BULETIN RAKYAT |
KEPUTUSAN PEMILIHAN CALON PRU DISERAH KPD PUCUK PIMPINAN ~ YAAKOB SAPARI Posted: 19 Oct 2011 06:15 AM PDT AMPANG PECAH - Jawatankuasa PKR di peringkat akar umbi menyerahkan sepenuhnya keputusan pemilihan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kepada pimpinan parti. Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Kota Anggerik, Yaakob Sapari melahirkan keyakinan, calon yang dipilih kelak bakal memperlihatkan kombinasi pengalaman, muda termasuk calon wanita. Menurutnya, sesiapa calon yang dipilih parti, keputusan itu pastinya sudah diatur sebagai satu strategi kemenangan terutama di peringkat Pusat. "Calon pilihan raya adalah hak mutlak pimpinan parti dan tugas kita adalah fokus memastikan Pakatan Rakyat (PR) bertahan di negeri Selangor. "Sesiapa sahaja yang dihantar oleh pimpinan, saya yakin keputusan itu sudah diatur dengan bijaksana yang penting kita nak menang dan kita nak buat perubahan," katanya ketika diminta mengulas hasrat PKR mengetengahkan golongan muda sebagai calon PRU 13. Beliau ditemui pada pelancaran Pertandingan Memancing GP Selangor 2011 Siri 8 di Tasik Taman Millenium, di sini. Yaakob yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, agenda utama PR adalah untuk menawan Putrajaya dan membawa perubahan di Selangor. Menurutnya, tempoh tiga tahun awal pentadbiran PR tidak cukup untuk memperlihatkan perubahan yang dibawa walaupun telah banyak agenda dilakukan. "Justeru usaha ke Putrajaya perlu dilakukan dengan penuh strategik, agenda besar kita mahu memperbaiki segala kepincangan. "Jadi kepada ahli, hormatilah segala keputusan yang dibuat parti, saya pasti pimpinan telah mempertimbangkan soal kombinasi pengalaman, muda dan kita raikan semua termasuk juga wanita," katanya. Dalam laporan sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan proses penyenaraian calon PRU 13 yang dikatakan bakal menonjolkan kalangan muda dari peringkat akar umbi. Menurut Azmin, PKR mahu memilih calon yang mampu memberi kemenangan dan yang tidak mengkhianati amanah rakyat yang telah memilihnya. |
TS KHALID IBRAHIM ~ KERAJAAN SELANGOR TIDAK CAMPUR HIMPUN Posted: 19 Oct 2011 05:29 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini. "Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita. Ditanya sama sama ada exco kerajaan negeri dibenarkan terlibat dalam perhimpunan itu, Khalid juga tidak menjawab secara langsung. Sebaliknya, kata Khalid, kalau pegawai kerajaan Selangor hendak turut serta, terpulang pada diri masing-masing selagi ia di luar waktu kerja. Sementara itu, exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali berkata, kerajaan mempunya program lain pada hari Sabtu di Stadium Melawati, bersebelahan stadium negeri tempat HIMPUN berlangsung. Katanya, menteri besar dijadual merasmikannya program yang dinamakan karnival ilmuan muda itu. "Ia tidak ada kena mengena dengan himpunan itu. Secara kebetulan saja (sama waktu dan bersebelahan)," kata Dr Halimah |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan