Ahad, 20 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PACABA dan Sukarelawan Ranting Gong Halt

Posted: 20 Nov 2011 07:42 AM PST

2o.11.11 Menjamu selera selepas penubuhan PACABA dan Sukarelawan Kg Gong Halt


Seramai 20 orang 100% tenaga muda telah dipilih menjadi PACABA dan Sukarelawan untuk Ranting PKR Kg Gong Halt

Haji Suhaimi Said telah memberikan taklimat kepada PACABA akan tugas-tugas yang akan dipikul oleh mereka pada hari pengundian. Polling Agent akan berkhidmat sebagai agen mengundi, Counting Agent untuk membilang undi dan Barong Agent bertugas di meja SPR.

PACABA dari Ranting Kg Gong Halt ini akan digerakkan bersama dengan PACABA dari Kg Paya Sok, dan barang diingatkan bahawa Pakatan Rakyat adalah parti yang dominan di kedua-dua kampong ini dan sentiasa memenangi pilihanraya untuk JDM Kg Gong Halt.

PRU-13, Siapa Calon DUN Jenderak?

Posted: 20 Nov 2011 02:00 AM PST

Siapa calon DUN Jenderak didalam PRU-13? Kawasan ini adalah kawasan yang ditetapkan untuk Parti Keadilan Rakyat; penentuan calonnya akan ditentukan oleh keputusan dari Parti Keadilan Rakyat Pusat.

PKR Kuala Krau memberikan ruang yang luas kepada PKR Pusat untuk membuat penentuan calon, dan daripada 8 calon yang dinamakan itu, salah seorang daripadanya akan ditetapkan sebagai calon.

Daripada 8 orang itu, PKR Cabang Kuala Krau tidak memberikan apa-apa pengesyoran tertentu, kesemuanya sama dan mana-mana daripada mereka itu boleh dipilih menjadi calon, dan mana-mana daripada mereka yang dipilih sebagai calon itu akan mendapat sokongan daripada keanggotaan PKR Kuala Krau.

DUN Jenderak adalah sebuah kawasan Pilihanraya yang dikategorikan sebagai pedalaman, bolehlah dikatakan bahawa kawasan ini adalah kawasan mundur, kawasan luar bandar yang masih banyak memerlukan infrastruktur dan kemudahan asas.

Kawasan ini dihuni oleh lebih daripada 95% orang Melayu dan Orang Asal dan penduduk daripada kaum Cina dan India amatlah kecil, menjadikan kawasan ini sangat konserbatif. Pengundi-pengundinya sukar berubah, sumber informasi utama disini hanyalah Utusan Malaysia, Berita Harian, TV 1 dan TV 3, maka itulah bentuk pegangan penduduk-penduduk dan kefahaman politik mereka amatlah rendah.

Didalam beberapa Pilihanraya Umum yang lalu, Barisan Nasional memperolehi majoriti yang sangat besar, bahkan majoriti mereka adalah lebih besar daripada undi yang diperolehi Pembangkang.

Sedikit perubahan berlaku apakala kawasan DUN ini ditandingi oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat didalam Pilihanraya Umum yang lalu dimana majoriti Barisan Nasional dapat dikurang separuh daripada majoriti yang biasa diperolehi parti itu.

Sejak Pilihanraya yang lepas petugas-petugas dari PKR tidak henti-henti melakukan kerja di kawasan ini berpandukan motto yang dipopularkan oleh Ketua Cabangnya iaitu BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG, TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG!

PKR menambahkan keanggotaan parti dari masa ke masa di kawasan ini, bahkan menambahkan bilangan ranting sehinggakan dihampir kesemua kampong sudah mempunyai Ranting Parti Keadilan Rakyat.

Dengan perubahan ini masih belum memungkinkan Parti Keadilan Rakyat boleh menang di kawasan ini, dan untuk menang diperlukan satu perubahan melebihi 10% berbandingkan hanya 5% di kebanyakan kawasan di Negeri Pahang. Sasaran 10% ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai. Sehebat mana pun gerak kerja yang dilakukan oleh PKR, ia boleh mengurangkan target itu dari 10% ke 5% - 6%. Masih jauh lagi untuk menang. Namun lawan tetap lawan!

Diandaikan Parti Keadilan Rakyat boleh menang didalam kawasan yang sebegini konserbatif, seluruh Pahang boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kerana tidak ada kawasan sesukar DUN Jenderak bagi Parti Pembangkang di Negeri Pahang.

Bagaimana pun, PKR tidak berputus asa. Gerak kerja yang dilakukan di DUN Jenderak oleh Parti Keadilan Rakyat tidak ada parallelnya jika nak dibandingkan dengan gerak kerja parti-parti Pembangkang di Pahang ini. Diandaikan bahawa di DUN Jenderak ini mempunyai antara 20%-30% undi dari kaum Cina, DUN ini sudah lama boleh jatuh ketangan Pembangkang.

Kerja sudah dilakukan, maka kepada Allah swt kita berserah, kerana jika Allah menghendaki, tiada perkara yang sukar untuk diatasi.

Siapa calon PKR di DUN Jenderak? Hanya PKR Pusat sahaja yang menentukannya.

Tiada ulasan: