Sabtu, 5 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 05 Nov 2011 07:04 PM PDT

Pegawai-pegawai Masjid Ar-Rahman, yang membawa tahlil adalah Imam Annuar Suhaimi, berbaju kuning tu adalah Zulkarnain, Pengerusi Masjid, berbaju hitam disebelah Pengerusi Masjid itu adalah Imam 2, Ustaz Zulkifli dan disebelahnya adalah Imam Zakaria, Imam 1, yang lain-lain itu adalah tok-tok Bilal.
Setelah selesai solat, dan mendengar Khutbah, masing-masing meninggalkan Masjid
Barisan kanak-kanak, hari raya Haji ni tak ramai kanak-kanak, maka setiap seorang mereka dapat RM8.00 dan banyak lagi duit sumbangan diinfakkan kepada Masjid
Khusuq mendengar Khutbah yang disampaikan oleh Imam Zulkifli
Selesai solat, masing-masing meninggalkan Masjid

Esuk di Hari Raya Kedua upacara Qurban akan disempurnakan diperkarangan Masjid Ar-Rahman, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Masjid ini benar-benar merupakan Masjid Rakyat penduduk Kg Batu 4, kerana dari mula ia didirikan, tenaga sukarela dan tenaga gotong royong digunakan.

Masjid Kg Batu 4 ini pada asalnya dibina di atas tanah milik asalnya Allahyarham Said bin Haji Ismail, iaitu ayahanda saya di Kg Batu 5. Kemudian ayahanda saya meninggalkan Kg Batu 5 berpindah ke Kampong Asalnya, Kg Lubok Kawah kerana pada masa itu tidak ada mata pencarian di Kg Batu 4, Batu 5 dan Batu 6. Tidak ada kebun getah dan tidak ada sumber mencari rezeki sedangkan ayah saya amat perlu kepada kewangan kerana menyekolahkan 3 anak-anaknya iaitu Jamaludin Said, Suhaimi Said dan Jaenah Said serta menjaga kedua-dua orang tua ibu saya.

Maka tanah beliau di Kg Batu 5 itu ditukarkan dengan tanah di kampong Lubok Kawah iaitu kebun getah, dan tanah di Kg Batu 5 itu ditukar nama kepada Pak Alam Mat Amin Haji Ismail, abang kepada ayah saya. Dan Pak Alang Min mewakafkan kawasan Masjid itu untuk Masjid.

Pada hari ini terletak sebuah surau yang dinamakan Surau Cermin diatas tanah itu; manakala Masjid Kg Batu 4 yang kini dinamakan Masjid Ar-Rahman didirikan disekeping tanah yang lebih luas di Kg Batu 4 untuk qariah Kg Paya Pulai Dalam, Kg Batu 4, Kg Batu 5 dan Kg Batu 6; namun begitu penduduk Kg Batu 6 telah mendapat sebuah Masjid baru di Kg Sg Gau dan mereka berpindah ke Masjid tersebut.

Adapun Masjid Kg Batu 4 ini didirikan oleh penduduk kampong dengan duit poket sendiri kerana pada waktu itu Kerajaan UMNO tidak memperdulikan kebajikan penduduk kampong disini kerana Kampong ini terkenal dengan kekuatan parti pembangkang iaitu Parti Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Sedikit demi sedikit Masjid itu diperluaskan dan ditambah serta diadakan kemudahan-kemudahan sesuai dengan keperluan sebuah Masjid. Setiap penambahan Masjid itu adalah datangnya dari sumbangan orang ramai dan rezeki yang paling besar ialah apabila seorang penduduk menyumbangkan RM60,000.00 kepada Masjid itu.

Bapa saudara yang juga bapa angkat (isterinya adalah adik kepada emak saya, dan saya menyusu dengan Mak Itam bersama-sama dengan seorang lagi anak angkat iaitu Kamaliah (sudah meninggal dunia) dan dengan anaknya sendiri (Saidal Khadri, juga sudah meninggal) adalah Imam di Masjid Batu 4 ini sehinggalah ayah angkat saya meninggal dunia.

Tanah tapak rumah saya sekarang adalah hadiah dari bapa angkat saya. Dan emak saudara/angkat kami juga menghadiahkan tanah tapak rumah kepada anak angkatnya (yang sepatutnya anak saudara saya iaitu anak kepada Kamaliah) tetapi menjadi adik pula kepada saya kerana dia pun diangkat oleh emak dan bapa angkat kami. Tetapi adik saya ini tinggal di Kuala Lumpur dan kemungkinannya tidak akan berpindah semula ke kampong ini. Nama bapa angkat saya adalah Haji Abdul Rahman Md Noor, beliau adalah Imam Masjid Kg Batu 4 sehingga meninggal dunia dan beliau juga adalah Ketua PAS Cawangan Kg Paya Pulai sewaktu itu.

Kini kewangan Masjid adalah kukuh.

Kampong Batu 4 kini terkenal dengan Kampong Pembangkang, mereka berasal dari Parti Rakyat dan kini berpindah kepada PAS. Namun pentadbiran Masjid tidak dimonopoli oleh orang-orang PAS sahaja. Orang UMNO juga dipilih dan dimasukkan kedalam Jawatankuasa Masjid.

Masjid Ar-Rahman ini adalah Masjid yang sangat aktif, ada berbagai aktiviti yang dijalankan di Masjid ini, dan semua berita mengenai perkembangan di kampong ini disampaikan melalui Masjid.

Ada khairat kematin ditubuhkan, setiap kematian akan mendapat sumbangan dan ahli-ahli khairat menyumbangkan RM3.00 bagi setiap kematian. Dari segi kemudahan mengutip wang khairat, kounter bayaran dibukakan pada setiap Jumaat di Masjid dan penduduk boleh membuat semakan dan menjelaskan bayaran.

Ada kulliah 3 hari seminggu dan ada bacaan Yasin setiap malam Jumaat. Kerja-kerja gotong royong dijalankan mengikut keperluan.

Saya sangat berbangga menjadi ahli qariah Masjid Ar-Rahman ini.

Posted: 05 Nov 2011 07:09 AM PDT

Ini adalah Kampong Lubok Wong. Diatas bukit sana adalah projek tanaman getah untuk penduduk kampong yang dibuat oleh RISDA. Sdr Alias Abdullah mengatakan bahawa pokok hutan, pokok semak dan mengkirai sudah jauh lebih tinggi dari pokok getah yang ditanam.
Ini adalah Alias Abdullah. Dia adalah bekas polis hutan bertugas di Perak sebelum dia berpencen, sebagai Orang Islam dia telah memohon sebuah surau untuk kampongnya, Kg Lubok Wong, Kuala Krau. Dia berjaya mendapatkannya. Tetapi surau itu berselut. Dari gambar nampak rumput tetapi bila dipijak air keluar, selut dibawah rumput. Dia sudah mengadu kepada banyak agensi yang bertanggungjawab tentang ugama tetapi tak dipedulikan. Dia juga merungut mengenai bil air dan elektrik yang diletakkan diatas namanya, dan dialah yang terpaksa membayar bil air dan elektrik itu, dia juga sudah mengadu kepada pihak-pihak berkenaan tetapi juga tidak dipedulikan. Saya tanya dia mengenai kedudukannya samada dia dilantik menjadi Batin atau tidak kerana dia beriya-iya sungguh nak menjadi ahli UMNO kerana kononnya Wakil Rakyat DUN Jenderak menjanjikan jawatan itu kepadanya. Denga rupa sedih dia kata jawatan itu sudah dilantik kepada orang lain, dan orang lain itu bukan ahli UMNO pun!

PACABA dan Sukarelawan di Ranting Felda Jenderak Utara

Posted: 05 Nov 2011 06:41 AM PDT

Inilah PACABA dan Sukarelawan yang ditubuhkan untuk JDM Felda Jenderak Utara
PACABA diketuai oleh Sdr Mohd Nor Bakar, Ketua Ranting dan Sdr Ahmad Bila Adam, Setiausaha Ranting Felda Jenderak Utara manakala Sukarelawan diketuai oleh Sdr Aliayasak Idris, Bendahari Ranting Felda Jenderak Utara.
Ada jamuan selepas meeting disediakan oleh Pn Rosimah, tuan rumah, yang juga AJK PKR Cabang Kuala Krau
Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau.

PKR Cabang Kuala Krau tidak henti-henti menubuhkan PACABA dan Sukarelawan Pilihanraya disemua JDM DUN Jenderak. Pada 30hb Oktober 2011 itu, Cabang menubuhkan PACABA dan Sukarelawan untuk Ranting Beredut JDM Felda Jenderak Selatan; dan malamnya di Felda Jenderak Utara.

Pada 1hb November 2011 pula Cabang menubuhkan PACABA Kg Seboi untuk JDM Kg Paya Luas, PACABA di Kg Mendoi untuk JDM Kg Paya Luas juga telah ditubuhkan seminggu yang lalu, dan pada 8hb November 2011 ini PACABA dan Sukarelawan di Ranting Kg Penderas akan ditubuhkan. 3 Ranting ini bertanggungjawab untuk JDM Kg Paya Luas.

Pada sebelah malam 1hb November 2011 itu PACABA dan Sukarelawan Kg Paya Pelong telah ditubuhkan.

Dengan perjumpaan penubuhan tersebut tinggal lagi Felda Jenderak Selatan, Kg Gong Halt, Kg Dato Shariff Ahmad, Kg Jenderak dan Pekan Kuala Krau belum lagi ditubuhkan PACABA dan Sukarelawan. Pada 8hb nanti, PACABA dan Sukarelawan Kg Pian dan Kg Paya Luas akan ditubuhkan, untuk JDM Kg Pian itu melibatkan 3 buah ranting iaitu di Kg Lubok Wong, Kg Pian dan Kg Terbol.

Pada 11hb November 2011 pula, PKR Cabang Kuala Krau akan menubuhkan PACABA dan Sukarelawan untuk JDM Kg Gong Halt untuk 2 kampong iaitu Kg Gong Halt dan Kg Paya Sok.

Seramai 20 orang PACABA dan Sukarelawan untuk Pekan Kuala Krau sedang diaturkan dan jika tiada aral melintang satu perjumpaan untuk tujuan itu akan dibuat pada 20hb November 2011 yang melibatkan pekan Kuala Krau, Taman Seri Desa, Taman Kuala Krau, Taman Tg Kubu dan Pekan Sari Lama.

Didalam Pilihanraya Umum 2008 dulu, kesemua organisasi ini tidak wujud. Kami menyahut slogan yang dipopularkan oleh PKR Kuala Krau iaitu: Buat Kerja Belum Tentu Menang, Tak Buat Kerja Sukar Mahu Menang.

Tiada ulasan: