The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Perjuangan Politik Syed Husin Ali Posted: 16 Nov 2011 03:11 PM PST |
Peneroka Felda Palong 4, 5, 6 saman Felda RM7,350,000.000 Posted: 16 Nov 2011 02:56 PM PST Seramai 49 orang Peneroka memfailkan writ saman terhadap Felda sebagai Defendan Pertama dan Felda Technoplant Sdn Bhd sebagai Defendan Kedua yang dilantik oleh Felda bagi menguruskan ladang-ladang Plaintiff (Peneroka-Peneroka). Plaintif-Plaintif dalam Writ Saman ini menuntut hak mereka iaitu bayaran lebih hasil (lebihan hasil/tan adalah hasil yang diperolehi selepas ditolak kos pengurusan sebanyak Rm900.00 dan wang sara hidupsebanyak Rm1500.00) yang berjumlah RM150,000.00 setiap seorang Plaintif yang keseluruhannya berjumlah RM7,350,000.00 yang tidak dibayar oleh Defendan Pertama untuk tempoh selama 5 tahun seperti yang dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan. Tuntutan Plaintif-Plaintif berdasarkan fakta bahawa hasil sawit yang diperolehi oleh Defendan Pertama dari ladang-ladang Plaintif-Plaintif adalah tinggi ditambah pula harga sawit yang baik dan stabil. Tetapi Defendan Pertama (Felda) tidak pernah menyatakan dalam mana-mana Penyata Perbelanjaan dan Penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang Peneroka. Plaintif-Plaintif menuntut hasil dari Defendan Pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada Plaintif-Plaintif sedangkan dalam Perjanjian terdapat persetujuan bahawa Penyata akan dibekalkan setiap suku tahun. Tuntutan terhadap Defendan Kedua (Felda Technoplant) berdasarkan kegagalan untuk mengurus ladang-ladang milik Plantif-Plaintif dengan baik dan mengluarkan hasil yang maksimum. Terdapat banyak ladang-ladang milik Plaintif-plaintif yang terbiar tanpa diurus dan diselenggara dengan baik oleh Defendan Kedua sedangkan setiap bulan terdapat jumllah kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang Plaintif-Plaintif.
|
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan