Isnin, 17 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengundi Johor kecewa, terlalu banyak perumahan terbengkalai

Posted: 17 Oct 2011 12:13 AM PDT



Sibuk dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA yang berharga RM120,000 sebuah, rupa-rupanya masih banyak lagi para pengundi , pembeli projek perumahan terbengkalai yang nasib mereka masih belum mendapat pembelaan, di negeri Johor pula tu, negeri yang sepatutnya selamat dari jenayah.

Rayu siapkan rumah terbengkalai
KOSMO 17 Okt 2011

JOHOR BAHRU – Pembeli 911 unit rumah pangsa Taman Mount Austin di sini yang terbengkalai sejak 2007 menggesa pihak bertanggungjawab termasuk kerajaan membantu agar pembinaan projek perumahan itu dapat disiapkan.

Ini berikutan, pembeli yang kebanyakan berpendapatan rendah itu bukan sahaja gagal mendiami rumah sendiri malah terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk menyewa kediaman sementara menunggu rumah berkenaan siap.

Seorang pembeli, Yong Yon Choy, 21, berkata, dia membeli seunit rumah berharga RM50,000 pada 2003 dan telah membayar sebanyak RM35,000 dengan harapan untuk menduduki rumah tersebut seperti tarikh yang dijanjikan.

"Saya kecewa dan rasa tertipu apabila pemaju sehingga hari ini gagal menyerahkan rumah kami seperti yang dijanjikan.

"Malah saya telah mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sekali gus berpindah ke rumah ini," katanya yang bekerja sebagai tukang paip.

Seorang lagi pembeli, Ting Su Ung, 39, pula telah menyelesaikan kesemua bayaran rumah yang berharga RM50,000 itu, namun hampa apabila masih belum boleh diduduki.

"Saya sudah tidak boleh bersabar lagi kerana projek perumahan yang mempunyai 10 blok ini dijangka siap awal 2007.

"Selepas 2007, blok saya iaitu blok 10 telah siap dan pemaju telah menyerahkan kunci dan sijil menduduki (CF) tetapi malangnya bekalan air dan elektrik tidak ada," katanya yang merupakan seorang guru taman didikan kanak-kanak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Beberapa projek perumahan terbengkalai di Johor di bawah ini :

Taman Desa Kempas, Johor Bahru
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/projek-perumahan-yang-tidak-lengkap.html
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/02/pembeli-rumah-derita-10-tahun.html

Bandar Putera Indah, Fasa 2, Batu Pahat
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/projek-perumahan-terbengkalai-selama-11.html

Taman Mount Austin, Johor Bahru
http://terbengkalai.blogspot.com/2011/07/rumah-terbengkalai-di-taman-mount.html

Tiada ulasan: