayar purata kadar perahan gred (KPG) sekitar 18% -19% sahaja, sedangkan KPG sebenar boleh mencapai sehingga 28% berdasarkan hasil kajian makmal yang telah diperolehi. Selain itu, kemenangan kes di Felda Kemahang 3 menjadi bukti penipuan Felda selama ini. 5. HAPUS HUTANG PENEROKA Felda selama ini hanya mengeluarkan Penyata Hutang yang melibatkan kos pembangunan dan sara hidup. Namun Felda gagal mengeluarkan Penyata Hasil Pendapatan Peneroka. OPleh itu Peneroka tidak tahu berapa sebenarnya pendapatan mereka. Oleh itu, jika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Putrajaya, pendapatan peneroka yang disembunyikan akan diisytiharkan dan hutang Peneroka akan ditolak daripada pendapatan itu mengikut kiraan sebenar. 6. PEMBERIAN INSENTIF KEPADA PENEROKA TANAM SEMULA SECARA INDIVIDU Pemberian insentiff ini adalah untuk mengiktiraf usaha mereka yang telah berusaha dengan gigih mengusahakan tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan pergantungan kepada Felda. Bentuk insentif berkemungkinan didalam bentuk-bentuk wang tunai atau pun geran-geran tertentu. Diharap Janji Palong ini dapat memenuhi keperluan dan kesesuaian warga Felda. Janji Palong ini perlu dimasyhurkan melalui apa jua cara agar ianya sampai ke pengetahuan warga felda seluruh negara. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan