Selasa, 25 Oktober 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Dr Xavier Jayakumar Sampaikan Sumbangan Hamper Kepada Warga Miskin Di Apartment Impian

Posted: 23 Oct 2011 02:00 AM PDT

Klang, 23 Oktober 2011 - Sebagai menunaikan tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan, Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar dan pasukan sukarelawannya hari ini turun padang ke Apartment Impian untuk mengagihkan sumbangan hamper kepada warga miskin disitu.

Pengagihan sumbangan hamper yang juga bersempena dengan perayaan Deepavali ini adalah bagi memberi sedikit bantuan kepada mereka yang akan menyambut Deepavali.

Walaupun bersempena dengan Deepavali dan penerima kebanyakan adalah berbangsa india, bangsa-bangsa lain turut menerima bagi memastikan kesemua bangsa dibantu.

Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang yang turut hadir membantu YB Dr Xavier membuat pengagihan berkata kepada penduduk Apartment Impian bahawa beliau melalui peruntukan yang ada akan mentar kawasan lapangan disitu bagi memberi lebik keselesaan kepada para penduduk.

Program pengagihan sumbangan hamper ini adalah program berterusan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, dan beliau baru sahaja membuat agihan sebelum ini di Taman Maju, Taman Menara Maju, Taman Sentosa, Hulubalang dan akan bekerja keras untuk memastikan beliau dan para sukarelawan dapat mengagihkan sumbangan hamper kepada warga miskin dan memrlukan dalam kawasan DUN beliau.















Puan Sheila Mewakili PEKAWANIS Ditemani YB Dr Xavier Jayakumar Lawat Ibu Tunggal Di Sekitar Taman Sentosa Sempena Deepavali

Posted: 22 Oct 2011 07:00 AM PDT

Bersempena dengan perayaan Deepavali yang bakal menjelma, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) memberi peruntukan RM3000 kepada setiap DUN untuk diagihkan dan disampaikan kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah kewangan.

Di Seri Andalas, bantuan RM50 dan hamper maruku diberikan kepada setiap keluarga. YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas bersama-sama isteri beliau yang merupakan wakil PEKAWANIS melawat dari rumah ke rumah di Taman Sentosa untuk menyampaikan bantuan.

Kebanyakan mereka agak terkejut apabila melihat wakil rakyat mereka berada di hadapan rumah datang sendiri menghulurkan bantuan.

Penerima bantuan sekitar Sentosa telah dikenalpasti oleh Encik Veeran dan Puan Maha, manakala penerima di Menara Maju dikenalpasti oleh Encik Guna dan di Batu 4 oleh Encik Sandran.

Beberapa penerima turut hadir ke rumah Encik Samy untuk mengambil sendiri bantuan dan berjumpa dengan Puan Sheila.

Seramai 60 wanita telah menerima sumbangan.  
















40 Keluarga Miskin Dari Desawan Dan Taman Sentosa Terima Bantuan Hamper Sempena Deepavali

Posted: 20 Oct 2011 07:00 AM PDT

Taman Sentosa, 20 Oktober 2011 - 40 keluarga miskin terima bantuan sumbangan hamper sempena perayaan Deepavali yang diagihkan di pejabat Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar dan para sukarelawan.

40 keluarga yang menerima bantuan adalah dari sekitar Desawan dan Taman Sentosa.  







Tiada ulasan: