Sabtu, 1 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PRU ke-13 boleh dijadikan sempadan

Posted: 01 Oct 2011 04:00 PM PDT

Kadang-kadang amat sukar untuk menentukan dikalangan Pakatan Rakyat parti manakah yang lebih diterima oleh pengundi-pengundi untuk mewakili mereka didalam Pilihanraya Umum.

PAS berbicara seolah-olahnya bahawa parti itu layak mewakili majoriti daripada kawasan-kawasan itu kerana mereka telah berpuluh-puluh kali meletakkan calon didalam kawasan-kawasan berkenaan. PAS yang merupakan parti yang tertua didalam Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan jika berbanding dengan PKR kerana keahliannya lebih ramai, dan cawangan-cawanganya lebih banyak dan jentera-jenteranya lebih tersusun.

Diatas advantage ini PAS merasakan bahawa parti itu lebih layak bertanding di kawasan-kawasan yang sekarang ini ditandingi oleh PKR.

Bukan senang untuk PKR menyatakan bahawa parti itu lebih layak mewakili sesuatu kawasan sedangkan dari segi buktinya organisasi PKR disitu adalah jauh lebih lemah dari PAS.

Menggunakan logik bahawa dengan keghairan orang bukan Melayu yang lebih cenderung mengundi Pakatan, maka PAS bukan sahaja mahu bertanding di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu/Islam, bahkan di kawasan-kawasan campuran pun, parti itu merasakan bahawa dia berhak bertanding. Maka dengan gabungan 2 parti iaitu PAS dan DAP, kedua-dua parti itu menidakkan kekuatan PKR seolah-olahnya pengundi bukan Melayu akan mengundi DAP dan melalui kerjasama dengan DAP pengundi-pengundi itu akan mengundi PAS; dan sebaliknya begitulah juga pandangan DAP bahawa kehadiran PKR tidak diperlukan kerana PAS boleh memberikan undi Melayu kepada DAP, dan dengan kerjasama yang erat antara DAP dan PAS itu, semua kawasan yang ditandingi oleh DAP dan PAS akan memberikan kemenagan mudah kepada Pakatan Rakyat; dan peranan PKR hanyalah membantu PAS dan DAP sahaja.

PKR pula tidak menunjukkan keinginan mahu menang, kerana dari setiap kali Pilihanraya Umum, parti itu bergantung kepada jentera PAS, dan jentera sendiri amatlah sedikit.

Ambil contoh di kawasan Parlimen Temerloh. Berapakah jumlah ranting PKR? Berapakah jumlah anggota? Berapa banyakkah program PKR dapat diadakan dalam tempoh setahun? Dan kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR di kawasan itu hanya berucap didalam program-program PAS sebagai penceramah jemputan!

Ini memberikan kelebihan kepada PAS dan jika PAS menuntut kembali kawasan Parlimen Temerloh itu untuk ditandinginya tidak melihatkan sebagai kejanggalan kerana amat jelas PKR tidak mempunyai kekuatan dari segi jentera, dari segi organisasi, dari segi keanggotaan dan dari segi keupayaan mengadakan program.

Dan PKR sendiri jelas memainkan kedudukan yang kedua di kawasan Parlimen Temerloh.

Untuk menyertai Pilihanraya, jentera mestilah lengkap, kuat dan teratur, selain daripada keperluan kewangan. Jika tidak, penyertaan itu menjadi amat tempang, semacam orang tidur malam, dengan kain gebar yang kecil, tarik keatas sejuk kaki, tarik kebawah sejuk kepala.

Ini menampakkan sangat bahawa PKR itu hanyalah parti Pilihanraya, apabila Pilihanraya dianggarkan akan berlaku, barulah parti itu cuba mengatur-ngaturkan program, cuba mengada-adakan jentera, cuba mencari-cari sukarelawan.

Sepatutnya jentera ini wujud sejak day-1 selepas Pilihanraya 2008, setiap kampong mesti ada ranting, setiap ranting bergerak aktif hinggalah ke Pilihanraya Umum yang akan datang. Barulah rakyat akan selesa memberikan sokongan kepada parti itu.

Namun, setelah saya berkata seperti diatas; saya juga ingin menyatakan bahawa faktor-faktor diatas itu merupakan faktor penting didalam menghadapi Pilihanraya. Tetapi ada satu kriteria yang lain yang tidak berbentuk fizikal iaitu realiti didalam masyarakat.

Pengundi-pengundi merasakan sangat selamat untuk memberikan undi kepada PKR walaupun parti itu tidak mempunyai ahli yang ramai, jentera yang kuat dan kewangan yang kukuh.

Mereka merasakan parti itu mempunyai misi yang sesuai dengan naluri mereka. Dasar politik, dasar ekonomi, dasar pembangunan dan dasar perhubungan kaum yang diperjuangkan oleh PKR itu menyentuh naluri dan perasaan hati pengundi-pengundi. Mereka merasakan lebih selamat mengundi PKR sebagai suatu jaminan kesetabilan untuk negara dan rakyat.

Didalam 12 Pilihanraya yang lepas, PAS sememangnya mempunyai kekuatan jentera dan keahlian yang ramai; tetapi prestasi PAS amatlah mengeciwakan didalam setiap kali Pilihanraya itu. PAS kalah sejak tahun 1955; dan walupun sudah melebihi 50 tahun penyertaan PAS didalam Pilihanraya, parti itu masih gagal membuat sebarang "inroad" yang bermakna.

Di Pahang, PAS bertanding dengan jumlah kawasan yang terbesar. Bahkan PAS juga menuntut untuk bertanding lebih banyak lagi kawasan-kawasan yang pernah ditandingi oleh PKR. DAP dan PAS mengasak PKR untuk menyerahkan kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PKR walaupun prestasi PKR didalam kawasan-kawasan itu jauh lebih baik dari semasa kawasan itu ditandingi oleh PAS atau DAP.

Saya merasakan bahawa untuk Pilihanraya Umum kali ini, eloklah bagi semua parti didalam Pakatan Rakyat menumpukan kawasan-kawasan yang ditandingi didalam PRU-12 dulu, dan eloklah dijadikan keputusan PRU-13 nanti sebagai sempadan untuk parti-parti itu membuat penentuan dimana masing-masing akan bertanding.

Kebanyakan daripada kawasan-kawasan itu sudah ditandingi oleh PAS sejak 1955, tetapi tidak pernah menang. Maka bukanlah menjadi kawasan tradisi jika setiap kali bertanding sejak lebih 50 tahun yang lepas PAS kalah dan masih mengatakan bahawa "itu adalah kawasan tradisi kami".

Selepas PRU-13 nanti, semua pimpinan Pakatan Rakyat kena duduk semeja, dan berbincang mengenai pembahagian kerusi dengan tidak merojokkan kepada kawasan-kawasan yang ditandingi didalam PRU-13.

Mana-mana kawasan yang dimenangi oleh mana-mana parti, PAS, PKR dan DAP wajib dikekalkan kepada parti-parti itu untuk ditandingi; tetapi semua kawasan lain perlulah dirombak, agar setiap parti didalam Pakatan itu mempunyai peluang yang sama untuk bertanding didalam PRU-14 dan tidak ada lagi parti yang mendabik dada sebagai mempunyai kekuatan ini dan itu kerana dakwaan bahawa mereka mempunyai pelbagai kekuatan itu adalah dakwaan yang sangat lembah kerana jika benar-benar kuat, kenapa kalah berterusan.

Saya tuliskan pandangan ini sebagai menjawab PDO yang mengatakan bahawa PKR perlu menyerahkan kawasan-kawasan yang ditandinginya kepada PAS kerana didalam Pakatan, PASlah merupakan parti yang serba-lengkap, dan PKR merupakan parti yang serba kurang.

Disamping mengakui bahawa PKR masih banyak kelemahannya tetapi kehadiran PKR didalam Pakatan Rakyat telah melonjakkan pengaruh Pembangkang dan kejatuhan UMNO di Kedah, di Selangor dan kejatuhan BN di Pulau Pinang amatlah terikat rapat dengan pengaruh pimpinan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Tiada ulasan: