Ahad, 16 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Taklimat Pengurusan Pilihanraya oleh Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pahang

Posted: 16 Oct 2011 10:09 PM PDT

Haji Suhaimi Said menerima penyerahan 200 keping Borang Menyertai Peneroka Felda baru dari PKR Cabang Rompin. Kiri: Sdr Rosli Ahmad, Ketua Penerangan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Sdr Rosni Haji Ahmad, Naib Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang yang juga Naib Ketua PKR Cabang Rompin, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.



Sesampai kami ke Pejabat PKR Kuala Krau jam 7.15 malam tadi, rakan-rakan yang terdiri daripada Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau sudah pun berada disana.

Jam lebih kurang 7.45 malam rakan-rakan dari Jerantut, 13 orang AJK PKR Cbg Jerantut sampai. Kami menunaikan solat di Masjid disebelah Pejabat PKR Kuala Krau.

Keseluruhan rakan-rakan dari luar Cabang Jerantut cukup ramai malam tadi, dari Johor 2 orang, dari Negeri Sembilan 5 orang, dari Rompin 2 orang, dari Pekan 2 orang dan dari Jerantut 13 orang.

Setelah selesai mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau yang menyelesaikan agenda berhubung dengan Pilihanraya dan menetapkan jadual-jadual untuk melawat semua Ranting PKR di Cabang Kuala Krau yang mesti diselesaikan sebelum 30hb November, maka ditetapkan tarikh kursus Pilihanraya pada minggu kedua untuk semua PACABA dan juga sukarelawan dan Jawatankuasa Pilihanraya peringkat Cabang dan Ranting-Ranting.

PKR Cabang Jerantut memohon untuk menghantarkan peserta-peserta dari Jerantut supaya dapat diadakan Kursus Pilihanraya bersekali dengan Cabang Kuala Krau. DUN Damak (Jerantut) dan DUN Jenderak (Kuala Krau) terletak bersebelahan dan menjadi amat kopnvenien untuk diadakan program bersama tersebut.

Kemudian, semua yang hadir diberikan jamuan lauk ikan patin masak tempoyak, sebelum Majlis menjemput Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pahang. Kursus seterusnya akan diadakan pada minggu kedua bulan November 2011 di Markas PKR Kampong Penderas.

Program Mengejut di Kg Pian

Posted: 16 Oct 2011 09:09 PM PDT










Apabila saya mendapat tahu bahawa rakan-rakan saya dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dari Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Negeri Pahang ingin menziarahi saya dan akan sampai di rumah saya lebihkurang jam 4.00 petang, saya tidak tergamak untuk berada diatas katil, dengan keadaan "sakit" saya. Saya adalah seorang pejuang, takkan saya mahu rakan-rakan saya melihat saya terlantar diatas katil.

Saya beritahu isteri saya supaya mencari ikan patin untuk dimasak di Pejabat PKR Kuala Krau, masakan patin tempoyak jarang-jarang diketemui oleh rakan-rakan saya itu.

Saya sendiri menalipon kepada rakan-rakan Jawatankuasa PKR untuk mengikuti saya pergi ke Kg Pian, iaitu Kamppong Orang Asal di Kuala Krau.

Saya sampai di Kg Pian jam lebih kurang 3.30 petang, saya terus berjumpa dengan Wan Kisan, Ketua PKR Ranting Kg Pian mengatakan bahawa saya mahu adakan pertemuan dengan anggota-anggota PKR Kg Pian dalam jam 4.30 petang nati di rumah Sdr Cham Bakar, iaitu rumah Pengerusi Tetap PKR Ranting Kg Pian.

Wan Kisan terus mengatakan, "Boleh Haji, tapi tak dapatlah semua anggota hadir kerana masa yang terlalu singkat".

Saya katakan bahawa kalau dapat diaturkan perjumpaan dengan 10 orang pun sudah dianggap berjaya, saya dan Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau terus pergi rumah ke rumah menjemput anggota-anggota untuk hadir, dan Wan Kisan juga berbuat demikian bersendirian.

Saya kembali semula ke Kuala Krau untuk bertemu dengan rakan-rakan yang akan sampai lebihkurang jam 4.00 petang. Semasa saya ke Kuala Krau itu, terserempak pula dengan Sdr Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau di Kg Lubok Wong dan beliau membuat laungan menjemput penduduk Lubok Wong untuk hadir ke Kg Pian. Yang hadir adalah Sdr Rebin Birham dengan AJK PKR Ranting Felda Palong 6 dan Felda Palong 5, Pn Siti Khalijah Hj Mohamad dan Sdr Taminyin Paiman dari Johor, Sdr Wak Rabidin Kasmawi dan Sdr Rosni Hj Arshad.

Mereka ikut saya ke Kg Pian. Saya beritahu Rebin dan Siti bahawa program ini adalah program mengejut, dan kalau hadir 10 orang pun, saya anggap sudah cukup berjaya.

Tak disangka-sangka apabila kami sampai di Kg Pian, di varanda rumah Cham sudah penuh dengan kehadiran. Didalam rumah pun penuh dan didapur pun penuh. Kehadiran keseluruhannya adalah lebih kurang 60 orang dewasa dan jauh lebih ramai dari itu adalah kanak-kanak.

Sepatutnya saya mengadakan perjumpaan di Kg Pian untuk mendaftar PACABA dan Sukarelawan pada 26hb Oktober jam 4.00 petang, tetapi Sdr Wan Kisan dan Sdr Cham memberitahu bahawa oleh kerana sudah hampir 70% anggota-anggota PKR kampong itu sudah hadir, mereka pinta supaya diteruskan sahaja pendaftaran PACABA dan Sukarelawan itu.

Saya sungguh terharu dengan sambutan penduduk Kg Pian, walaupun dalam cara yang mengejut sedemikian itu, begitu ramai penduduk kampong khasnya anggota-anggota parti dapat menghadirkan diri.

Sdr Nazmi Majid, ketua PKR Ranting Kg Lubok Wong memberikan ucapan alu-aluan; kemudian Sdr Wak Rabidin diikuti oleh Pn Siti Khalijah dan Sdr Rebin memberikan ucapan masing-masing.

Jam 6.30 petang kami meninggalkan Kg Pian untuk program di Pejabat PKR Kuala Krau. Melihatkan keadaan itu, saya yang masih belum sihat itu pun terasa akan kesihatan bertambah baik.

Semalam kami mengadakan perjumpaan di Kg Penderas untuk menubuhkan PACABA dan sukarelawan, hampir 40 orang anggota parti telah hadir.

Kalau beginilah sambutan daripada anggota-anggota parti terhadap program-program yang dianjurkan, maka tidak mustahil DUN Jenderak akan dapat dimenangi oleh PKR didalam PRU-13 nanti.

Wah cantiknya Bungalow Orang Asal, Alangkah Maju dan sudah tentu penghuninya berpendapatan tinggi, itu pun ada lagi Orang Asal yang tak sedar diri.

Posted: 16 Oct 2011 08:53 PM PDT



Ada berpuluh "rumah" seperti gambar ini di perkampongan Orang Asal, Kg Pian. Tiga gambar diatas ini cukuplah untuk menggambarkan betapa Orang Asal Kuala Krau di Kampong Pian ini jauh ketinggalan.

Kalau lihat bajet 2012 yang dibentangkan oleh Najib pelbagai gula-gula nak diberikan kepada rakyat. Gula-gula one-off ini kesemuanya membawa keruntuhan kepada kehidupan rakyat yang akan dibebankan dengan kenaikan harga barang yang melampau-lampau, namun, kepada Orang Asal ini bukan sahaja mereka juga akan berhadapan dengan kos sara hidup yang tidak tertampung, habuan gula-gula pun tak mungkin diperolehi.

Inilah nasib Orang Asal dibawah pemerintahahan UMNO/Barisan Nasional. Itu pun masih ada lagi Orang Asal yang masih berhayal kononnya mereka yakin dengan pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai oleh kepala perompaknya, UMNO.

Tiada ulasan: