Anwar Ibrahim |
- Walk For Freedom 2011: Malaysian March Against Assembly Bill
- Presse Release of Dr. Thomas Gambke Concerning Demonstrations Rights in Malaysia
- Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura
- Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan
- Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?
- Muhyiddin! Kalau Panik pun Janganlah Tunjuk Sangat — Aspan Alias
Walk For Freedom 2011: Malaysian March Against Assembly Bill Posted: 30 Nov 2011 06:23 PM PST This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Presse Release of Dr. Thomas Gambke Concerning Demonstrations Rights in Malaysia Posted: 30 Nov 2011 09:22 AM PST Freedom to Demonstrate in Malaysia Must Not Be Curtailed With regard to yesterday's passing of the Peaceful Assembly Act by the Lower House of the Malaysian Parliament, Dr. Thomas Gambke, Alliance 90/The Greens, in support of Malaysian Opposition leader Anwar Ibrahim under the "Parliamentarians protect Parliamentarians"program says: The "Peaceful Assembly Act" will prohibit street protests in Malaysia and the freedom to demonstrate will be severely curtailed. This amounts to a brazen move towards crippling the opposition. The law was passed by a government majority in a very short time with hardly any Parliamentary debate. The Opposition walked out the House in protest against the vote. Future assemblies will require 10 days' prior notice, a minimum age limit of 21 years for the organizers and violations will be punishable with maximum fines of $6000 Dollar. Elections in Malaysia are expected to be held early next year. In order to have free and fair elections, the government must ensure that the right to peaceful protests is not curtailed. This law will not stabilize Malaysia. On the contrary, it could well lead to violent confrontations. This will send a wrong signal to foreign investors who regard political stability as crucial to their investment decisions. Furthermore, as announced last week, the Malaysian government must repeal the emergency laws of the 60s and 70s and the Internal Security Act. These laws allow for detention without trial. DR. THOMAS GAMBKE === This is the German version of the press release as it was sent to the German press: Pressemitteilung vom 30. November 2011 Demonstrationsfreiheit in Malaysia darf nicht einschränkt werden Zur gestrigen Verabschiedung des “Peaceful Assembly Act” durch das Unterhaus des malaysischen Parlaments, erklärt Dr. Thomas Gambke, Bündnis 90/Die Grünen, Pate für den malaysischen Oppositionsführer Anwar Ibrahim im Rahmen des Programms “Parlamentarier schützen Parlamentarier”: Durch den “Peaceful Assembly Act” werden Straßenproteste in Malaysia verboten und die Demonstrationsfreiheit erheblich eingeschränkt. Dies bedeutet einen gefährlichen Schritt in Richtung Behinderung der Oppositionsarbeit. Das Gesetz wurde mit der Regierungsmehrheit in sehr kurzer Zeit ohne große öffentliche Diskussion durch das Parlament gebracht. Die Opposition verließ bei der Abstimmung aus Protest den Saal. Versammlungen müssen künftig 10 Tage vorher angemeldet werden, es gibt eine Altersuntergrenze von 21 Jahren für den Veranstalter und bei Verstößen drohen Strafen in Höhe von 6000 Dollar. Für Anfang nächsten Jahres wird in Malaysia mit Wahlen gerechnet. Um freie und faire Wahlen zu gewährleisten darf die Regierung nicht Recht auf friedliche Proteste einschränken. Das Gesetz stabilisiert Malaysia nicht – im Gegenteil. Im schlimmsten Fall könnte es zu gewaltsamen Auseinandersetzungen führen. Dies wäre ein schlimmes Signal vor allem auch für ausländische Investoren, die eine stabile politische Lage als unabdingbar für ihre Investitionsentscheidung ansehen. Zudem muss die malaysische Regierung, wie letzte Woche angekündigt, die Notgesetze aus den 60er und 70er Jahren und den Internal Security Act zurücknehmen. Diese Gesetze lassen Haft ohne Gerichtsverfahren zu. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 30 Nov 2011 08:20 AM PST Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?
Dato' Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau. KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.
MOHD RAFIZI RAMLI This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan Posted: 30 Nov 2011 05:24 AM PST Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan Projek Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul. Saya juga merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri sendiri. Mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Ketua Wanita, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, KEADILAN pada hari ini mendedahkan bahawa: 1. Idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputra. 2. Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI dan Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan. Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas. 3. Syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Professor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University (lihat Lampiran 1). 4. Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artificial insemination menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu. Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil, berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC. 5. Syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan MARDI dan hampir menandatangani MOU (lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3). 6. Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan (lihat Lampiran 4 dan Lampiran 5). Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan. Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender. Oleh sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa proses anugerah projek ini kepada NFC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil adalah tidak telus dan menyeleweng, kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta. Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat. Oleh itu, KEADILAN mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha. YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan? Posted: 29 Nov 2011 10:49 PM PST Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau. Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita. Tiada sebab beliau patut menyalahkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? “Naib PresidenPKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. Tiada kaitan dengan saya Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam “keadaan kucar-kacir”. Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu. Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno – mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno. “Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, “Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini. “Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini.” Tulisan di dinding Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno minggu ini, walaupun menegaskan bahawa “Ia tiada kaitan dengan saya.” “Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, Malaysian Insider melaporkan beliau sebagai berkata dan merujuk kepada Pakatan Rakyat. “Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pakatan Rakyat) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. ” This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muhyiddin! Kalau Panik pun Janganlah Tunjuk Sangat — Aspan Alias Posted: 29 Nov 2011 10:25 PM PST Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung Umno. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden Umno itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan Umno dengan tuduhan yang bukan-bukan. Orang ramai tahu yang Umno sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu. Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh "menyelam air dalam tunggak" tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden Umno itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam. Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar Umno yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. Umno lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu. Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta Umno yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh Umno. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu. Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan Umno ini. Umno berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu. Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini. DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin? Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula. Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan Umno itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu? "Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah Umno itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar Umno itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin Umno kebanyakannya ada pemimpin rasuah? Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin Umno itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang Umno itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu? Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu? Sebenarnya yang ramai dalam Umno ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, Muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya. Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana. Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam Umno? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, "sayang bertompok-tompok, benci merata-rata". Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang Umno itu sebagai parti yang "unIslamic" dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya. Apa yang Umno mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri. Hakikatnya Umno sudah lama tiada. Umno itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. Umno hanyalah satu nama… sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya. Rakyat tahu yang parti Umno ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama Umno itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi. Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah Umno ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu. Itu sebabnya Umno yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti Umno. Serba serbi tidak menjadi. — aspanaliasnet.blogspot.com This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan