The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Orang Asal kena bersikap tegas dan berprinsip demi perjuangan! Posted: 07 Nov 2011 09:07 PM PST Ada beberapa Orang Asal yang saya temui mengambil sikap yang paling mudah berhubung dengan isu tanah mereka. Ada yang kata, "Biarlah Haji apa mereka nak buat, mereka yang berkuasa!" dan ada yang berkata, "Saya ikut saja apa yang Kerajaan kata, elok ke tak elok ke, ikut aja lah." "Siapalah kami ni, kami ni ibarat mentimun, digolek luka, menggolek pun luka." Sikap seumpama inilah yang sangat disukai oleh Kerajaan UMNO/BN. Kerajaan tak perlu buat apa-apa kerana serupa saja samada buat sesuatu untuk Orang Asli atau tidak berbuat apa-apa pun. Hari demi hari, tanah Orang Asal semakin mengecil. Tanah rayau dan tanah adat mereka semakin kepupusan; tanah kubur mereka pun diceroboh, tanah komunal mereka sudah bertukar dari Rizab Orang Asal kepada Rizab Perhilitan, dan penjagaan binatang adalah lebih dipentingkan dari menjaga manusia. Apabila berlaku pencerobohan tanah disana-sini, pejabat-pejabat tanah tidak akan mengambil apa-apa tindakan keatas penceroboh-penceroboh kerana mereka juga mengambil sikap bahawa tanah-tanah itu tidak ada geran dan oleh itu Orang Asal tidak boleh mengakui bahawa tanah itu adalah tanah kepunyaan Orang Asal. Tanah adat Orang Asal dan kawasan rayau dan kubur mereka, bahkan tanah ladang dan tanah kampong Orang Asal tidak digerankan, dan justeru kerana itu, pihak yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri boleh dengan mudah mendapatkan tanah-tanah yang selama ini menjadi tanah komunal Orang Asal dan diatas tanah komunal Orang Asal itu mereka telah memajukan menjadi ladang. Kesemua ini kerana sikap Kerajaan yang tidak perihatin kepada keperluan Orang Asal jauh sekali kepada hak dan kepentingan Orang Asal. Kaum-kaum lain di Negara ini juga memandang sepi keatas hak dan kepentingan Orang Asal ini seolah-olah Orang Asal ini tidak mempunyai status kewarganegaraan. Hiduplah Orang Asal didalam keadaaan yang sangat dhaif dilindungi oleh kemiskinan tegar, dengan tidak mempunyai masa depan yang tidak menentu. UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk melindungi hak dan kepentingan Orang Asal, dan dengan keperihatian Parti Keadilan Rakyat, maka didalam PRU-13 ini, PKR akan menyediakan Manifesto Khas untuk perjuangan Orang Asal khususnya perjuangan melindungi tanah komunal mereka dan pengeluaran geran bagi tanah-tanah kampong dan ladang. Bukan menjadi suatu yang sangat sukar untuk membina kampong tersusun bagi Orang Asal di seluruh Negara dengan penyediaan rumah mampu milik, kerana bilangan seluruh keluarga Orang Asal adalah kecil di seluruh Semenanjung Malaysia dan dengan agenda yang tersusun rapi, masalah Orang Asal boleh dapat diatasi dalam hannya tempoh yang tidak lama. Pada 12hb November 2011 ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat akan membuat suatu deraf khas untuk menyediakan Manifesto bagi Orang Asal untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Pejuang-pejuang Orang Asal daripada beberapa NGO juga telah dihubungi untuk memberikan maklumat masalah-masalah Orang Asal untuk diperbincangkan, dan YB Elizabeth Wong juga selaku Ahli Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab kepada masalah Orang Asal Selangor juga akan memberikan pandangan beliau untuk perjuangan Orang Asal di Negeri Selangor. Orang Asal sepatutnya mengambil sikap positif diatas usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat kerana dasar yang diperjuangkan oleh PKR adalah berbentuk membina untuk jangka masa pendek dan masa panjang dan boleh menyelsesaikan masalah Orang Asal didalam jangka yang pendek seperti Kerajaan Negeri Selangor mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh Negeri itu hanya dalam tempoh 3 tahun. |
DUN Jenderak bersiap sedia menghadapi Pilihanraya mengejut Posted: 07 Nov 2011 02:14 PM PST Parti Keadilan Rakyat DUN Jenderak didalam kawasan Pilihanraya Umum akan datang sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan Pilihanraya secara mengejut. Setiap Ranting sudah pun menubuhkan PACABA dan Sukarelawan dan kemudahan logistik pun sudah disediakan kecuali poster calon kerana Parti masih belum menamakan calon untuk bertanding didalam DUN itu. PKR DUN Jenderak tidak menghadapi sebarang kesukaran memilih calon kerana kesemua bakal-bakal calon yang telah dihantar kepada Parti diperingkat Negeri Pahang dan Pusat akan menyokong mana-mana sahaja calon yang dipilih oleh Parti. Perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi adalah perjuangan melaksanakan dasar-dasar parti dan bukan memperjuangkan hak individu calon sebagai penerimaan yang lohor daripada calon-calon yang dinamakan. Persediaan PKR DUN Jenderak adalah 300% lebih baik daripada Pilihanraya Umum 2008 kerana pada waktu itu Parti baru sahaja ditubuhkan di kawasan Parlimen Kuala Krau dan keanggotaan parti pada waktu itu hanya berada didalam jumlah yang kecil dan tidak ada jentera yang mantap. Pada hari ini Jawatankuasa Pilihanraya DUN Jenderak buat beberapa bulan telah ditubuhkan dan Jawatankuasa itu sudah pun menjalankan tugas-tugas Pilihanraya dengan setiap Ranting pula telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya diperingkat Ranting dan markas parti disetiap Ranting sudah pun ditetapkan dengan kini hanya menunggu signal Pilihanraya sahaja untuk markas-markas ini menggerakkan jenteranya. PKR DUN Jenderak menhedari bahawa wujud pertambahan pengundi secara mengejut di DUN ini dengan jumlah yang kurang munasabah dan sesetengah daripada nama-nama pengundi itu tidak dikenali ditempat mereka mengundi. Itu adalah perancangan UMNO/BN tetapi kami sangat yakin dengan perancangan Allah swt, dan Insya Allah, jika berlaku sebarang penipuan akan menjauhkan UMNO/BN itu daripada perjuangan rakyat dan akan menerima balasannya. Pada hari ini, Insya Allah, PACABA dan Sukarelawan bagi JDM Kg Paya Luas akan ditubuhkan, dan PACABA ini telah pun diperkukuhkan oleh PACABA dan Sukarelawan yang ditubuhkan oleh dua buah ranting yang lain didalam JDM yang sama yang telah pun bermesyuarat pada minggu yang lalu iaitu Ranting Seboi dan Ranting Mendoi. Sepatutnya pada jam 4.00 petang ini akan dijalankan satu exercise untuk PACABA dan Sukarelawan yang telah ditubuhkan di Ranting Kg Lubok Wong, Ranting Pian dan Ranting Terbol yang telah siap ditubuhkan bagi JDM Kg Pian, tetapi memandangkan pada hari ini sedang berlangsung Upacara Qorban yang melibatkan anggota-anggota parti, maka exercise itu ditunda kepada 10hb November 2011. Kemuncak kepada penubuhan PACABA dan Sukarelawan di DUN Jenderak ini akan berlangsung Kursus terakhir Pilihanraya pada 13hb November 2011 bermula jam 2.00 petang di Kg Penderas dan kursus akan disampaikan oleh Jabatan Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Pahang yang dipimpin oleh Pengarahnya Sdr Zaidi Ahmad. Semoga persediaan-persediaan ini memperkukuhkan kekuatan PKR di DUN Jenderak. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan