Anwar Ibrahim |
- Rise Of Unelected Ministers
- Tidak Layak Jadi PM, Populariti Najib Palsu Semata
- Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster
- Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji
- Peaceful Assembly Bill is Unconstitutional
- Kisah Lembu Menanam Budaya Involusi
Posted: 22 Nov 2011 06:57 PM PST Malaysiakini Prime Minister Najib Abdul Razak’s impressive performance in a “popularity poll” conducted by the International Islamic University of Malaysia (IIUM), has nothing to do with his leadership qualities or his ability to charm the voters. His apparent rise in popularity is in proportion to his absence from the country. In short, the electorate is glad he is absent from Malaysia. The IIUM lecturer who devised the poll may have his own reasons for attributing Najib’s enhanced popularity to “his relentless efforts to touch base with the people and steer the country to a promising future”. The PM is besotted with his image as an international statesman and swells with pride when he shakes the hands of the big players like Hu Jintao and Barack Obama. But pride comes before a fall. Najib (left) has taken several overseas trips since he became PM and it is difficult to keep track of him. Last month, he was in Indonesia, China, Australia, and twice in Saudi Arabia. One thing is clear. He emulates former prime minister Dr Mahathir Mohamad by being 'out-of-town’ during national crises. Mahathir allegedly 'disappeared’ during the nationwide clampdown of Operation Lalang in October 1987. It possibly been pre-arranged that Hanif Omar, the IGP at the time, would take the rap and try to leave Mahathir smelling of roses. In the last fortnight, our unelected PM was in Hawaii for the Asia Pacific Economic Cooperation (Apec) followed by a Bali visit to attend the East Asia summit. He should have stayed at home, to deal with the multi-million ringgit misuse of public funds by the National Feedlot Corporation (NFC). The unelected Women, Family and Community Development Minister, Shahrizat Abdul Jalil, is embroiled in the NFC crisis. Token official visit The office of Prime Minister of Malaysia is cheapened by revelations that Najib had arranged a token official visit, during his personal holiday, as an excuse to get the taxpayer to fund, in full, his travelling expenses for him and his extensive entourage. Last July, after visits to Turkmenistan, the United Kingdom and the Vatican, the PM was forced to cut short his holiday to Italy and return home. He had to respond to mounting condemnation of the violent assault against the rakyat during the Bersih 2.0 rally, and try to salvage his reputation. He also had to deal with an Umno plot to oust him from power, allegedly led by his deputy, Muhyiddin Yassin. More of Najib’s insecurities were revealed in the deportation order placed on William Bourdon who was in Malaysia in relation to the Scorpene case. Najib was also perturbed that the veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah (right) was launching Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) to revive the Tunku’s true spirit of Merdeka. Najib, the career politician, only knows life in the political fast lane. He has not struggled like most people to find funds for education or with applying for a job. He has even admitted that his trip on a luxury bus in Perak, was his first bus journey. Even the most hardened and cynical politicians will balk at using someone else’s misfortune to boost their image. Not Najib. He cut short another holiday, in Australia to return home, ostensibly saddened by the death of a journalist in war-torn Somalia. Instead of leaving the family to grieve in private, Najib managed to turn it into a publicity circus by showing his mock compassion. Disturbing questions The NFC scandal raises very disturbing questions about our version of democracy. Who benefits from our democratic process? Why are the unelected ministers given a major say in the running of our country? Why are the chosen few from Umno’s political elite manipulating the role of government? Why are the controls to check such impropriety not in place? Where is the enforcement? Why are the members of royalty who choose to be vocal in some matters, silent when it comes to large-scale corruption and allegations of fraud on a grand scale? Najib’s handling of Umno is rooted in cronyism. How can he speak out against Shahrizat when he has so many skeletons in his own closet? That is why the Umno businesses and those of their cronies are run like a family-business empire. It is like the mafia, with different sections of the business managed by different branches of the family. No one betrays the other. Anyone who tries is silenced or risks having his livelihood threatened. Muhyiddin, who has been tasked to deal with the NFC scandal gives the impression of being out of his depth, really he is just covering up a crime, for one of his cronies. He claims that Shahrizat (left) had nothing to do with the NFC, which is managed by her husband and her children. He did not think Shahrizat had cause to resign. Then he left it for the people to decide. He is right. The rakyat thinks that Shahrizat should be suspended without any pay whilst investigations are carried out quickly. If found guilty, she should be made to repay every sen, and spend time in jail. That goes for him (Muhyiddin) too for misleading the public. The project was approved when he was agriculture minister. He was reticent and sparse with information, only giving out the bare minimum when forced. MPs are accountable to Parliament, and Parliament is accountable to the rakyat. Tighten belts Interestingly, it was another unelected minister, Idris Jala who flip-flopped between saying that Malaysia was going bankrupt and doing all right economically. Last year he said we would have to tighten our belts but a few weeks ago, he said we would manage. Can he be so confident when ministers abuse public funds and treat them as their own bank account? The IIUM popularity survey concluded that PKR’s Anwar Ibrahim, Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz and Penang Chief Minister Lim Guan Eng (left) declined in popularity, unlike Najib and Mahathir. The poll asked 1,500 Malay, Chinese and Indian registered voters, how satisfied they were with the leadership qualities of the five. In October 2008, 35% Malay, 33% Chinese and 41% Indian respondents expressed satisfaction with Najib. In July 2011, their approval increased to 59%, 45% and 62%, respectively. This survey has left many members of the rakyat wondering if a representative cross section of the public was sampled. They also wondered if these 1,500 registered voters were “real voters” or “phantom voters”. As the poll suggests that Najib is so popular now, he might want to call the elections soon, despite the scandals, accusations of electoral fraud and revelations of expensive purchases which are surfacing almost every week. MARIAM MOKHTAR is a non-conformist traditionalist from Perak, a bucket chemist and an armchair eco-warrior. In 'real-speak', this translates into that she comes from Ipoh, values change but respects culture, is a petroleum chemist and also an environmental pollution-control scientist. |
Tidak Layak Jadi PM, Populariti Najib Palsu Semata Posted: 22 Nov 2011 06:20 PM PST Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan. Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam. Altantuya akan menhantuinya seumur hidup Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau . Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa. Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik. Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti. Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi. Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13. Liwat II Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya. Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya. Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya. Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang. Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana . PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut. Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I. Sejarah akan mengejar kita Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir. Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR. Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang. Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri. Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan ’kaji selidik’ populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST. Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera! Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba. Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu. |
Imprison Me, The Climate For Change Will Be Faster Posted: 22 Nov 2011 05:03 PM PST |
Sekat Perhimpunan Aman, Najib Gagal Tunai Janji Posted: 22 Nov 2011 05:00 PM PST Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun. Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini. "Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini. Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara. Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun. "Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman. "Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya pada sidang media di Parlimen. Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur. "Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun)," ujarnya. Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat. Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis. Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan. Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. "Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Guan Eng. |
Peaceful Assembly Bill is Unconstitutional Posted: 21 Nov 2011 11:36 PM PST The government tabled the Peaceful Assembly Bill 2011 in parliament this morning. It is with shock and disbelief that the nation received news of the details of the bill. This bill has made meaningless the rakyat's right to freedom of assembly, in blatant breach of Article 10(1)(b) of the Federal Constitution. In short, the bill itself is unconstitutional. From the particulars, it is clear that the real intention of Najib and his government is to make it as difficult and burdensome as possible for the rakyat to peacefully assemble. We are now indisputably worse off than we were under the provisions of the Police Act 1967. Our objections are as follows: 1) The bill outlaws street protests. This is unconstitutional as it is in breach of Article 10 of the Federal Constitution. This is not a "reasonable restriction", but a restriction that renders nugatory the right to peacefully assemble. There is no reason why street protests should be outlawed; it is the job of the police upon notification to manage traffic and other matters. In any event, any traffic congestion in recent protests has been caused by the police themselves by putting up unnecessary road-blocks. Street protests are a normal, harmless and integral part of any functioning democracy. There is no such restriction in the laws of other democratic countries such as UK, US, Australia, Canada, Finland or South Africa. It is completely inconsistent with international norms and practices as well as the UDHR. Surprisingly, the government has been claiming that they would be adopting best practices from some of these other countries. This was clearly another lie. 2) The bill imposes a 30-day advance notice to authorities prior to holding an assembly. This is an onerous and unnecessary requirement intended to make it as difficult as possible for the rakyat to convene any assembly. If the issue is current and of urgency, are we to wait for a month before holding an assembly? Must we wait a month if we want to gather to hand over a memorandum to the government? In the UK under the Public Order Act 1986 only a six-day notice is required. In Western Australia it is four days, in South Africa seven days and in Finland it is only six hours! 3) Section 8, which allows the IGP to take "such measures as he deems necessary" is widely couched and open to abuse. It grants new untrammelled powers to the police vis-a-vis public assemblies. Any conditions the police may be allowed to impose must be minimal, limited and clearly spelled out in the bill. 4) Fines of up to RM20,000 for non-compliance are excessive and calculated to frighten and discourage those who wish to assemble. This bill should have been titled the "Restriction of Assembly Bill"! It has rendered worthless the people's right to peacefully assemble. Najib perpetrated a massive confidence trick upon the rakyat when he promised reform of the right to assemble on Malaysia Day this year. This bill is a joke in absolute bad taste and will make our country the laughing stock of the world. BN and Najib are truly practising "Orwellian" doublespeak. When they said freedom of assembly, they meant the complete opposite. This ridiculous bill, which makes a mockery of our democratic values, must be immediately withdrawn. Instead, the Police Act must be amended to remove the permit requirement and replace it with a simple notification, as is the practice in other democratic nations. |
Kisah Lembu Menanam Budaya Involusi Posted: 21 Nov 2011 08:18 PM PST Merdeka Review “Tubuhnya berketul-ketul. Engguhnya tinggi, besar dan berdenyut-denyut apabila sesekali ia mengangkat kepalanya kerana mengangkat rumput. Sendi kaki hadapannya kelihatan pagan dan teguh. Kuku kakinya yang empat itu putih kehitaman mencengkam tanah.” Begitu lakaran Sastarewan Negara Syed Othman Kelantan dalam karyanya berjudul “Juara” berkenaan dengan bentuk seekor lembu yang mempunyai potensi untuk memasuki gelanggang pertarungan. Lembu kalah perlu dijual dan disembelih. Kini lembu tinggal dalam kondo mencorakkan kehidupan kota dan desa. Pada mulanya selesa, kemudian dramatik dan sehingga hari ini masih tidak perlu letak jawatan. Perasaan kekitaan cukup kuat sesama warga Malaysia. Kita ditunjuk ajar dengan fahaman parti pemerintah yang sama, bahawa penyelewengan wang rakyat bukan masalah besar. Maka kita hidup sekampung sekota berkongsi pengajaran yang sama dengan anak cucu kita. Ini pengajaran yang sah. Segala-gala yang dipertahankan oleh pemerintah adalah sah. Perbualan selepas 111111 ialah salah guna wang rakyat itu namanya SAH! Asalkan terus memerintah, segala-galanya sah. Tidak seperti perasaan kekitaan sesama rakyat semasa perhimpunan BERSIH 2.0 di mana anak Melayu melindungi anak Cina daripada gas pemedih mata. Kisah anak Melayu tolong anak Cina juga dramatik dan hangat diperkatakan selepas 090711. Mesej yang wajar dilakarkan kepada lembu yang tinggal dalam kondo berkenaan 090711 ialah, peluru berpandu Patriot gagal memusnahkan peluru berpandu SCUD. Maka 090711 adalah untuk memperingati kemenangan SCUD. Ini yang membentuk perasaan kekitaan sesama rakyat terbanyak. Tapi ia haram, kata pemerintah yang sahkan akvititi salah guna wang rakyat. Seperti mana kuasa besar sahkan penaklukan Iraq dengan peluru berpandu. Sementara itu, 111111 adalah untuk memperingati kemenangan mereka yang salah guna wang rakyat. Ia memalukan meskipun diSAHkan oleh mereka yang bersekongkol dengan kuasa dan ketamakan. Rakyat beri undi, yang melembukan rakyat dapat kondo. Kini aktiviti salah guna wang rakyat mencorakkan budaya pembangunan dan tadbir urus negara. Pada mulanya sedikit, kemudian jutaan ringgit dan sehingga hari ini berbilion-bilion sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara disalahgunakan. Kini psikologi kumpulan manusia bernama pengarang dan wartawan banyak dicorakkan oleh nilai projek yang didakwa melibatkan salah guna wang rakyat. Pada mulanya skandal ikan bili dilaporkan, kemudian pendedahan skandal ikan lembu terpaksa dilaporkan, seterusnya hanya skandal ikan jerung dianggap penting tapi jarang-jarang sekali dapat didedahkan. Apakah kita diikatkan dengan kontrak sosial yang mengatakan bahawa menjadi tanggungjawab warga Malaysia supaya terus dilembukan oleh segolongan elit kerana mereka mewakili parti dan bahawa parti itu pemerintah dan pemerintah itu negara? Apakah kita disusukan oleh lembu yang tinggal dalam kondo sehingga kita diikat bersama dan terus mempercayai mereka yang melembukan rakyat akan membela hak rakyat? Tahun 1963, apabila Semenanjung Malaysia bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia, si tokoh antropologi bernama Clifford Geertz menerbitkan kajiannya berjudul “Involusi Pertanian: Proses Perubahan Ekologi di Indonesia” (Agricultural Involution: The Process of Ecological Change in Indonesia). Involusi uterus merujuk kepada pengecutan uterus kepada saiz normal selepas bersalin. Ini pengalaman seorang ibu selepas bersalin. Clifford Geertz meminjam konsep involusi dan menggunakannya dalam tesis involusi pertanian sebagai percubaan memahami keadaan petani semasa era penjajahan. Kemudian, konsep involusi dipopularkan dan digunakan untuk menjelaskan pelbagai senario dalam bidang berlainan selain bidang pertanian. Apabila digunakan untuk menjelaskan pertumbuhan negara, involusi merujuk kepada keadaan di mana pembangunan yang ditonjolkan tidak melibatkan perubahan secara mendalam. Meskipun terdapat pembangunan, tetapi pembangunan itu tidak memberikan pertumbuhan bermakna dalam jangka masa panjang dan memanfaatkan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan. Apa yang ditonjolkan sekadar perubahan cetek dan sekadar menyentuh permukaan dasar sedia ada tanpa mendalaminya. Di Malaysia, budaya involusi meresap ke dalam pelbagai lapisan jentera pemerintahan negara yang berperanan membangunkan negara. Pemerintah yang berbicara mengenai transformasi dan perubahan sering kali membiarkan begitu sahaja skandal-skandal salah guna wang rakyat yang impaknya kelihatan dari segi kerencatan produktiviti negara. Ukuran transformasi sekadar permainan angka tanpa kemajuan bermakna. Perubahan secara mendalam dan secara dasar tidak dilakukan. Sesungguhnya, soal anjakan paradigma yang dapat membawa pertumbuhan negara ke satu tahap baharu senantiasa direncatkan oleh budaya involusi. Semenjak era krisis kewangan 1997/98, pertumbuhan Malaysia kelihatan lemah. Pertumbuhan sebelum itu yang pernah disifatkan sebagai sebahagian daripada mitos Asia telah menemui kebekuan. Angka pertumbuhan setiap musim atau tahun sekadar memaparkan pembangunan jangka masa pendek tanpa dirujuk atau diutamakan kepentingan perubahan dan pembaharuan secara dasar dan secara menyeluruh. Era Pak Lah pernah memberikan identifikasi masalah yang tepat, antaranya pembangunan modal insan yang lemah merencatkan pembangunan Malaysia secara keseluruhan, tetapi gagal dari segi pelaksanaan. Sementara itu, Era Najib yang berbelanja jutaan ringgit hanya mampu melahirkan laporan satu per satu dan memperkaya sekumpulan kecil manusia, tetapi membiarkan lembu menduduki kondo. Semenjak era krisis kewangan 1997/98, kesemua peristiwa dan pendedahan skandal menjuruskan kita kepada satu rumusan penting, bahawa Malaysia kini bukan sahaja terperangkap dalam middle-income trap tetapi juga terperangkap dalam budaya involusi. Budaya involusi merencatkan peningkatan produktiviti dan inovasi, mengekalkan kemiskinan tegar dan mendorong kemiskinan baharu, dan yang paling kritikal dalam konteks Malaysia, membiarkan lembu menduduki kondo melalui politik naungan dan aktiviti rent-seeking. Maka soal penting hari ini tidak berkaitan dengan program transformasi yang dilakarkan sedemikian rupa seolah-olah pemerintah telah insaf dan sedang melakukan perubahan. Hal ini kerana perubahan yang menggunakan nama transformasi itu cetek, tidak mendalam dan tidak menyentuh soal dasar. Skandal lembu tinggal dalam kondo ialah satu contoh klasik bagaimana program transformasi bakal gagal dari segi mengeluarkan Malaysia daripada perangkap budaya involusi. Apabila lembu mula diberikan peranan untuk menanam budaya involusi dalam proses pembangunan Malaysia, bagaimana produktiviti negara dapat ditingkatkan secara berimpak? Bagaimana pula pendapatan isi rumah dapat ditingkatkan dengan kadar yang besar sehingga lonjatan kepada tahap negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan? Ataupun, bagaimana pendapatan boleh guna dapat ditingkatkan dan kos kehidupan yang tinggi dikurangkan? Tidak! Ini bukan budaya kita. Undi kita bukan untuk melembukan diri kita. Undi kita bukan untuk membiarkan lembu menanam budaya involusi dan merencatkan pembangunan negara secara bermakna. Tolak lembu yang cuba menduduki kondo. Ini titik permulaan kepada harapan baharu. Malaysia tidak perlukan peranan negara peragut! Malaysia juga tidak perlukan budaya involusi! Masih ada masa untuk kita SAY NO! Biar lembu bertarung. Jangan kita dilembukan. Begini penutup kepada kisah lembu cuba menduduki kondo dan menanam budaya involusi. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan