Rabu, 12 Oktober 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


KERAJAAN TRANSFORMASI NAJIB BAZIR WANG RAKYAT RM83.88 JUTA....

Posted: 12 Oct 2011 08:33 AM PDT

RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.

"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.

Menurut Mohamad,  dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih.

"Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi.

"Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau.

Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka.

"Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu.

"Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih.

"Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.

"Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad.

Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta," kata Najib.
 

KENAPA KECUH BILA LIM GUAN ENG NAK TURUN SEGAMAT ?

Posted: 12 Oct 2011 07:01 AM PDT

Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.

Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.

Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam ini.

Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.

Laporan dari KL Pos

HOSPITAL BARU UNTUK HULU SELANGOR ~ DR XAVIER JAYAKUMAR

Posted: 12 Oct 2011 01:24 AM PDT

KUALA KUBU BHARU, 11 OKTOBER : Kerajaan Selangor bersedia untuk menyediakan tanah untuk pembinaan Hospital baharu untuk daerah Hulu Selangor namun pembinaannya bergantung kepada kerjasama kerajaan pusat untuk mendirikannya dalam masa terdekat.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata demikian dalam lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
"Kerajaan Negeri bersedia memberikan tanah untuk pembinaan sebuah hospital baru di daerah Hulu Selangor tetapi beliau tidak yakin hospital tersebut akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau telah ditemani pengarah hospital, Dr. Jasmeet Singh untuk melawati wad kanak-kanak dan Ibu Bersalin disamping memberikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor, Nazar Yakin, Penyelaras Dun Ulu Bernam, Haji Shukor dan Penyelaras Dun Batang Kali, Khalid Jaafar.
Dalam ucapan selepas lawatan tersebut, Dr. Xavier mengatakan bahawa lebih 70% daripada rakyat mendapatkan khidmat perubatan dari hospital-hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta.
"Beban kerja para doktor serta kakitangan hospital semakin berat apabila seorang doktor kerajaan harus merawat 200 pesakit pada satu-satu masa,' katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kelewatan pembinaan Hospital Shah Alam yang dirancang mempunyai lebih 250 katil tetapi telah dua tahun lewat dari tarikh siapnya.
Beliau juga mengatakan bahawa penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti semakin meningkat dari setahun ke setahun. Ujarnya lagi lebih 3,500 kes pesakit kencing manis baru dilaporkan setiap tahun dan peningkatan ini membimbangkan pihak berkuasa.
"Kes-kes demam denggi semakin menurun secara keseluruhannya di Negeri Selangor tetapi kes-kes baru masih dilaporkan di kawasan Bukit Beruntong dan kawasan persekitarannya kerana terdapatnya banyak rumah-rumah serta premis rumah kedai yang terbengkalai dan tidak berpenghuni yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes," katanya.

KONVOKESYEN UNISEL ~ 15-17 OKT 2011

Posted: 12 Oct 2011 12:56 AM PDT

SHAH ALAM 12 Oktober : Kira-kira 4,000 graduan akan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) keenam yang akan berlangsung pada 15-17 Oktober ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Unisel Rosniza Mohamad Rasol berkata buat pertama kalinya Unisel menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada bekas Perdana Menteri Jordan yang pernah dilantik selama dua penggal iaitu pada 1993 – 1195 dan 1997 – 1998, Profesor Abdel Salam Majali,86,juga seorang tokoh akademik tersohor yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan perubatan tinggi dan saintis Islam.
"Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang itu akan dijalankan dalam enam sidang dan disempurnakan oleh Canselor Unisel,YAD Raja Tan Sri Datuk Seri Arsyad Raja Tun Uda pada sidang pertama," katanya dalam kenyataan media.
Menurut Rosniza lagi daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.
Bagi memeriahkan majlis konvokesyen tahun ini,Festival Konvokesyen (Feskon) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membabitkan penyertaan pelbagai gerai jualan,sukaneka,konsert nasyid dan kebudayaan di tapak pesta berhampiran Dewan Utama, Unisel Bestari Jaya bermula 12 hingga 17 Oktober ini.
"Pelbagai gerai jualan seperti gerai jualan makanan,bunga cendermata, pakaian dan sebagainya disediakan untuk orang ramai khususnya kepada keluarga graduan untuk membeli-belah dan menjamu selera," katanya.

Tiada ulasan: