Khamis, 13 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Link antara Kuala Krau dan Palong

Posted: 13 Oct 2011 07:35 PM PDT

Sebentar tadi Sdr Rebin Birham menalipon saya kerana rakan-rakan dari Palong mahu membuat ziarah kepada saya. Segan juga saya bila rakan-rakan mahu menziarahi saya. Nak kata sihat, sentiasa demam dan batuk, nak kata tak sihat, kerja-kerja parti tetap diteruskan.

Maka rakan-rakan dari Palong bersetuju nak ziarahi saya pada 16hb Oktober. Elok juga begitu. Pada 16hb tu akan berlangsung Meyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau. Saya nak ajak mereka hadir bersama-sama didalam Mesyuarat itu.

Mesyuarat itu adalah untuk persediaan terakhir mengenai Pilihanraya. Dari tarikh mesyuarat itu PKR Kuala Krau akan membuat jadual E-minus, bertolak dari 16hb Oktober, kita akan buat jadual secara E-minus kearah Pilihanraya Umum.

Di Kuala krau sudah bertambah lebih dari 1000 orang pengundi baru. Satu pertambahan yang sangat besar juga. Siapakah pengundi baru itu? Rasanya jawapannya adalah sama dengan pengundi baru di lain-lain kawasan di Semenanjung.

Kalau diatas pengundi yang sedia ada, harapan PKR untuk menang adalah sangat cerah; tetapi dengan penambahan undi baru yang sumbernya tak menentu, maka kedudukannya agak berbeza.

Lawan tetap lawan. PKR Kuala Krau akan meneruskan kerja hinggalah ke hari mengundi. Kita akan siapkan PACABA secukupnya, kita akan siapkan sukarelawan secukupnya, kita akan siapkan kemudahan logistik seandainya. Dan kita akan lancarkan gerakan pilihanraya kita apabila wistle sudah ditiupkan dengan persediaan yang sudah kita lakukan.

Menghadapi pilihanraya ini bukanlah perkara yang mudah. Semua jawatankuasa kena buat kerja. Semua jawatankuasa pilihanraya kena buat kerja. Semua jawatankuasa ranting kena buat kerja. Semua ahli kena buat kerja. Tidak boleh tunggu sehingga Parlimen dibubarkan. Kerja kena dilakukan dari sekarang.

Saya menjemput JK PKR Palong duduk bersama kami didalam mesyuarat di Kuala Krau. Ada perkara yang Kuala Krau boleh berkongsi dengan Palong dan ada perkara yang Palong boleh berkongsi dengan Kuala Krau.

Palong adalah kawasan yang sangat positif untuk PKR. Saya dapat mengikuti perkembangan di Palong sejak 2 tahun yang lepas semasa PKR Palong masih kecil dan baru memulakan langkah. Kini Palong sudah bergerak hebat. Hampir dikesemua rancangan Felda di Palong sudah pun ditubuhkan ranting, jawatankuasa pilihanrayanya sudah bergerak. Palong hari ini bukan lagi Palong di tahun 2008. Apakah yang mereka lakukan? Tentu boleh diterima pakai oleh PKR Kuala Krau.

Saya memberikan perhatian khas kepada Palong kerana calon yang akan bertanding disana adalah Sdr Rebin Birham, bukan calang-calang calon, beliau lulusan Ijazah dibidang politik, Ijazah kelas pertama. Anak muda yang begitu aktif dan mempunyai pandangan perjuangan yang lohor. Beliau adalah anak peneroka Felda dan perjuangannya kembali ke Palong adalah menyahut aspirasi perjuangan dan inspirasi kedua-dua ibu-bapanya sebagai peneroka Felda.Dan Rebin adalah Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat.

Dengan perkembangan yang begitu pesat di Palong, saya menaruh harapan yang tinggi bahawa Rebin Birham boleh membawa kemenangan kepada PKR di DUN palong.

Saya alu-alukan kehadiran rakan-rakan dari DUN Palong, semoga Palong-Jenderak dijadikan twin centre untuk perjuangan PKR.

Tiada ulasan: