Rabu, 12 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lapuran Polis Terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda

Posted: 11 Oct 2011 04:11 PM PDT

Sebanyak 10 lapuran Polis dibuat di Balai Polis Temerloh oleh wakil-wakil peneroka dan ahli KPF terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda.







Lapuran Polis Terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad,
Pengerusi Felda

Lapuran ini dibuat terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi FELDA, kerana telah menyalahgunakan kuasa serta merampas jawatan Pengerusi Permodalan FELDA Berhad dari pemegang jawatannya, Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah dan semasa Datuk Dzulkifli Wahab berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab, Tan Sri Mohd Isa Samad telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Felda Malaysia Berhad (KPF) pada 25hb Ogos 2011, dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF, secara bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa Datuk Dzulkifli menunaikan Umrah di Mekah.

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Tan Sri Mohd Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membukakan keahliannya hanya kepada Peneroka Felda atau anak peneroka FELDA atau kakitangan tetap FELDA. Kedudukan Tan Sri Isa Samad hanyalah bertaraf kontrak. Perlantikan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan Undang-Undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan keatas dirinya sendiri.

KPF merupakan salah sebuah daripada 10 buah koperasi cemerlang yang menjadi contoh Koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi diatas kadar 15% setahun, dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya. Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan Undang-Undang Koperasi ini adalah pengkhianatan kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad dan lapuran ini dibuat supaya Tan Sri Mohd Isa Samad disiasat kerana melanggar Undang-Undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa.

(Lapuran ini dibuat secara serentak di Balai-Balai Polis utama di seluruh Negara di Negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak pada 12hb Oktober 2011 jam 10.30 pagi oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat, peringkat Negeri masing-masing)

Tiada ulasan: