Ahad, 16 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Menteri kata tak payah bayar yuran PIBG, BODOH

Posted: 16 Oct 2011 03:37 AM PDT



Hancurlah pendidikan negara macam ni. Bajet 2012 bukan main lagi Najib berbangga yuran sekolah yang hanya RM24.50 dimansuhkan. Najib lupa yuran PIBG ada yang sampai RM300 apa cerita? Yuran PIBG lah selama ini diguna untuk membantu sekolah dan guru dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah sebab peruntukan kerajaan BN yang selalu tak ada, lambat, tak cukup.

Akhirnya Menteri dibawah pun kata pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG. Pelajar miskin bermakna mereka dari keluarga pendapatan RM3,000. Yang bekerja sendiri lepas ni ramailah yang termasuk dalam kategori miskin sebab tiada rekod LHDN.

Hancur, hancur sekolah kita. Cikgu cikgi dah mula garu kepala mana nak cari duit buat program di sekolah, hari sukan, hari anugerah, hari cemerlang, hari sambut menteri dan macam-macam hari lagi. Bukan setakat sambut hari cikgu pening kepala, kertas nak cetak soalan peperiksaan pun nampaknya kena keluar dari poket cikgu lah lepas ni.

Sepatutnya Najib tak payah mansuhkan yuran sekolah. Cuma hadkan yuran PIBG, kemudian pastikan semua aktiviti di sekolah ada bajet dari kementerian. Untuk ibu bapa pelajar yang tidak mampu bayar yuran sekolah dan yuran PIBG, apa guna tabung KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) yang setiap kakitangan kerajaan sekarang ini tolak RM1 secara otomatik setiap bulan ke tabung KWAPM.

MANA PERGI DUIT TABUNG KWAPM?

Jangan hancurkan sekolah kita. Biar UMNO BN yang hancur sepatutnya.

PELAJAR MISKIN WAJAR DIKECUALI YURAN PIBG
Berita Harian
16 Okt 2011

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan. "Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan.

"Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan," katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah.

Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet 2012, Dr Mohd Puad berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan bangunan 2,209 sekolah di seluruh negara yang rosak teruk dapat diselesaikan tahun depan.

"Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat mungkin," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarmiskinwajardikecualiyuranPIBG/Article

Timbalan Ketua Polis Negara tak terjaga warga Mantin DERITA

Posted: 15 Oct 2011 11:43 PM PDT



Bukankah Timbalan Ketua Polis Negara berasal dari Mantin, Negeri Sembilan? Sepatutnya kes pelajar asing yang mengganggu ketenteraman penduduk awam terutama di kampung Timbalan Ketua Polis Negara ini tidak sepatutnya berlaku.

Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin
16 Okt 2011

Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan

Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan.

Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda.

Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk.

Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah.

Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.

Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan ini.

Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita.

Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga disini. Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami.

Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA MERUPAKAN DATO' DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang sebenarnya terjadi.

Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami.

Saya rasa 'bom waktu' ini tidak lama lagi akan meletup.

Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini.

Warga Mantin yang prihatin…

http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin

Kerajaan BN dah kalut nak beri rakyat RM500

Posted: 15 Oct 2011 11:42 PM PDT



Belum apa-apa kerajaan Umno/BN dah kalut macamana nak beri rakyat yang isi rumah pendapatan bawah RM3,000 sebulan akan dapat RM500 sekali sahaja, bukan tiap-tiap bulan. Definisi isi rumah pun tak jelas. Yang pasti pasangan yang berkahwin sepatutnya dikira satu isi rumah. Adakah sesiapa yang berkahwin sehingga 31 Disember 2012 layak dapat RM500 tersebut?

Mereka yang dapat bantuan Jabatan Kebajikan, bantuan Baitulmal pun akan layak dapat RM500 tersebut. Pasangan Orang Asli yang kahwin belasan tahun pun sepatutnya layak dapat RM500 tersebut. Pegawai askar yang dapat pencen RM2,999 sebulan pun sepatutnya layak dapat RM500.

Jangan pula nak bagi RM500 ni jadi macam tahun 2009 projek Kupon Beras SUBUR untuk keluarga miskin yang akhirnya ditangguhkan entah sampai bila kerana senarai nama yang layak menerima tidak lengkap, ada yang dah mati pun dapat, seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

Dibawah pentadbiran kerajaan BN ni bil elektrik TNB naik mendadak sehingga 300 peratus , naik sampai RM300 sebulan bukan main senang. Nak bagi RM500 setahun pun bukan main susah. Macam kisah sebelum ini Bil elektrik naik 40 kali ganda, TNB Perompak Rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/09/bil-elektrik-naik-40-kali-ganda-tnb.html

Sabtu Oktober 15, 2011
KABINET BINCANG MINGGU DEPAN CARA BAYARAN KHAS RM500

KUALA LUMPUR: ARAHAN LEBIH JELAS bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata terdapat BANYAK PERTANYAAN DARI ORANG RAMAI MENGENAI PERKARA ITU DAN IA PERLU DISELESAIKAN SEGERA SEBELUM MENJADI KONTROVERSI.

Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

"Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka," katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini Sabtu.

Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu.

"Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.

"Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/15/mstar_berita/20111015165610&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: