Khamis, 3 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ramai Bakal Guru Mengamuk kat Muhyiddin

Posted: 02 Nov 2011 08:06 PM PDT



KUALA LUMPUR, 3 Nov 2011 : Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 'cari kerja lain' sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.

Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.

Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Yuyu Luna ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan piket yang berlangsung selama empat jam itu telah menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan ISMP yang dikatakan telah dinafikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah 'front' Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.

"Gabungan mahasiswa ini turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta 'front' mahasiswa UPSI yg lain," jelasnya.

Tambah Yuyu lagi, piket itu kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum Tujuh Tuntutan Mahasiswa ISMP oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPSI kepada TNC Penyelidikan dan Inovasi, Datuk Noraini.

"Tujuh tuntutan itu termasuklah menuntut Timbalan Perdana Menteri menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan ISMP, mengurangkan pengambilan Guru Sandaran Tidak Tetap serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

"Tuntutan lain termasuklah menuntut agar unjuran pengambilan guru yang tepat dan telus dikeluarkan agar universiti boleh membuat unjuran pengambilan pelajar yang tidak merugikan," ujarnya lagi.

Yuyu juga memberitahu gabungan itu berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Petisyen tersebut telah diedarkan disekitar kampus dan kolej-kolej kediaman dan sehingga kini tandatangan yang kita perolehi menjangkau angka sepuluh ribu.

"Ia bakal diserahkan sendiri oleh wakil-wakil mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan nanti," tambahnya lagi.

Sebelum itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Buletin Utama pada 30 Oktober lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan ISMP yang tidak ditaja KPM.

Selain itu, beliau turut menyebut bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja di tempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka.

Muhyiddin turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.

Yuyu berkata, Muhyiddin sekarang berdepan dengan kemarahan mahasiswa di UPSI jika isu tersebut tidak diselesai segera selain memenuhi tujuh tuntutan memorandum tersebut.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6332-kerja-lain-graduan-ismp-bantah-muhyiddin-

Jangan lupa baca kisah sebelum ini , aduan, keluhan, rintihan ribuan bakal guru KPLI, TESL, UPSI yang menganggur ketika ini, bukan sebulan dua, tapi bertahun, bukan seorang dua tapi beribu di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html

TNB dah jadi Pembuli Rakyat Berlesen BN

Posted: 02 Nov 2011 05:55 PM PDT



Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia berkata ramai pengguna telah menerima kenaikan bil elektrik yang terlalu tinggi setelah menukar meter elektrik di premis mereka. Tenaga Nasional Berhad tidak sepatutnya MEMBULI pengguna untuk memotong bekalan elektrik yang tidak membayar kenaikan bil elektrik yang terlalu tinggi tersebut.

Pesanan Penaja : Pilihanraya Umum ke 13 ini , Undilah lagi BN

Dibawah pentadbiran kerajaan BN ni bil elektrik TNB naik mendadak . Ada yang bil elektrik mereka naik 40 kali ganda, seperti laporan TNB Perompak Rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/09/bil-elektrik-naik-40-kali-ganda-tnb.html

Jangan lupa baca artikel sebelum ini , Gaji CEO TNB RM1.8 juta, ketika rakyat tanggung beban di http://amkns.blogspot.com/2011/06/gaji-ceo-tnb-rm18-juta-ketika-rakyat.html

TENAGA NASIONAL SHOULD NOT BULLY CONSUMERS
The Sun Daily
3 November 2011

KUALA LUMPUR (Nov 2, 2011): National electric supply company Tenaga Nasional Bhd (TNB) should not bully consumers to pay hefty electricty bills by threatening to cut their supply.

Building Management Association of Malaysia president Datuk Teo Chiang Kok said that a large number of consumers had received hefty electricy bill after changing metres at their premises.

"And when the consumers refused to pay the bills, TNB threaten to cut their electricity supply," he said at a joint press conference with the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia and the Kuala Lumpur Selangor Chinese Chambers of Commerce and Industry, today.

Also present were several consumers who claimed they received hefty electricity bills after TNB replaced their metre with new digital ones.

S Venkateswaran said it was unfair for TNB to threaten to disrupt supply when the bills were under dispute.

"It is a very inconvenient situation, not only for us but also the building management corporations," he said.

theSun had, on June 10 and 26, highlighted the case of Chong Sook Tak, 51, who received a nasty shock when he received a text message from TNB informing him of arrears amounting to RM31,819.25.

http://www.thesundaily.my/news/196931

Tiada ulasan: