Khamis, 3 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PACABA JDM Kg Paya Pelong selamat ditubuhkan

Posted: 03 Nov 2011 09:02 AM PDT

Kami makan beramai-ramai setelah selesai mengadakan perjumpaan
Hidangan nasi goreng (dalam bahasa Jahud ran rendang)
Inilah PACABA dan Sukarelawan yang ditubuhkan di Kg Paya Pelong
Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau memberikan taklimat untuk PACABA kg Paya Pelong, Kuala Krau
PACABA untuk peti undi Kg Paya Pelong terdiri daripada anak-anak muda
Dari kanan ke kiri: Abdul Razak Haji Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Srinivasan, Naib Ketua dan Azmi Zainun, Naib Ketua




Seramai 6 orang PACABA telah dilantik didalam perjumpaan PKR Ranting Kg Paya Pelong, Kuala Krau semalam 3hb November 2011 dan seramai 28 orang sukarelawan telah disenaraikan untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya yang ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa.

Didalam perjumpaan ini, Sdr Abdul Razak Haji Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau telah memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak muda Kg Paya Pelong dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sanggup menjadi PACABA dan Sukarelawan untuk PRU akan datang.

Abdul Razak menyatakan bahawa nasib Orang Asal adalah terletak ditangan mereka sendiri. Mereka boleh berubah jika mereka mahu setelah insaf dengan keadaan yang menimpa mereka selama 54 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN; dan mereka juga boleh memilih untuk tidak berbuat apa-apa dan mengharungi kehidupan seperti yang ada sekarang, dengan serba-serbi ketinggalan.

Azmi Zainun, Ramli Idup (Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau), dan Srinivasan turut berucap didalam Majlis tersebut.

Kesemua PACABA daripada setiap Ranting PKR di Cabang Kuala Krau akan menghadiri Kursus Pilihanraya yang akan diadakan pada 13hb November 2011 bertempat di Markas PKR Kg Penderas yang akan disampaikan oleh Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PKR Negeri Pahang.

Tiada ulasan: