Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’ Posted: 25 Nov 2011 09:40 PM PST JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
"Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
"Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
"Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.
"Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
"Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
"Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
|
Bersih 3.0 Coming Soon... Posted: 25 Nov 2011 03:09 PM PST Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.
Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.
Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.
"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.
"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).
"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.
Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.
"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.
Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.
http://www.malaysiakini.com/news/182454
|
AUKU - Kalau Dah Nak Hapuskan Kenapa Perlu Buat Rayuan Lagi? Posted: 25 Nov 2011 03:03 PM PST AUKU: Badan pelajar minta Putrajaya tidak rayu KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes dibawa pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu.
"PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah," kata Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, langkah itu secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini.
"PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan