Isnin, 31 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


400 Peneroka Felda Gugusan Chini saman Felda sejumlah RM200 juta

Posted: 31 Oct 2011 05:05 PM PDT

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pahang menerima serahan Borang Waran Untuk Bertindak dari Sdr Zul, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan.


Majlis nbak dimulakan, hadirin diminta memenuhkan Dewan.
Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR memberikan ucapan

Ahli-Ahli Panel: Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan, Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Rompin merangkap AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pusat.

Suhaimi Said menyampaikan ucapannya
Rabidin Kasmawi memberikan ucapan






Sdr Roslan Tahir memberikan ucapan

Blogger Wan Fauzudin tidak henti-henti mengambil gambar, lepas ni mari kita tengok semua blog jagaannya




Sibuk mendaftarkan kehadiran dan mengisi borang Waran untuk Bertindak




Petugas-petugas bekerja keras mendaftarkan setiap yang hadi
r





31.10.11 Felda Chini 3, Pekan: Seramai 400 orang peneroka Felda di Gugusan Chini telah memenuhi Markas PAS di Felda Chini 3, Pekan untuk mendengar dan menyertai Dialog yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan.

Mereka datang seawal jam 3.00 petang lagi untuk turut berdialog dengan ahli-ahli Panel yang terdiri daripada Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi Ketua PKR Cabang Pekan merangap AJK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan.

Peneroka-peneroka datang dengan penuh harapan bahawa mereka juga ingin terlibat menyaman Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG. Di kawasan Chini peratusan perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti peratusan-peratusan yang diperolehi di Felda kawasan Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah mereka mengambil tindakan saman terhadap Felda.

Peneroka-peneroka Felda Chini juga berhajat menyaman Felda untuk tempoh selama 15 tahun kebelakangan dan dengan jumlah 400 peneroka yang terlibat jumlah tuntutan mereka mencecah RM200 juta, termasuk saman berhubung buah-buah reject didalam jangka tersebut.

Mereka akan turut menyaman buah reject kerana buah-buah reject itu turut diproses oleh kilang sedangkan peneroka-peneroka tidak mendapat apa-apa menfaat darinya.

Setelah majlis dialog itu, wakil-wakil dari masyarakat Felda Chini Timur meminta supaya Majlis Dialog yang sama dapat dibuat di Rancangan mereka dalam masa yang terdekat. Mereka menyatakan bahawa ratusan peneroka dari Chini Timur akan menyerahkan borang Waran untuk Bertindak. Mereka tidak kesempatan untuk menghadirkan diri di Felda Chini 3 pada hari ini.

Sementara itu, Tuan Haji Hamidin seorang peneroka dari Felda Keratong 10 menyampaikan hasrat supaya dialog seperti hari ini dapat diadakan di Gugusan Keratong dan beliau menyatakan bahawa setakat hari ini sudah terdapat 300 orang Peneroka di Gugusan itu sudah pun menandatangani borang Warant to Act melantik Peguam untuk turut menyaman Felda didalam isu peratusan perahan KPG.

Semua peneroka yang terlibat telah melantik Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan bagi pihak mereka.

Mak Long melanjutkan pelajaran ke Melbourn Australia

Posted: 31 Oct 2011 04:28 PM PDT

Ayah Ngah, Annuar, Mak Long, Aki dan Wan di Air Port LCCT sementara menunggu penerbangan Mak Long saya.
Ibu, Annuar, Ayah, Mak Long, Aki, Wan dan saya
Mak Long, Annuar dan saya
Mak Long dan Annuar
Saya sedih kerana Mak Long pergi ke Melbourn tetapi dia enggan saya pergi bersama. Saya pun nak belajar juga di sana, saya nak belajar A,B,C....

Pada 29hb Oktober 2011, Mak Long saya berlepas ke Australia untuk menyambung pelajarannya di bidang undang-undang. Oleh kerana Mak Long pergi atas perbelanjaan sendiri, maka dia akan membuat Master secara berperingkat-peringkat kerana kos pengajian keseluruhannya boleh menelan belanja RM200,000.00. Mak Long tak mampu.

Semasa di Australia, Mak Long juga telah diberikan peluang untuk menjadi Arbitrator kerana selain dari Undang-Undang, Mak Long juga ada kelulusan di bidang Arbitration, tetapi oleh kerana Mak Long berada di Australia sebagai seorang student, beliau tidak boleh mengambil sebarang bayaran untuk menjadi Arbitrator, beliau terpaksa memberikan khidmat secara percuma.

Mak Long akan kembali semula ke Malaysia didalam bulan Februari untuk sessi ini sebelum pergi semula ke Australia menyambung pelajarannya.

Saya kesian kepada Aki. Aki saya terlalu aktif didalam politik, setiap hari dia ada-ada aja program di seluruh pelusuk tanah air. Saya nak bermanja dengan Aki pun hanya dalam masa sangat terhad.

Tetapi oleh kerana Mak Long tidak ada di pejabat, Aki terpaksalah memberikan tumpuan di pejabat, dan dapatlah saya dan Annuar bermanja lebih sikit masa dengan Aki - Aina Syazrin.

Tiada ulasan: