Jumaat, 21 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Najib kalau berani cuba naik keretapi di Malaysia ni

Posted: 21 Oct 2011 01:25 AM PDT



Kalau Najib seorang Perdana Menteri yang berani, cuba buat lawatan mengejut, jangan beritahu Menteri Pengangkutan dan jangan ada acara rasmi. Bawa 4-5 orang bodyguard cukup. Rasa sendiri betapa peritnya rakyat anda menaiki keretapi di Malaysia ini. Macamana nak galakkan rakyat naik perkhidmatan awam untuk kurangkan kesesakan lalu lintas, jika mutunya semakin teruk.

Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB
Aduan Rakyat
October 21st, 2011

Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan & kesusahan pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu Caves – Pel. Klang kerana:

Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm -7.00pm) , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam.

Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon tidak berfungsi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh untuk kepejabat waktu puncak pagi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak dan berpeloh untuk balik ke rumah.

Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat.

" RAKYAT DIDAHULUKAN…."

By: mat jebat

http://www.aduanrakyat.com.my/minta-y-a-b-perdana-menteri-turun-padang-ke-komuter-ktmb

Kerajaan Umno N.Sembilan sibuk roboh, bukan nak baiki

Posted: 21 Oct 2011 01:06 AM PDT



Inilah kerja kerajaan Umno di Negeri Sembilan. Sibuk untuk merobohkan papan tanda PKR, bukannya sibuk nak membela rakyat. Bukannya sibuk naik baiki jalan tanah merah di Felda Palong 8 yang sejak tahun 2009, dah 2 tahun tak dibaiki. Rakyat Negeri Sembilan, lihatlah sendiri macamana Umno memerintah N.Sembilan

Tak percaya tengok gambar jalan tanah merah yang dah 2 tahun tak dibaiki hingga masuk laporan akhbar dan gambar jentolak sedang merobohkan papan tanda PKR di Jempol , Negeri Sembilan

HIDUP RAKYAT !

Laporan dan gambar jentolak sedang roboh papantanda PKR pada pautan di bawah ini :
http://pkrjempol.blogspot.com/2011/10/jalan-kg-pasal-palong-8-rosak-sejak-dua.html

http://pkrjempol.blogspot.com/2011/10/tindakan-jahat-umno-bn-merobohkan-papan.html

Mulai Disember 2011 Pengutip Sampah mesti daftar LHDN

Posted: 20 Oct 2011 05:07 PM PDT



Nampaknya kaunter LHDN seluruh negara akan diserbu pada 1 Disember 2011 kerana 3.4 juta rakyat akan berebut-rebut untuk dapatkan RM500. Antaranya mereka terdiri dari pengutip sampah, pemanjat petai, penganggur, mereka yang muflis, nelayan, warga emas yang lumpuh, penjawat awam dan sekelian rakyat jelata.

RM500 siapa tak nak. Dah janji nak beri, pastikan semua 3.4 juta rakyat ini dapat. Kalau 3.4 juta perlu didaftar dalam masa sebulan , bermakna sehari perlu daftar sekitar 110,000 orang. Nampaknya semua cuti kakitangan LHDN akan dibekukan bermula 1 Disember 2011 nanti, dan semua kaunter LHDN akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu.

Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

Pendaftaran Isi Rumah Bawah RM3,000, Dis Ini
October 20, 2011

KANGAR – Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.

Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.

"LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan. – BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=621191

Tiada ulasan: