Sabtu, 22 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


300 orang Peneroka dan Generasi Kedua Felda Palong 6 menyertai Parti Keadilan Rakyat

Posted: 22 Oct 2011 10:20 PM PDT












Sg Pahang airnya deras....!

Posted: 22 Oct 2011 07:31 PM PDT

Ini adalah Sg Pahang diambil dari tebing Kg Pengkalan Manggis, kelihatan disitu permulaan Pulau Temerloh.
Sg Pahang diambil dari Jambatan Temerloh, kelihatan jelas disitu Pulau Temerloh
Sg Pahang diambil dari Jambatan Temerloh.


Sungai Pahang Airnya Deras, Sungguh Deras Libang Libu, Orang Pahang Hatinya Keras, Sungguh Keras Senang Ditipu.

Pantun yang dipopularkan oleh Pak Talib Ariffin dari Kg Belengu ini memang kena dengan tepat menceritakan Orang Pahang, iaitu mereka yang mendiami kedua tebing Sungai itu dari Lipis ke Pekan. Orang Pahang Bentong, Raub dan Kuantan mungkin sukar untuk dimasukkan karektor mereka didalam kategori ini.

Episod demi episod sejak zaman Tok Bahaman dan rakan-rakannya menentang Penjajah Inggeris, roh pantun ini terkena kepada Orang Pahang, iaitu rangkap ketiga dan keempat pada pantun itu.

Memang Orang Pahang hatinya keras, walaupun keras sikap ikhlas Orang Pahang amat terserlah, kerasnya hati Orang Pahang itu dan sikap ikhlasnya bolehlah dilambangkan kepada warna Bendera Pahang itu sendiri.

Orang Pahang boleh menerima sesiapa sahaja ke Negeri itu. Yang paling ramai berhijrah ke Negeri Pahang adalah Orang Kelantan. Dimana-mana di Negeri ini ada Orang Kelantan, mereka berniaga di pasar-pasar, di pekan-pekan sahari, bahkan mereka memonopoli perniagaan ikan di pasar-pasar dan pekan-pekan sahari.

Disana sini wujud perkampongan Orang Kelantan, pure Kelantan, tidak bergaul dengan Orang Pahang. Di Temerloh sahaja terdapat Kg Paya Jauh, Kg Paya Keladan, Kg Bukit Tingkat (Kampong YB Ismail Sabri, seorang anak Kelantan yang berjaya didalam UMNO), di Jerantut ada puluhan kampong Orang Kelantan, begitu juga terdapat kampong Orang Kelantan di Lipis dan Bera.

Generasi pertama Orang Kelantan ini tetap mengekalkan loghat Kelantan bila berinteraksi sesama mereka dan dengan orang diluar komuniti mereka; tetapi anak-anak dan cucu-cucu mereka hanya berinteraksi dalam loghat Kelantan apabila mereka berinteraksi sesama mereka, tetapi mereka menggunakan loghat Pahang apabila berinteraksi dengan komuniti luar. Masyarakat Kelantan di Pahang masih lagi unik iaitu mereka masih hidup secara kelompok mereka, jarang-jarang anak-anak mereka itu berkahwin dengan komuniti luar.

Orang Kelantan di Pahang bolehlah dikategorikan sebagai orang yang sangat berjaya jika dibandingkan dengan Melayu Pahang. Mereka itu rajin berusaha, dan ramai yang menjadi ushawan, dan mereka mampu membuka tanah-tanah baru walaupun pada peringkat awalnya mereka tidak mendapat sebarang geran tanah. Oleh kerana ramai kumpulan ini aktif didalam UMNO, maka melalui UMNO mereka berjaya mendapatkan geran tanah untuk perkampongan baru yang mereka buka.

Melayu Kelantan di Pahang bolehlah diletakkan didalam kategori yang sama dengan Melayu Kampar (mereka yang datang dari Daerah Pekan Baru dan Bangkinang di Sumatera). Melayu Kampar juga adalah ahli-ahli perniagaan dan banyak kedai-kedai di Bandar Jerantut dan Temerloh yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah dimiliki oleh orang-orang Kampar.

Orang Kampar juga mengekalkan bahasa mereka sendiri dan perkahwinan dikalangan mereka juga perkahwinan didalam komuniti itu, jarang-jarang berkahwin dengan orang lain, dan mereka sanggup mencari orang Kampar baik dari Selangor atau pun Perak untuk dijadikan menantu.

Kategori Orang Melayu Pahang adalah Orang Bugis yang mendiami di kedua tebing Sungai Pahang dari Pekan hingga ke Kuala Lipis. Kumpulan ini mudah "satisfied" dan kalaulah benar ada pepatah orang Melayu mengatakan bahawa rezeki secupak takkan dapat segantang. Maka kalau nak diceritakan tentang Orang Pahang, maka kita sebenarnya membicarakan mengenai Orang Melayu Bugis. Barang diingat bahawa ramai pemimpin-pemimpin UMNO Pahang adalah keturunan Bugis seperti Tun Haji Abdul Razak Hussain, Dato Hamzah Abu Samah, Tan Sri Yahya Mohd Seh, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pahang; begitu juga disebelah Pembangkang, juga terdiri daripada anak-anak Bugis.

Orang Melayu Bugis adalah keturunan pahlawan. Mereka suka berpolitik. Mereka kurang melibatkan diri dengan perniagaan. Mereka tinggal di kampong-kampong dan merupakan golongan yang paling konserbatif di Pahang, dan mereka inilah menjadi pendokong UMNO yang paling kuat.

Itulah nak ceritakan perihal Orang Pahang, iaitu "the main bulk" adalah anak-anak Bugis, yang sesungguhnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Sulawesi (lebih tepat Sulawesi Selatan), mereka tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat istiadat orang-orang Bugis.

Ikhlasnya anak-anak Bugis ini boleh menerima sesiapa sahaja datang ke Negeri Pahang waima untuk menjadi pemimpin-pemimpin mereka, menjadi wakil-wakil rakyat. "Aku tak kisah" sebenarnya menceritakan sikap anak-anak Bugis ini. Sikap ini boleh digambarkan kepada warna Bendera Pahang iaitu 50% dari warna Bendera Pahang itu adalah putih.

Tetapi jangan sakiti hati mereka, mereka melenting, tidak ada kompromi, sekali menjadi musuh tetap musuh, sukar didamaikan. Itulah warna Hitam pada Bendera Pahang.

Aku sendiri mewarisi sikap Bugis dan sikap Kelantan. Tok aku disebelah ayah dan ibu adalah keturunan Bugis, berasal dari Kg Bintang dan Kg Berhala Gantang. Dan nenek aku sebelah ibu adalah orang Pasir Mas. Sebab itu aku boleh berbahasa loghat Kelantan semacam orang Kelantan, tidak ada kekuknya.

Orang Pahang hatinya keras, sungguh keras senang ditipu. Semasa Tok Bahaman mengambil sikap mempertahankan Pahang dari penjajahan Inggeris, berlakulah penipuan yang pertama apabila Inggeris mencanangkan bahawa Bahaman itu adalah PENDERHAKA, dan Sultan yang dinaungi Inggeris, walaupun tahu perjuangan Bahaman, tidak dapat berbuat apa-apa, dan justeru itu Orang Melayu Pahang menerima sahaja kononya Bahaman adalah PENDERHAKA. Hubungan rakyat Pahang dengan Raja mereka adalah seperti isi dengan kuku, maka mereka sanggup lakukan apa saja untuk membenteras penderhakaan.

Semasa PKMM menentang penjajah Inggeris, Inggeris mencanangkan bahawa PKMM itu adalah Komunis, komunis itu tidak ada agama, dan komunis itu mahu memerintah Negara ini dengan sistem komunis dan habislah orang Melayu akan ditelan oleh Orang Cina. Inilah dakyah Inggeris yang tersemat dihati Orang Melayu. Orang Melayu bangun menentang PKMM walaupun PKMM itulah yang meniupkan semangat MERDEKA untuk Negara ini.

Orang Pahang hatinya keras, sungguh keras senang ditipu. Maka tertipulah rakyat Pahang dengan dakyah Inggeris bahawa Bahaman itu adalah Penderhaka, dan PKMM itu adalah Komunis. Maka hiduplah UMNO yang pro-Inggeris itu mendapat sokongan dari rakyat Melayu Pahang.

Di Sungai Pahang ini banyak episod-episod kematian, baik semasa perperangan Bahaman menentang Inggeris. Kononnya ramai askar upahan Inggeris mati di Lubok Rakit setelah mereka memakan sejenis ubi yang dimasak oleh Orang Kampong yang memihak kepada Bahaman. Setelah makan ubi yang beracun itu mereka akan merasakan dahaga yang amat sangat dan semasa itulah mereka jatuh ke Sg Pahang dan menemui ajal mereka disana.

Pada hari ini setiap tahun berlaku kematian didalam Sungai Pahang. Kematian banyak berlaku semasa air Pahang surut, orang suka bermain diatas pasir yang timbul, dan mereka mandi-manda dan terjerluh kedalam Sungai yang dalam, dan menemui ajal mereka disana.

Saya masih ingat peristiwa beberapa tahun lalu apabila anak saudara saya dan 5 orang rakannya yang mengaji di Sekolah Al-Wosto Berhala Gantang hilang di Sg Pahang di Kg Berhala Gantang berseberangan dengan Kg Lubok Kawah (Itu kampong aku). Mendapat tahu kejadian itu aku segera ke Berhala Gantang, menyewa boat, puluhan boat disewa untuk mencari anak-anak murid yang hilang itu.

Hari pertama itu kami tidak menemui apa-apa. Tetapi keesukan harinya mulalah terjumpa seorang demi seorang anak-anak sekolah itu. Yang pertama ditemui adalah di permulaan pasir di Kg Bangau Tanjung, aku lihat seorang wanita yang sudah kembung dan busuk. Tidak ada siapa didalam kumpulan aku itu yang sanggup menaikkan anak murid itu kedalam boat.

Aku terjun ke dalam Sungai yang cetek itu, aku peluk mayat itu, semua kulitnya menglupas, tapi dengan erat aku peluk dia dan naikkan dia kedalam boat.

Kemudian 4 lagi ditemui. Alhamdulillah, kesemuanya aku yang naikkan kedalam boat dan bawa ke Berhala Gantang dimana keluarga masing-masing menunggu.

Kenapa aku lakukan? Pertama, aku merasakan bahawa itu adalah tanggungjawab sosial. Kedua aku melakukannya kerana aku memikirkan bahawa mayat yang ditemui itu adalah anak saudara aku sendiri.

Rupa-rupanya aku tidak menemui anak saudara aku sendiri. Dia ditemui oleh kumpulan yang mengikut aliran di tepi Sg Pahang di Kg Bangau Tanjung.

Mayat manusia amatlah busuk. Isteri aku bawakan kepada aku salinan pakaian yang bersih dan aku tukar pakaian aku untuk pengekebumian anak saudara aku itu di Kg Berhala Gantang.

Tetapi walaupun aku sudah bertukar pakaian, tak siapa pun yang mahu duduk dekat aku semasa pengekebukian itu. Busuk!

Apabila aku balik ke rumah aku di Kg Batu 4, Jalan Maran, aku mandi dengan pelbagai jenis sabun. Tak juga hilang bau busuk itu. Orang kata mandi dengan air belacan. Itu pun aku buat, tak juga hilang baunya.

Hanya masa sahajalah yang akhirnya dapat menghilangkan bau busuk itu, dan sehingga bau busuk itu hilang, aku tidak boleh makan, sentiasa muntah. Pengalaman itu tidak dapat aku lupakan.

Setiap tahun ada-ada saja kematian di Sungai Pahang dan Sungai Semantan yang bertemu Sungai Pahang di Kuala Semantan, Temerloh.

Sg Pahang airnya deras, sungguh deras libang libu, orang Pahang hatinya keras, sungguh keras senang ditipu. Jadikanlah episod-episod Sungai Pahang ini sebagai iktibar.


Aina mandi air hujan

Posted: 22 Oct 2011 12:39 AM PDT

Aku ada 3 buah kereta Volvo, yang ini aku parkir kat rumah dan jika volvo aku yang dua lagi itu memerlukan spare part, dari kereta inilah aku ambil.
Aina berdiri kat Volvo yang aku sentiasa pakai. Harganya dah tak lekat RM2000.00 tapi kalau orang gi Kota Bharu bawak 130 kmj, aku pun boleh, nak berlumba pun boleh, yang penting aku boleh pakai kereta, tak rosak dan tetap steady. Yang hujung sekali tu, satu lagi volvo, jarang-jarang aku pakai kecuali volvo yang aku pakai ini aku hantar gi service.

Ini cucu aku, Aina, oi, mandi air hujan dia.
Suka betul dia mandi air hujan.
Tapi badan dia tahan, tak demam pun.

Tiada ulasan: