Jumaat, 25 November 2011

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Musim monsun akhir tahun dengan hujan yang sangat kuat dan luar biasa seharusnya menjadi satu peringatan kepada pihak berkuasa untuk senantiasa memeriksa kawasan yang berpotensi untuk tanah runtuh.

Posted: 25 Nov 2011 03:49 AM PST

Pendedahan ini dilakukan oleh Dr Roland Chia- Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat merangkap Setiausaha PKR Sabah semasa lawatan beliau dan rombongan melawat mangsa dan keluarga – Encik Roy Marail di Kg Nosoob Baru, Kapayan, Penampang. Peristiwa ini difahamkan berlaku pada 630pm pada 19 Nov 2011. Alhamdulilah – semua mangsa terselamat.

Dr Roland Chia membidas pihak berkuasa kerana gagal melakukan langkah-langkah pencegahan dan di sebaliknya hanya bertindak apabila matapelaka berlaku ke kawasan-kawasan yang berpotensi mengalami kemalangan tanah runtuh.

Menurut mangsa tersebut, isteri dan anak-anaknya masih dalam trauma dan dalam kekejutan terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Kini rumah mereka penuh dengan selut dan kebanyakan harta barangan rumahnya pun sudah musnah.

Dengan pendapatan mangsa yang sederhana, mereka tidak tahu sampai bila rumah mereka boleh dibaikpulihkan.

Tiada ulasan: