Khamis, 24 November 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman

Posted: 24 Nov 2011 08:09 AM PST

Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

“Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

"Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia,” kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

“Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman,” katanya.

Broken Promise: Prime Minister Has Not Lived up to Malaysia Day 2011 Pledge 

Posted: 24 Nov 2011 08:02 AM PST

The Peaceful Assembly Bill ("Bill") was tabled in Parliament for its first reading on 22 November 2011, which we believe was the same day that Members of Parliament first received copies of the Bill.  It must be noted that advance notice was not given, save for speculation in the media that the Bill would be tabled on 24 November 2011.  In addition, the second reading of the Bill began in Parliament today, merely two days after the first reading.

appears to be unseemly haste in introducing this far-reaching and crucial legislation, without sufficient time for Members of Parliament themselves to review the Bill fully, and without adequate public consultation. 

The Bill, in replacing the present legislative provision in section 27 of the Police Act 1967, introduced several controversial and objectionable provisions.  For instance:

(1) Prohibition of street protests (defined widely as "open air assembly which begins with a meeting at a specified place and consists of walking in a mass march or rally for the purpose of objecting to or advancing a particular cause or causes");

(2) Prohibition of organisation of assemblies by persons below the age of twenty one years;

(3) Prohibition of participation in peaceful assemblies of children below the age of fifteen years;

(4) Unduly onerous responsibilities and restrictions on organisers and assemblies; and

(5) Excessive fines for non-compliance of the Bill.

These restrictive provisions in the Bill effectively render meaningless our constitutional guarantee, by constraining assembly to very limited circumstances.  This stands in stark contrast to the words of the Prime Minister in his speech on the eve of Malaysia Day 2011.  That speech was widely applauded by the Malaysian Bar, and by Malaysians in general, in their honest belief that there would be real and genuine reforms.  The Prime Minister had stated:

I often opine that long gone is the era in which the government knows everything and claims monopoly over wisdom. . . .  

The Government will also review section 27 of the Police Act 1967, taking into consideration Article 10 of the Federal Constitution regarding freedom of assembly and so as to be in line with international norms on the same matter. . . .  (emphasis added)

Be confident that it is a strength and not a weakness for us to place our trust in the Malaysian people's intelligence to make decisions that will shape the path of their own future. . . .

It is absolutely clear that the steps I just announced are none other than early initiatives of an organised and graceful political transformation.  It stands as a crucial and much needed complement to the initiatives of economic transformation and public presentation which the government has outlined and implemented for over two years in the effort to pioneer a modern and progressive nation. . . . 

In closing, I wish to emphasise that free of any suspicion and doubt, the Malaysia that we all dream of and are in the process of creating is a Malaysia that practices [sic] a functional and inclusive democracy where public peace and prosperity is preserved in accordance with the supremacy of the Constitution, rule of law and respect for basic human rights and individual rights.

The Malaysian Bar recommends that the Bill be referred to a Parliamentary Select Committee, which would engage in a public consultation process consistent with the Prime Minister's promise of "a Malaysia that practices [sic] a functional and inclusive democracy".   

Further, the Malaysian Bar is now wary as to the form and substance of the two proposed pieces of legislation that will replace the Internal Security Act 1960, given this disappointing experience.  We urge the Prime Minister to hold steadfast – with courage and determination – to his laudable Malaysia Day pledges, and fulfil the rakyat's expectations.

 
Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

Pemansuhan Tiga Proklamasi Darurat

Posted: 24 Nov 2011 12:52 AM PST

Pakatan Rakyat menyokong  pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk:

(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14
September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan
Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
 
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15
Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
 
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8
November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan
pertikaian politik di negeri Kelantan;

2. Kita gembira kerana YAB Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011. Tambahan lagi, pendirian PM diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat:

“Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:

(a) adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan

(b) kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan Negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada.

Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi. Pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

3. Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini.

4. Pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan untuk menghadkan pergerakan ahl-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.

5. Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat.

6. Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Janji Ditransformasi Menjadi Penipuan Yang Keji

Posted: 24 Nov 2011 12:11 AM PST

Merdeka Review

Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan – untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah – atau lebih dikenali sebagai Pak Lah – melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa “BERSIH” yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui “BN kalah perang siber”.

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi – atau lebih tepat lagi, propaganda – yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen “branding” atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang “cool” atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen “perubahan” Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda “perubahan” dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan “perubahan” menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap “perubahan” yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat “perubahan” atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili “perubahan”.

Namun, perkataan “perubahan” dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, “transformasi” menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej “transformasi” yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya – Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali – turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi – menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya

Talk Big’ Najib Defends Peaceful Assembly as ‘Giant Leap’, But to Where?

Posted: 23 Nov 2011 11:41 PM PST

Malaysia Chronicle

Evoking memories of the height of Bersih 2.0 crackdown, when all means and ways were used to demonize the movement for free and fair elections no matter exaggerated, Prime Minister Najib Razak defended his Peaceful Assembly Bill as a “giant leap”.

He refused to acknowledge the criticism leveled against the new law that has provoked outrage, throwing the blame on the opposition for finding fault.

“It reminds me of a time when Communist China was at its most repressive. Then they had slogans like just like Najib’s ‘great leap forward’. But the only result was the ‘great famine’,” PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

“We may not starve but I fear this step back into time will damage Malaysia’s credibility. Nobody is fooled. Investors know what Najib and BN are up. They talk big but they just want to cling to power through all ways and means including outright oppression.”

International laughing stock

Indeed, apart from the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, who plans to protest the new law, the Bar Council and various NGOs including Bersih and Suaram have slammed the Bill as being “unconstitutional”. There are plans afoot to challenge the new law in the courts.

It has also attracted international attention and smirks amongst the diplomatic corp, given Najib’s penchant for boasting at overseas summits with his Global Movement for the Moderates, which contrasts like night versus day against his repressive rule at home.

Under the existing Malaysian federal constitution, Article 10 already allows freedom of assembly. However, other laws including the Police Act which have been strengthened with provisions such as requiring a license for any public gathering have made a mockery of Article 10. Now with this Peaceful Assembly Act, the situation is worsened.

Since it was tabled earlier this week, critics have flayed Najib for hypocrisy and duplicity as he had in September gone on national TV and grandly promised greater civil liberties. He also promised to make Malaysia “the best democracy in the world”.

Now, refusing to admit any grounds for the latest criticism against his proposed Bill, Najib told Parliament on Thursday that it was a "revolutionary" law and a "giant leap" towards improving individual freedom.

"We aware, however, that no matter how noble the government's intentions are, the opposition has already objected to the law. Supposedly, it chokes freedom to assemble. Is this allegation true? The answer: Not true at all,” said Najib.

A penchant for big talk, reverse action

The new Bill outlaws all street protests, forces the organizers to give a one-month notice to the police, regulates, restricts and imposes conditions on an assembly and prohibits anyone under the age of 15 from taking part.

In a sharp twist, the proposed assembly law provides the police with even more power and makes it legitimate for the force to take any action against protesters. It also empowers the Home Minister, who is Najib’s cousin Hishammuddin Hussein, with authority to make regulations for the enforcement of the provisions in the proposed law.

Furthermore, protesters could be slapped with a RM 20,000 fine while organizers who failed to give sufficient notice would be fined RM 10,000. This is sheer madness.

According to opposition MP for Klang Charles Santiago, the new law also clearly reflects the political game plan of Najib’s government, outlining the BN’s fear of losing power at the next general election.

“It caricatures a desperate government which would clamp down on civil liberties to hold on to power. And most importantly, the new Bill demonstrates that we have rogue politicians ruling the country as the stifling provisions are a flagrant breach of the Federal Constitution, that allows for freedom of expression and does not stipulate any age barriers,” said Charles.

“None of these provisions are in line with Najib’s promise to enable a more vibrant democratic space in the country. The tightening of the noose is very much like the law of the jungle disguised as justice. And in this case, passed off as one which is crucial to maintain national security. Therefore, we could conclude that all this while Najib was pounding the propaganda drum.”

Pakatan Wants Peaceful Assembly Bill withdrawn

Posted: 23 Nov 2011 11:36 PM PST

Keadilan Daily

Pakatan Rakyat mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang bagi bacaan kali pertama di parlimen baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rang undang-undang baru itu jelas menyekat kebebasan rakyat menyuarakan pendapat yang merupakan asas demokrasi.

"Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.

"Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipejabatnya di Parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu pimpinan tertinggi Pas, KEADILAN dan DAP yang lain.

Najib pada 16 September lalu berjanji Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sepenuhnya dan berikrar akan menjadikan Malaysia negara demokrasi lebih baik.

Namun baru-baru ini kerajaan menahan 13 individu  di bawah akta itu dan memperkenal kan Rang Undang-undang yang meletakkan syarat lebih ketat terhadap penganjuran perhimpunan aman.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan undang-undang baru itu tidak praktikal kerana penganjur perhimpunan perlu memohon 30 hari lebih awal untuk berhimpun.

"Bagaimana jika Israel misalnya menyerang Iran secara mengejut dan kita mahu adakan himpunan, tidakkah undang-undang ini sangat tidak praktikal," soalnya.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok jam 1.30 petang bagi membantah rang undang-undang baru itu.

Sementara itu, kumpulan peguam hak asasi, Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) turut menuntut Kerajaan agar menarik balik Undang-Undang berkenaan yang memberi kuasa yang sangat besar kepada polis.

Dalam satu kenyataan semalam, LFL menanggap RUU tersebut tidak menghormati jaminan hak berhimpun yang termaktub dalam perlembagaan, malah lebih menekan berbanding akta polis sedia ada.

"LFL mengutuk pembentangan RUU yang dibuat di Dewan Rakyat dan ia jelas kelihatan sebagai suatu penghinaan kepada jaminan perlembagaan hak untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan"

"Rang Undang-Undang itu pada asasnya mengurangkan hak untuk berhimpun secara aman kerana ia mengenakan sekatan yang tidak munasabah dan syarat-syarat yang boleh menyebabkan hak untuk berhimpun secara aman yang tidak mampu dicapai," katanya.

Program Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Kongress KEADILAN di Johor 25-27 Nov.

Posted: 23 Nov 2011 07:24 PM PST

DEMI RAKYAT

I) Jumaat – 25 November 2011

 I) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam

    Lokasi:  Cathay Restaurant JB,  Taman Molek, Johor Bahru

ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1  

    Lokasi :  Pejabat PKR Tebrau, Taman Daya,  Johor Bahru

iii) 9.00 – 12.00 malam -  Ceramah Perdana 2

   Lokasi: Pejabat PKR  Gelang Patah,  Jln Keindahan 1, Tmn  Skudai Indah,  Skudai

2) Sabtu – 26 November 2011

      

       i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1

            Lokasi:  Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram,  Johor Bahru

      

       ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2

            Lokasi :  Jalan Sawi, Kampong Bendahara, Johor Bahru

    

      iii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 3

            Lokasi: Kampong Parit Kromo, Air Baloi,  Pontian

3) Ahad – 27 November 2011

        i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1

            Lokasi:  Pej PKR Simpang Renggam, Taman Cemara, Kampong  Shaari,Simpang Rengam, Johor

      ii) 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS Johor,

           Lokasi: Markaz PAS Air Hitam, Dataran Haji Mardi, Air Hitam

Penceramah- Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YBhg Datin Seri Wan Azizah Dato' Wan Ismail

3.      YB Azmin Ali

4.      YB Saifuddin Nasution

5.      YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

6.      YB Dato' Mansor Othman

7.      YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

8.      YB Nurul Izzah Anwar

9.      YB Tian Chua

10.  YB Fauziah Salleh

11.  YBhg S. Surendran

12.  YB Zuraidah Kamaruddin

13.  YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

14.  YBgh Siti Aisyah Syeikh Ismail

15.  YB Azan Ismail

16.  YB Johari Abdul

17.  YB Lee Boon Chye

18.  YB Manikumar

19.  YB Xavier Jayakumar

20.  YBhg Muhammad Nor Manuty

21.  YBhg Rafizi Ramli dan lain-lain

Tiada ulasan: