The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 03 Oct 2011 09:45 PM PDT Tak dibenarkan melayari internet, pc sendiri pun dibawa ke pejabat oleh Surina supaya saya tidak boleh bermain komputer. Semalam badan saya semakin teruk, berjalan terasa nak tumbang, gelap bila berdiri, so anak saudara saya bawa saya ke Klinik Pakar Chan di Mentakab. BP saya turun mendadak, dari kebiasaan 140-159 atas dan 80-95 bawah, hari ini turun kepada 100 atas dan 70 bawah. Itu sebab saya ternampak gelap dan badan saya gayang. Gula pula naik mendadak, dari kebiasaan 7-8 naik hampir 19. Dr Chan beri obat segera untuk menurunkan gula dan mengenai bp pula dia minta saya hentikan obat darah tinggi. Untuk demam dan selsema ada obat lain pula. Dr Chan tak benarkan saya melakukan apa-apa aktiviti tapi minta saya rehat sehingga keadaan saya pulih. Demam dan batuk menjadi-jadi dan malam tadi tak boleh nak tidur. Saya cuba ikutkan arahan doktor, tapi saya tak biasa begini, rehat begini semacam membunuh. Jam 9.00 pagi saya sudah aturkan perjumpaan dengan JK Biro Masyarakat Felda dengan rakan-rakan di Kuala Kubu Bharu dan disambung dengan mesyuarat Task Force Felda Selangor. Saya pinta Rebin Birham uruskan mesyuarat itu. Jam 2.00 petang sudah ditetapkan perjumpaan di Tanjung Malim, dan Sdr Rebin, Sdr Zabidie dan Sdr Zul akan uruskan perjumpaan itu, demikian juga 4.00 petang nanti, 3 ceramah di Kg Orang Asal di kawasan Tanjung Malim, saya serahkan kepada rakan-rakan dari Biro dan JK PKR Cbg Tanjung Malim untuk melaksanakannya. Malam nanti ada 2 lagi ceramah iaitu di Felda Besaut dan Trolak, itu juga akan disempurnakan oleh rakan-rakan dari Pahang, Perak, N. Sembilan dan Johor. Program hari esuk 5 ceramah di Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sg Buaya. Sdr Rebin menalipon kepada saya pagi tadi bahawa program-program itu akan disempurnakan oleh JK Biro dari Selangor, Pahang, N.Sembilan dan Johor. Saya cukup tertekan duduk berehat di rumah, sampai saya beritahu kepada isteri saya supaya hantar juga saya ke Selangor dan Perak, tetapi keadaan badan saya tidak mengizinkan. Bila bangun dari duduk, semuanya nampak gelap dan badan terhoyong hayang. Jika keadaan ini berterusan saya pinta dihantar ke hospital. Tetapi hari ini sudah ada sedikit perubahan. Sudah mula ada selera mahu makan, dan ini tentulah petanda baik untuk sembuh. Rehat, rehat, rehat. Inilah hari yang paling menjemukan diri saya. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan