Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- Tidak Ada Pilihan Raya Sehingga Tuntutan Bersih Dipenuhi- Azmin
- Demokrasi ala Malaysia: Di mana ditambat, di situlah tempat makan dan berak!
- UMNOAPCO kuat tido....
- Mak Borek, Anak Rintik..
- Antara anak melayu dan anak cina....
- Waran tangkap untuk Bob Lokman
Tidak Ada Pilihan Raya Sehingga Tuntutan Bersih Dipenuhi- Azmin Posted: 01 Nov 2011 07:20 AM PDT Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC) mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan. Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu. "Kita mahu jawatankuasa (PSC) kemuka saranan kepada kerajaan supaya tak ada pilihan raya sehingga Jawatankuasa memberikan maklum balas dan cadangan bertujuan menambah baik proses pilihan raya. "Kami membawa lapan tuntutan Bersih dan berharap jawatankuasa memberi ruang yang luas kepada (Pengerusi Bersih) (Datuk) Ambiga untuk kemukakan hujah menyokong lapan tuntutan, yang mewakili 60 NGO dan berharap jawatankuasa ini bebas dari tangan-tangan politik," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Lapan tuntutan Bersih itu ialah membersihkan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor. Sehubungan itu kata Azmin, Wakil Pakatan Rakyat dalam PSC akan memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai saksi pertama dalam mesyuarat ketiga mereka esok. "Kita tidak mahu jawatankuasa (PSC) ini dijadikan helah untuk lengah-lengahkan reformasi pilihan raya," tambah Azmin pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu wakil Pakatan dalam PSC – Dr Hatta Ramli (Pas) dan Anthony Loke (Dap). Sementara itu Anthony Loke berkata, SPR tidak boleh memberi alasan untuk tidak menghadirkan diri ke mesyuarat esok kerana PSC telah memberi notis kepada mereka. "Seperti yang kita sedia maklum sebahagian besar masalah tak perlu kepada pindaan perlembagaan kalau SPR serius untuk melakukan reformasi pilihan raya," "SPR jangan beri alasan untuk kata mereka tidak tahu. Kita (PSC) telah beri banyak notis beberapa kali. Esok sudah mesyuarat ketiga," kata beliau. |
Demokrasi ala Malaysia: Di mana ditambat, di situlah tempat makan dan berak! Posted: 01 Nov 2011 07:18 AM PDT "Justeru, mahasiswa, malah rakyat keseluruhannya, tidak sepatutnya diletakkan sama taraf dengan haiwan peliharaan; di mana ditambat di situlah tempat makan, kencing dan berak. Ada sekurang-kurangnya dua perkembangan positif sejak kebelakangan ini berhubung demokrasi dan kebebasan bersuara di negara ini. Dua berkenaan ialah masing-masing satu daripada administratif dan legislatif Pertama, pada 30 Oktober 2011, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dilaporkan berkata, penuntut universiti perlu diberi sedikit ruang untuk melahirkan suara mereka berkaitan isu semasa selari dengan janji demokrasi kerajaan. Bagaimanapun beliau tidak setuju mahasiswa terbabit dengan sebarang demonstrasi kerana bimbang akan digunakan oleh sesetengah pihak bagi kepentingan politik mereka. Dan semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku 1971) yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah keputusan bersejarah dalam undang-undang membabitkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini. Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha – mencabar peruntukan 15(5)(a), Auku 1971. Defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dalam penghakiman 21 muka surat berkata, Seksyen 15(5)(a) adalah tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut yang institusi pengajian tinggi berusaha untuk mencapainya. Katanya. universiti seharusnya menjadi tapak semaian ahli reformis dan pemikir dan bukan institusi untuk melahirkan penuntut ibarat robot. Jelas sekali, katanya, peruntukan itu bukan sahaja tidak produktif malah menindas. Selain itu, menurutnya, kebebasan bersuara adalah satu daripada hak asasi utama yang dinikmati seseorang individu dan hak itu turut diiktiraf dalam pelbagai dokumen hak asasi manusia seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik. Ia adalah asas kepada pewujudan demokrasi dan menghormati nilai diri seseorang dan kebebasan bersuara diberi status terunggul dalam perlembagaan kebanyakan negara. Seperti dilaporkan malaysianinsider.com, beliau tidak dapat memahami cara mana seseorang penuntut yang menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik, boleh memudaratkan atau membawa kesan buruk kepada ketenteraman awam atau prinisp moral. Hishamuddin berkata, kebanyakan penuntut universiti sudah mencapai usia matang yang mereka boleh menjalin perjanjian, saman dan disaman, boleh berkahwin dan memikul tanggungjawab ibu bapa serta mengundi jika mencapai usia 21 tahun. "Namun secara ironi, mereka dimaklumkan secara sah mereka tidak boleh berkata apa-apa yang boleh dianggap sebagai sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik," katanya. Datuk Linton Albert pula dalam penghakiman 15 mukasurat berpendapat seksyen itu melanggar Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara dan ekspresi. "Sebuah enakmen perundangan yang melarang penyertaan dalam PRK adalah aspek penting demokrasi dan tidak dalam sebarang standard dikatakan sebagai munasabah," katanya. Nah, sekarang jelas. Kepada pihak yang masih terbelenggu dengan dokma lama kononnya mahasiwa perlu 'diikat atau ditambat' agar tidak terbabit dengan sebarang aktiviti politik, kini patut sedar bahawa ia satu tindakan negatif dan amat tidak wajar dari sudut demokrasi, kebebasan berusara, malah hak asasi manusia. Hujah yang menyatakan pembabitan mahasiswa akan menyebabkan pencapaian akademik terjejas adalah dangkal dan tidak benar sama sekali. Ia satu pembohongan nyata. Di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, mahasiwa diberi kebebasan bersuara tetapi unversiti mereka sentiasa menjadi 'superior' dan berada pada 'ranking' terbaik di dunia! Apa status universiti Malaysia? Mereka yang menyokong supaya mahasiswa 'diikat dan ditambat' patut tahu apa kedudukan universiti negara ini berbanding universiti negara lain. Justeru, mahasiswa, malah rakyat keseluruhannya, tidak sepatutnya diletakkan sama taraf dengan haiwan peliharaan; di mana ditambat di situlah tempat makan, kencing dan berak. Sudah tentu kita semua tidak mahu demokrasi di negara ini menjadi hanyir dan jijik! |
Posted: 01 Nov 2011 07:01 AM PDT |
Posted: 01 Nov 2011 06:59 AM PDT Cerita ni bukan diterbitkan oleh akhbar pro Pakatan Rakyat tapi cerita ni terkeluar dari akhbar West Australian dari Negara Kanggaroo yang menjadi tuan rumah persidangan CHOGM baru-baru ini. Cerita bagaimana rombongan anak beranak bershopping sakan kat negara tu, dan dah tentu para peniaga disitu mendapat untung yang berlipat ganda angkara tabiat anak beranak yang suka berbelanja sakan ni. Akhbar itu melaporkan bahawa anak PM Najib berbelanja kira-kira RM195,000 untuk barangan berjenama di David Jones, sebuah shopping yang popular kat negara itu. Manakala maknya pulak dikatakan berbelanja lebih hebat dari anaknya. Maknya berbelanja sebannyak RM487,000 hanya dengan membeli mutiara di gedung yang sama. Memang kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi nafsu berbelanja besar oleh anak beranak ini. Dua beranak ni saja dah berbelanja lebih dari setengah juta dalam masa beberapa jam dan didalam satu shopping kompleks saja. Kalau 4,5 hari lepak kat sana, mau berjuta-juta dah habis hanya dengan bershopping sakan. Sumber berita dan keratan akhbar dari Australia ini diperolehi dari salah seorang ahli politik negara itu yang enggan namanya didedahkan. Bayangkan la ahli politik dari negara Australia pun naik jelek dengan tabiat anak beranak ni perabis duit. Dan tentu mereka kesana atas tanggungan kerajaan Malaysia. Ahli-ahli rombongan yang pergi mewakili Malaysia kesana terdiri dari Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, yang dilantik jadi Timbalan Menteri ikut pintu belakang, Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah 'darurat' Ibrahim, juga ikut pintu belakang dan Presiden PPP yang tewas dalam PRU12 lalu, Datuk M. Kayveas. Cerita pasal cincin RM24juta yang dibeli dari Jacob & Co pun belum terjawab hingga kini dah timbul pulak pasal isu rantai mutiara. Memang keluarga PM yang keenam ni tak sunyi dari kontroversi.Naib sebagai PM, rasanya tak tertanggung nak berbelanja mewah macam tu. Ni bukan kali pertama keluarga PM Najib ni dikecam akibat berbelanja mewah melampau-lampau, tapi memang jenis tak reti nak sedar diri lagi kot. Negara menanggung hutang sampai RM437billion, sedangkan keluarga PM bersenang lenang tanpa memikirkan nasib rakyat yang tersepit angkara kenaikan kos sara hidup. |
Antara anak melayu dan anak cina.... Posted: 01 Nov 2011 06:57 AM PDT Anak Cina minta peluang niaga, anak Melayu minta litar rempit Kecoh di Bandaraya Pulau Pinang hari ini, rupanya beratus2 orang Mat Rempit mengamuk marahkan kerajaan negeri kerana tidak bina litar rempit untuk mereka. Kononnya kumpulan ini hadir dengan upah seorang RM10 di samping sehelai T-shirt, mereka terdiri dari ahli-ahli Pemuda Umno Pulau Pinang. Kesian aku tengok macam mana anak Melayu diperbodohkan oleh UMNO. Anak-anak muda Cina tuntut dari kerajaan peluang niaga dan peluang dapatkan pendidikan tetapi anak muda Melayu diajar tuntut litar rempit. Lepas ni mungkin UMNO Pulau Pinang akan hasut anak muda Pulau Pinang untuk tuntut kerajaan bekalkan mereka bekalan dadah dan gam secara percuma. |
Waran tangkap untuk Bob Lokman Posted: 01 Nov 2011 06:53 AM PDT Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu "Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah). "Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil," kata Marzuki dipetik akhbar itu. Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin. Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam. Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah. "Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah. Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Ini bukan kes pertama seumpa itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan