
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat  PAS menyokong penuh  titah Sultan  Brunei agar pemerintah negara itu  melihat keperluan untuk  melaksanakan  undang-undang syariah dengan  segera,serentak dengan  undang-undang sivil  di negara itu. 
Ketuanya,  Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada  Sultan Brunei  berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia  seharusnya  mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan  Islam.
 
"Saya  bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas  kesungguhan dan  ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh  Raja-Raja yang  lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
 
Kelmarin,  Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam  di  negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi   ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah   ada.
 
Akta  Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang  terbaik  kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan  tidak  manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara  Islam  itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia  dengan  sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan  merupakan  ketua agama Islam.
 
"Sekiranya  terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya  akan  memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang  besar  ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
 
Undang-undang syariah pelihara wanita
 
Sementara  itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan  wanita  tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang  Islam  kerana ianya adil kepada semua.
 
Katanya,  melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya  melibatkan wanita,  dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai  jika undang-undang  Islam dilaksanakan ketika ini.
 
"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.
 
"Selama  ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan  purata dalam  sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan  rompakan, ragut,  simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.
 
"Dengan  adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang  untuk  melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah  di  negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan  rumah  tangga sahaja.
 
Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.
 
"Secara  kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan  jadi dengan  adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian  curi dan  rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda,
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan