PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PROGRAM SEMASA
- KEADILAN kesal ibu bapa dipaksa ke pejabat Umno kutip RM100
- Projek lembu: PKR tuntut k'jaan dedah kertas kabinet
Posted: 18 Nov 2011 07:50 AM PST 'MENGOMBAK KEMENANGAN RAKYAT DI KUALA PILAH' 21 November 2011/ISNIN Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah 8.00 malam Pengombak Semangat: Ketua Umum PKR-Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Penerangan PKR NS-Ibrahim Yusof Ketua AMK NS-Nazree Yunus SEMINAR ADAT PERPATIH & JAMUAN RAKYAT 21 November 2011/Isnin Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah 3.00-7.00pm 'HIMPUNAN WARGA PENEROKA & PELANCARAN MANIFESTO PRU' 21 November 2011/Isnin Felda Palong 6, Jempol 8.30 malam Cetusan Semangat oleh: Ketua Umum PKR-Dato' Seri Anwar Ibrahim Timbalan Setiausaha Agung PKR-T.Kumar Pengerusi PKR NS-YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Naib Ketua PKR Jempol-Rebin Birham SEMUA DIJEMPUT HADIR |
KEADILAN kesal ibu bapa dipaksa ke pejabat Umno kutip RM100 Posted: 18 Nov 2011 07:46 AM PST PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan sekumpulan murid dari kawasan Parlimen Ampang dipaksa ke pejabat Umno untuk menerima bantuan persekolahan RM100 "Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu," katanya. Kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku walaupun KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan surat pekeliling Kementerian Pendidikan mensyaratkan pentadbir sekolah menjemput pemimpin BN setempat untuk penyampaian bantuan RM100 itu. Zuraida berkata, sumbangan itu sepatutnya disalur terus kepada sekolah, sebaliknya ia disampaikan Ketua Bahagian Umno Ampang, Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang, Jalan Bukit Belacan. Menyifatkan perbuatan sebagai petanda Umno terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi, beliau mendapat maklumat murid-murid itu dari Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang. "Umno terdesak dan hilang punca. Mereka cuba untuk tunjuk baik tetapi nampaknya strategi itu memakan diri," katanya. |
Projek lembu: PKR tuntut k'jaan dedah kertas kabinet Posted: 18 Nov 2011 07:39 AM PST Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menuntut kerajaan supaya mendedahkan kertas mesyuarat jemaah menteri berhubung keputusan kerajaan menganugerahkan projek lembu fidlot kontroversi kepada keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Rafizi berkata, perkara itu perlu dijelaskan untuk memastikan sejauh mana penglibatan Shahrizat dalam proses menganugerahkan projek berkenaan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diketuai sumai menteri berkenaan, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail. Satu unsur rasuah Tambahnya, PKR juga akan membuat laporan kepada SPRM, susulan kepada laporan yang dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah oleh satu lagi syarikat milik keluarga menteri berkenaan. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan