Rabu, 9 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PARLIMEN BUBAR 11.11.11?

Posted: 09 Nov 2011 10:24 PM PST

Sebentar tadi saya menerima berita bahawa Parlimen akan dibubarkan esuk, 11.11.11 dan ini bermakna Pilihanraya akan diadakan didalam tempoh 60 hari dari tarikh dibubarkan, dan besar keyakinan bahawa PRU-13 akan berlangsung didalam tahun ini juga.

Pilihanraya di Malaysia ini, selain dari tidak pernah bersih, ditentukan oleh seorang manusia bernama PM dan tidak pernah dilakukan dengan cara yang beretika dan beradab. Pembangkang turut serta didalam Pilihanraya ini semacam bermain dipadang boleh yang tidak rata.

Dengan semua jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN, dengan rasuah yang dijalankan secara melampau-lampau, dengan penipuan dan ugutan yang semakin lama semakin memasak, itu pun BN tidak dapat sapu bersih didalam keputusan Pilihanraya. Ini bererti bahawa BN itu adalah parti lembik, parti yang ditolak oleh rakyat, parti yang hilang kredibilitinya.

SPR nya memainkan peranan kotor, tidak seperti SPR di Negara-Negara demokrasi lain, bahawa SPRnya bukan sahaja bersih tetapi dari masa ke masa mahu mengududkan sistem dan perjalanan Pilihanraya yang lebih bersih.

Dengan keadaan yang ada pada hari ini dimana kebobrokan pemerintahan menjadi terserlah, dengan kenaikan harga barang yang melampau-lampau, dengan rasuah semakin meninggi, pengagguran tidak dapat disekat, anak muda hilang hala tuju kerana tidak ada agenda Negara untuk memperbetulkan hala tuju mereka, peneroka-peneroka Felda semakin ditindas, pendapatan peneroka-peneroka dimanipulasi, tahap pendidikan Negara yang semakin menjatuh, kedudukan Orang Asal yang tidak terbela dan kerosakan moral yang melampau-lampau, maka amat sukar untuk BN mempertahankan kedudukannya.

Walaupun Pembangkang diperkenakan dengan cara yang amat jijik dan tidak bertemadun, namun, rakyat memberikan keyakinan kepada Pembangkang; ramalan-ramalan telah dibuat bahawa kebanyakan Negeri yang diperintah oleh BN akan jatuh ke tangan Pembangkang dan Pembangkang juga akan menang tipis di Parlimen.

Dengan PRU ini maka tamatlah riwayat BN meneruskan pemerintahannya di Negara ini, dan oleh kerana BN hanya berpegang kepada kekuatan secara ilusi dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau, maka apabila BN jatuh diperingkat Parlimen, BN tidak akan boleh naik lagi dan akan menjadi sebuah parti kecil yang tidak ada ruang untuk mendaki tangga.

Saya sambut baik pembubaran Parlimen pada 11.11.11 dan saya nak ucapkan sayonara kepada BN, and thanks for nothing!

Felda melindungi Peneroka?

Posted: 09 Nov 2011 04:09 PM PST

Dialog bersama dengan peneroka-peneroka Felda Palong 10
Setelah dialog berlangsung
Haji Suhaimi menyampaikan pandangan undang-undang mengenai Perjanjian diantara Felda dan Koperasi selaku Kontraktor dan Perjanjian Kontraktor dan Sub-Kontraktor memangsakan peneroka-peneroka Felda Palong 10
Peneroka-peneroka yang hadir
Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR menerangkan latar belakang kekalutan hasil dari kegagalan Felda, Koperasi (Kontraktor) dan Sub-Kontraktor


Hasil daripada kegagalan Kontraktor menyempurnakan terma dan syarat yang ditetapkan didalam Surat Perjanjian diantara Felda dan Kontraktor dan diantara Kontraktor dan Sub-Kontrakktor berhubung dengan kerja-kerja menebang dan menjualkan kayu getah peneroka-peneroka Felda Palong 10, telah memangsakan peneroka-peneroka yang terperangkap diantara gergasi-gergasi yang terlibat.

Walaupun didalam Perjanjian yang dimeterai diantara Felda dan Kontraktor (yang tidak melibatkan entiti Peneroka sebagai pihak didalam Perjanjian), Kontraktor (Koperasi Felda Palong 10) Kontraktor berjanji akan menebang kayu getah milik peneroka dan untuk itu setiap peneroka Felda telah dibayar sejumlah wang harga kayu yang akan ditebang dan dijual, Felda mengenakan syarat-syarat ketat kononnya akan mendenda dan merampas wang cagaran dari Kontraktor dan melantik Kontraktor baru jika berlaku kegagalan, semuanya itu hanyalah terma diatas kertas dan tidak dilaksanakan.

Didalam perkara ini Peneroka-Peneroka tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempastikan Perjanjian antara Felda dan Kontraktor itu dijalankan.

Setelah lebih dari 1 tahun, Perjanjian ini telah gagal sepenuhnya; tetapi Kontraktor tidak mengizinkan peneroka-peneroka menjalankan kerja sendiri untuk menebang dan menjualkan kayu getah diatas tanah masing-masing.

Setiap 10 ekar tanah ini kini berharga lebihkuran RM80,000.00 dan peneroka-peneroka berhajat untuk menebang dan menjualkan kayu getah diatas tanah masing-masing dan mengembalikan semua wang yang telah didahulukan oleh Kontraktor.

Namun, mereka tidak dibenarkan; bahkan melalui pihak-pihak tertentu, peneroka-peneroka telah diberikan amaran bahawa mereka akan disingkirkan dari Rancangan Felda jika meneruskan hajat untuk menjalankan kerja-kerja sendiri. Peneroka-peneroka yang menemui Kontraktor telah diberikan tambahan RM2000.00 setiap orang supaya mereka "tutup mulut" dan sebahagian daripada peneroka-peneroka itu tidak lagi mendesak supaya tanah mereka dijalankan penebangan bimbang menghadapi pemecatan dari Felda.

Hasil daripada kegagalan Kontraktor ini, tanah Peneroka sudah kelewatan lebih dari satu tahun untuk tanam semula. Sementara itu mereka diberikan elaun sara hidup sebanyak RM1000.00 setiap bulan.

Peneroka-peneroka yang terlibat bimbang akan menanggung hutang yang sangat besar kerana didalam mereka menerima bayaran sara hidup bulanan mereka, ladang mereka tidak ditanam dan tidak akan mengeluarkan sebarang hasil dan pendapatan.

Felda perlu bertegas didalam bidang ini, bahawa adakah Felda melindungi Kontraktor yang menempatkan semua pimpinan UMNO didalam Rancangan Felda Palong 10 atau mahu melindungi kepentingan Peneroka-Peneroka yang dimangsakan.

Pihak Peguam Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan memanjangkan bantuan guaman kepada peneroka-peneroka yang terlibat dan apabila diperlukan masalah ini akan dibawa ke Mahkamah.


Ke Kg Pian membawa roh silaturrahim pada 10.11.11

Posted: 09 Nov 2011 10:39 AM PST

Program di Kg Pian ditunda kepada 10.11.11 daripada 8.11.11 kerana pada 8hb November itu berlangsung Ibadat Qorban dengan penyembelihan 2 ekor lembu di perkampongan Orang Asal itu.

Tujuan utama ke Kg Pian adalah untuk mengadakan Majlis Silaturrahim dikalangan penduduk-penduduk Kampong-Kampong Pian, Lubok Wong dan Terbol.

Ketiga-tiga kampong ini bergabung didalam satu JDM iaitu JDM Kg Pian yang mengundi didalam Pilihanraya di Dewan Orang Ramai Kg Pian.

Didalam lawatan yang lalu ke Kg Pian, PKR Cabang Kuala Krau telah melanttik Ketua PACABA dan Ketua Sukarelawan bagi menubuhkan team PACABA dan Sukarelawan untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Dua kampong lagi tertinggal iaitu Kg Lubok Wong dan Kg Terbol. Majlis silaturrahim kali ini akan mengadakan jamuan sekadarnya untuk meraikan rakan-rakan yang beragama Islam di perkampongan Orang Asal tersebut dengan menyediakan hidangan nasi impit dan kuih muih sempena Hari Raya Aidil Adha pada 8hb November 2011. Tetapi oleh kerana berdempok dengan jadual Ibadah Qorban, maka Majlis Silaturrahim ini ditangguhkan kepada hari ini, 10.11.11 jam 4.00 petang di Rumah Sdr Cham Bakar.

Dijangka lebih dari 100 orang penduduk akan hadir di Majlis ini nanti.

Selepas Majlis Silaturrahim diadakan akan diikuti Majlis Penubuhan PACABA dan Sukarelawan untuk ketiga-tiga buah kampong yang berjiran itu.

Seramai 12 orang PACABA akan dilantik dengan 30 orang Sukarelawan, cukuplah untuk 3 buah kampong itu dan menjadikan Kg Pian sebagai Markas Besar untuk ketiga-tiga buah kampong itu menjalankan aktiviti dari Markas itu untuk ketiga-tiga buah kampong; manaka di Kg Lubok Wong dan di Kg Terbol akan ditubuhkan juga Markas Kecil bagi kampong masing-masing.

Jawatankuasa Pilihanraya akan turut ditubuhkan di Kg Lubok Wong, Kg Pian dan Kg Terbol dan dengan persediaan ini ketiga-tiga buah kampong itu sudah bersedia untuk menyambut ketibaan PRU-13 samada dibuat secara mengejut atau diberikan notis yang sesuai mengikut sistem demokrasi yang lohor.

Satu lagi kejayaan di DUN Palong dengan tertubuhnya PKR Ranting Felda Palong 4

Posted: 09 Nov 2011 09:40 AM PST




Kubu UMNO tembus lagi di DUN Palong apabila Parti Keadilan Rakyat berjaya menubuhkan sebuah lagi Rantingnya di Rancangan Felda Palong 4 pada 9hb November 2011. Jawatankuasa yang terpilih mengendali-tadbir ranting tersebut adalah:

Ketua: Mahadi Sar
T. Ketua Zuraimi bin Amin
Setiausaha: Mohd Nor Ramli
Bendahari: Isham Abdullah
Ketua Penerangan: Md De;li Md Nor
Ketua AMK: Ridzuan Huzaimah
Ketua Wanita: Rohani Hassan
5 Orang AJK: Rosli Mohd
Yusof Mohd
M. Hilmi Mahadi
Mohamad Bakar
Sham bin Nordin

Ketetapan yang diambil bahawa Ketua Ranting PKR Felda Palong 4 ini akan menyerahkan sejumlah 100 borang permohonan menjadi anggota PKR dari Palong 4 kepada Dato Seri Anwar Ibrahim didalam lawatan Ketua Umum PKR tersebut ke Felda Palong 6 pada 21hb November 2011 jam 9.00 malam.

Tiada ulasan: