Selasa, 15 November 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


ZAHID MENGAKU KE SAUDI NAIK JET PERIBADI.

Posted: 14 Nov 2011 08:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

"Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji," kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.


Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: "Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?"

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

"Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

"Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?" kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama "Tuan Sheikh Rozi".

Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya. - TMI

Video Fitnah: Sah ada campur tangan Gani Patai-Surendran

Posted: 14 Nov 2011 02:44 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Nov: KEADILAN menganggap wujud campurtangan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dalam kes video fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presidennya, N Surendran berkata demikian mengulas pegumuman Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada peguam negara.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dijadualkan memberi keterangan kepada polis dalam kes ini pada Rabu, 16 November 2011, namun kelihatan kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara.

"Perkembangan ini mengesahkan penglibatan Tan Sri Gani Patail dalam siasatan terbaru polis terhadap Ketua Pembangkang," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Minggu lalu, KEADILAN dimaklumkan bahawa polis akan menyiasat berhubung dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau.

Surendran berkata, siasatan terbaru itu bermotifkan politik dan dilakukan sejak 1998 oleh pimpinan Umno, peguam negara dan pimpinan teratas polis.

Katanya, terdapat tuduhan serius pembabitan Gani kerana mereka bukti dan keterangan dalam kes mata lebam Anwar pada 1998/99. Malah katanya, sikap Gani yang memusuhi pembangkang dan menyebelahi kerajaan BN juga merupakan perara yang diketahui umum.

Ia katanya menyebabkan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi arahan pada Julai 2008 supaya Gani tidak mempunyai pembabitan dengan perbicaraan kes fitnah II.

"Apa yang jelas Anwar tidak mempunyai harapan mendapat keadilan dalam tindakan terbaru polis terhadap beliau.

"Tindakan tanpa belas dan memalukan, gangguan dan ugutan terhadap Anwar Ibrahim mesti dihentikan. Kerajaan BN harus sedar bahawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia memerhatikan dan menghakimi tindakan mereka," kata Surendran.

*Sumber Berita : keadilandaily.com

Tiada ulasan: