Anwar Ibrahim |
- Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman
- Najib, Rosmah And The Judge: Are They Really Irrelevant Or Is This BN’s Malaysia?
- Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan
- Bajet Najib gagal Tawan Hati Semua Lapisan Rakyat – Azmin
- Ribuan Hadir Himpunan Hijau Bantah Lynas
Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman Posted: 09 Oct 2011 07:10 PM PDT Ketidak upayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia. Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu. Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang. Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati? Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim ‘dibenarkan’ untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya. Kerjaya undang-undang atau wild, wild West Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa. Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior. Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh ‘diatur’. Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan! Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah. Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah. Lingam, katanya, “membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut.” Penghakiman Altantuya masih ‘tergantung’ – macam mana? Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis? Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam. Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri. Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Najib, Rosmah And The Judge: Are They Really Irrelevant Or Is This BN’s Malaysia? Posted: 09 Oct 2011 06:19 PM PDT There was good reason Anwar Ibrahim wanted the Sodomy II presiding judge disqualified. He was too junior and green to handle a court case of Sodomy II's magnitude. And rightly so, since he was brought in by a system so compromised by the Executive branch of the government, it is an embarrassment. This can also be said about the court’s dismissal of a summons to Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor to appear as witnesses in the sodomy trial that Anwar has accused them of ‘rigging’. The reason given was that Najib and Rosmah would not be able to provide relevant information concerning the Sodomy II accusations. Mohd Zabidin Mohd Diah agreed with Najib and Rosmah in that they were not relevant. “Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” said Zabidin. The response from Anwar was one of dismay. “We have evidence to support that the duo was (involved). Our position is that this was planned. Najib should come and deny it. The prosecution offered Najib and Rosmah as witnesses. If they are not relevant, why were they offered?” Anwar told reporters later. Prosecution would offer ‘irrelevant’ witnesses? Yes, it was the prosecution who offered the duo as witnesses and yet it is the same prosecution that seems adamant to protect Najib and Rosmah. The argument that the duo is not relevant to the Sodomy II trial is simplistic and dead-wrong. The very nature of Najib's initial denial and subsequent retraction when confronted with the question, if he knew Saiful Bukhari Azlan, reeks of conspiracy. What was discussed by Najib and Saiful, days before the latter made the police report? What was the nature of the relationship between Saiful and Najib to the extent the former could so easily meet Najib, who was already the deputy prime minister, at his residence to discuss 'scholarship' matters? Yet, the questions go deeper than just this. What are Najib and Rosmah hiding from public view? Why the allergic reaction to appearing in court? And to compound it all, the courts seem to be colluding with the duo in their wishes to stay away. Judicial rot This is the biggest mystery yet and it shows the expanse of the rot within the judiciary. The courts of law are supposed to be independent of the Executive branch of a government. It is the bastion of hope for those who are unable to defend themselves, yet in Malaysia, the courts have made it a standard prosedure to kow-tow to those in the elite section of society. The courts can be bought or bent or pressured and this is exactly what happened in the Sodomy II case. Should not testimony be first heard and then deemed relevant or irrelevant by the judge? Yet, Mohd Zabidin deemed the testimony irrelevant before even hearing it nor questioning it? Should not the judge have acted in the interests of the public and made Najib and Rosmah, as citizens of Malaysia, defend their innocence in a court of law? It is for the courts to settle once and for all whether the duo is innocent or guilty, but only after their testimony is heard. In this regard, Mohd Zabidin reacted unprofessionally and brought further embarrassment to an institution that should always put public interest in the foreground, ahead of all other interest. Otherwise, civil society in Malaysia might as welll be dead and gone. It would all be a sham. Look at the Wall St protest The very institution that should the cornerstone of liberty and citizen rights is compromised. There are double standards – practiced and enforced by those placed in the seats of justice by an equally corrupt Executive. And the rot is not merely in the judiciary but also within every arm of the justice system. Why is it that the US Wall Street protest has been going on for days, yet the tear gas canister count still stands at zero? Here in the streets of Kuala Lumpur, on July 9, a peaceful march in support for free and fair elections was attacked by the police who fired 262 tear gas canisters. They Malaysian police also shot acid water from water canons and threw smoke bombs at their countrymen, who were unarmed and sat on the ground to show they came in peace. This is also the same police force that gave Anwar Ibrahim the black eye in the first Sodomy trial in 1998, what more horrors are in store for Anwar once judgement is passed for Sodomy II. Time to punch out Najib and Rosmah It is clear, the rush to keep Najib out of court coincides with the coming 13th general election. Yes, keep Anwar tied up with the Sodomy II trial, call snap general elections, thus ensuring that Anwar and his Pakatan Rakyat coalition are handicapped in contesting. This is the ultimate goal of Sodomy II, eliminate Anwar from the political landscape at all cost. Yet, Najib has underestimated the nature of Malaysians. Malaysians did not need Anwar to march on July 9, Malaysians did it for Malaysia. And though Najib thinks he has the upperhand, it will be Malaysia who will finally hand him and wife Rosmah the well-deserved and long-overdue knockout punch. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan Posted: 09 Oct 2011 05:51 PM PDT Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja. Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat. “Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi,” kata Dr Raja Ahmad. Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran. Sementara itu, secara umumnnya, Dr Raja Ahmad mengucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat kerana “berjaya” mendorong kerajaan BN memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada pasukan polis dan tentera. Katanya, usaha BN memancing undi untuk pilihan raya juga jelas kelihatan apabila banyak ‘gula-gula’ yang yang ditawarkan diambil dari Buku Jingga dan bajet alternatif Pakatan. “…jelas bahawa idea dan strategi Pakatan telah terbukti baik dan berpandangan jauh,” katanya walaupun dinafikan pemimpin BN. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semalam berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012, hanya dua perkara kebetulan menyamai belanjawan pembangkang. Katanya, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Bajet Najib gagal Tawan Hati Semua Lapisan Rakyat – Azmin Posted: 08 Oct 2011 09:38 PM PDT Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gula-gula' untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13. Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal. "Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan. "Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak. "Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta," katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi. Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya. Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah. "Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan," katanya. Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan. "Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan. "Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN," katanya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Ribuan Hadir Himpunan Hijau Bantah Lynas Posted: 08 Oct 2011 09:30 PM PDT Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng. Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”. Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan